View: 2960|Reply: 3
|
Honda lancar Integra, CBR250R baharu
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Boon Siew Honda telah melancarkan motosikal berkuasa tinggi baharu, Integra dan empat edisi warna baharu untuk motosikal siri CBR250R.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satoshi Okada berkata, pelancaran itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memenuhi kehendak peminat motosikal.
"Biarpun dengan beraneka pilihan motosikal Honda yang ditawarkan, setiap produk kami mencerminkan kualiti yang terbukti, kelasakan dan keyakinan terhadap jenama sejak turun temurun," katanya dalam satu kenyataan.
Integra disediakan khas untuk mereka yang inginkan gandingan prestasi dan pengendalian yang terbaik daripada motosikal jenis skuter.
Motosikal baharu ini dilengkapi dengan enjin dwi silinder selaras berkuasa 670 cc, sistem penyejukan cecair dan transmisi dwi klac automatik dan manual.
Kecekapan penggunaan bahan api adalah sebanyak 27.9 kilometer untuk setiap liter petrol (diuji dalam Mod WMTC).
Honda telah melengkapkan Integra dengan sistem serap hentak berteknologi tinggi yang terdiri daripada talaan teleskopik 41 mm dan peredam monoshock Sistem Multi Aksi Honda (HMAS) dengan konfigurasi Pro-Link untuk pengawalan dan kestabilan yang lebih mantap biarpun di atas jalan yang mencabar.
Tahap keselamatannya juga dipertingkatkan dengan kelengkapan Gabungan ABS (C-ABS) dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS).
Integra didatangkan dalam warna hitam mutiara kosmik, putih mutiara sunbeam, biru ion metalik dan merah candy graceful dengan harga atas jalan sebanyak RM64,688.
Sementara itu, CBR250R pula dijual pada harga RM19,999 untuk edisi Tri-co Racing, RM20,499 Repsol Grand Prix (RM20,499), edisi Mugen Motorsport (RM20,499) dan edisi Juara Hitam (RM19,499).
CBR250R juga didatangkan dengan pilihan C-ABS yang mana harga jualan akan diumumkan pada Disember ini.
Kedua-dua buah motosikal baharu itu didatangkan dengan jaminan pengilang Honda selama dua tahun atau 20,000 kilometer perjalanan.
\
|
|
|
|
|
|
|
|
smart seh cbr250 baru tuuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
motor pun ade integra ye......hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|