CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2531|Reply: 10

Usahawan diingat manfaatkan sepenuhnya pinjaman Tekun

[Copy link]
Post time 6-12-2012 11:36 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BAHARU - Usahawan kecil yang menerima bantuan pinjaman di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) dinasihatkan supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan itu untuk masa depan perniagaan mereka.


   
Pengerusi Majlis Pertanian Persekutuan Parlimen Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata mereka perlu membayar balik pinjaman itu mengikut jadual bagi membolehkan kerajaan membantu usahawan lain yang memerlukannya.
   
"Mereka perlu membuat perubahan dengan anjakan paradigma yang baru demi masa depan tanpa terpengaruh dengan anasir luar yang memandang negatif terhadap usaha kerajaan membantu mereka," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis penyampaian cek Tekun Nasional kepada kira-kira 50 usahawan kecil di sini, hari ini.



   
Mohd Fatmi yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata bantuan pinjaman yang disalurkan melalui Tekun itu membuktikan kerajaan prihatin dalam usaha membantu rakyat khususnya golongan usahawan bumiputera di seluruh negara.
   


Katanya sejak Tekun diwujudkan di Kelantan pada 1988, kerajaan telah meluluskan pinjaman berjumlah RM193,135,500 kepada 20,457 usahawan dari seluruh negeri, sehingga Disember ini.
   
Beliau berkata bagi tahun ini, jajahan Tumpat mendapat pinjaman terbanyak iaitu sebanyak RM3.1 juta diikuti Kota Baharu sebanyak RM2.8 juta - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 01:17 AM | Show all posts
Saya mendapat info pinjaman TEKUN meluluskan secara rawak kpd yg terpilih, sbb mia sendiri dapat sms dan mengatakan kalau nak apply boleh dengan cara kenal org dalam tp mia takut nak apply sbb hanya dgn menghantar gambar kedai org lain pun xpe dan statement account je boleh lulus tp hanya yg terpllih..so kiranya mia ni terpilihla agaknya..tp sangat sceptical so tak naklah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 09:56 PM | Show all posts
aku nak pinjam tekun untuk buat bis ebay...rasenya ok tak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 04:19 PM | Show all posts
Kamen_rider posted on 8-12-2012 09:56 PM
aku nak pinjam tekun untuk buat bis ebay...rasenya ok tak...

takde nye boleh...dah pernah tanya dah...tapi 2 tahun lepas la...kalau biz 100% online... ANDA TIDAK DILAYAN....huhu...

tapi tak tahu le kot sekarang ni dah ubah dasar nya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 08:01 AM | Show all posts
loan tekun ni ramai salah guna sbb tu kjaan berhati2 sgt nak beri, bayangkan loan rm100k terus tukar kereta bmw 5 series dan velfire, kedai kejap buka.. kejap tutup pastu tekun nak gi collect duit dah takde punca nak bayar.. inilah nasib melayu.. dpt peluang persiakan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 12:41 PM | Show all posts
TEKUN...owh...tekun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2012 02:35 AM | Show all posts
kalau dpt gunakanlah sebijak2nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 05:28 PM | Show all posts
sape ada kwn2 yg keja kat tekun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 09:57 AM | Show all posts
some people bila dah dpt pembiayaan disalah gunakan.. mcm saya ni yang mmg minat utk buka kedai pun takut nak apply tekun ni... penuhkan ilmu dan berniaga secara kecilan dulu la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 11:04 AM | Show all posts
hafiza posted on 5-1-2013 09:57 AM
some people bila dah dpt pembiayaan disalah gunakan.. mcm saya ni yang mmg minat utk buka kedai pun  ...

berapa max pinjman tekun ni?

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:35 AM | Show all posts
jika nak buat loan ni kena dah mula perniagaan ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.373110 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list