CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

BaLaDa HaTi.. ~tamat~

[Copy link]
Post time 21-12-2012 03:10 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-12-2012 01:23 PM
Ape la yang akan jadi kalu Rayyan tak sampai....
huhuhuhuu....

huhuhuhu hilang suspen pg tadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2012 03:35 PM | Show all posts
Sesampainya Balqis di kampung..

Balqis mengangkat beg pakaiannya. Kemudian dia meniti beberapa anak tangga rumah Mak Cik Kiah itu. Pintu diketuk.

"Assalammualaikum.. mak cik.." panggil Balqis sambil mengetuk pintu rumah.

Beberapa saat kemudian, pintu itu dibuka. Muncullah muka abang angkatnya, Razif. Muka yang baru bangun dari tidur. Razif terkejut.

"Balqis? Bila ko sampai ni? Balik dengan apa?" tanya Razif bertalu-talu sambil memandang kereta Balqis di luar.

"Oooo dah ada kereta dah sekarang.." tambah Razif.

"Mak cik mana?"

"Mak tak ada kat rumah! Pegi kutip hutang. Nape?"

"Malam ni aku tidur sini. Esok aku balik laa.." kata Balqis lalu masuk ke dalam rumah itu dan duduk di ruang tamu.

Razif memandang Balqis dari atas sampai ke bawah. Balqis bertambah cantik.

"Makin cantik la ko sekarang ni erk? Ko makan produk ape? Bagi tahu la aku.." kata Razif sambil duduk di sebelah Balqis.

Balqis kurang selesa. Dia bangun lalu duduk sedikit berjauhan dengan Razif.

"Aku nak kahwin!" kata Balqis tanpa selindung.

"Kahwin? Wahh wahh wahh.. Jantan mana yang jadi mangsa ko tu? Confirm duda kaya kan??"

"Mulut ko jaga baik-baik sikit erk! Aku tak pernah kacau hidup ko malah setiap bulan aku pos duit untuk ko dan mak cik kan?"

"Alaaaa takkan nak ungkit pulak kot? Lagipun mana cukup setakat tu jee.."

"Belajar bersyukur la weii dari aku tak bagi langsung ye tak?"

"Apa yang bising-bising sangat ni??" tanya Mak Cik Kiah yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

Dia terkejut memandang Balqis.

"Kereta kau ke yang kat luar tu?" tanya Mak cik Kiah lagi.

"Kereta sape lagi? Dah sah la kereta dia mak oiiii.."

"Waaaa dah kaya kau sekarang erk?" Mak cik Kiah mengusap pipi Balqis.

Balqis menepis tangan orang tua itu.

"Saya balik ni pun ada hajat nak bagi tahu.." kata Balqis.

"Apa?"

"Dia nak kahwin la, mak..." jawab Razif.

"Ha? Kau nak kahwin? Hhhahaha..biar betul kau ni? Ada ke lelaki yang nak kat kau ni?" Mak cik Kiah seolah memerli Balqis.

Balqis diam. Bersilih ganti dia memandang Mak cik Kiah dan Razif yang berada di hadapannya itu.

"Anak orang kaya ke? Kalau kaya, mak cik tak ada masalah..janji tiap-tiap bulan masyukkkk!! Hahahaha"

Mak cik Kiah dan Razif ketawa lagi. Balqis menggelengkan kepalanya lalu mengangkat beg pakaian dan terus masuk ke dalam biliknya.


                                                      .....................................................


Rayyan dan Haris berehat di laman rumah banglo Dato Mustaffa itu. Air kopi dihidangkan.

"Saya dah agak dah.." kata Haris memulakan perbicaraan.

"Dah agak ape?"

"Balqis dengan Encik Rayyan.."

"Amboi! Dah macam dukun pulak erk.."

"Hahaha.. saya tumpang gembira!"

Rayyan ketawa kecil. Dihirupnya air kopi panas itu perlahan-lahan.

"Bila nak masuk meminang si Balqis tu?" Tanya Haris.

"Insyaallah hujung minggu depan. Sekarang dia ada kat rumah mak angkat dia tu.."

"Owh.. Encik Rayyan tak ikut balik sekali ke?"

"Tak de la.. Biarlah Balqis yang uruskan."

"Syok la tuuuu"

"Sape yang tak syok nikah Haris oiiiii..best giler kot!"

"Hahahaha.."

Haris dan Rayyan ketawa bersama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 04:02 PM | Show all posts
Sesudah makan malam..

Balqis ke ruang tamu. Mak cik Kiah dan Razif sedang kusyuk menonton drama di televisyen. Balqis merebahkan punggungnya.

"Kau tak ada kerja kosong ke nak bagi abang kau ni keje? Mak cik dah bosan hari-hari nak kene mengadap abang kau ni haaa.." kata mak cik Kiah sambil menolak kepala Razif.

"Apa mak ni..main tunjai-tunjai kepala la pulak.."

"Kerja banyak kosong mak cik..cuma nak dengan tak nak keje jeeee.." perli Balqis balik.

"Mulut ko tu cakap baik-baik sikit! Kang tak pasal-pasal tak nikah kott.."

"Dah la tu, Razif.. Tak elok gaduh-gaduh. Balqis, mak cik nak tanya ni. Bila rombongan lelaki tu nak datang?"

"Minggu depan.."

"Ha? Cepat sangat kot.."

"Mak cik jangan risau. Semua benda nanti saya yang uruskan. Mak cik cuma dengar dan jawab setuju je.. boleh?"

"Haaaa yang tu yang mak cik nak tu! Mak cik risau kalau semuanya mak cik nak kene uruskan. Mak cik ni bukannya ada duit.."

"Tak payah la risau-risau.. Saya tak akan susahkan mak cik.."

Balqis memandang Razif. Razif tersengih-sengih. Naik menyampah pulak dia memandangnya.


                                                        .....................................................


Beberapa hari kemudian...
Sebelum tibanya hari merisik..

Rayyan dan Balqis menjamu selera di restoran berdekatan pada waktu tengah hari itu. Mereka berdua duduk bertentangan.

"Balqis, awak nampak muram je dua tiga hari ni. Ada masalah ke? Esok saya dah nak pegi rumah mak angkat awak tu dah. Jangan la bagi saya risau.." kata Rayyan panjang lebar.

"Saya malu la nak ceritakan pada awak.."

"Cerita ape?"

"asal mak angkat dan abang angkat saya tu.."

"Kenapa dengan mereka berdua? Macam ada masalah besar je.."

"Dia orang suka saya dapat kahwin dengan awak."

"Laaaa ok la tuu.. Apa masalahnye?"

"Dia orang suka sebab awak tu orang kaya!"

"Ha? Hhahaha.. Macam dalam drama pulak rasanya.."

"Saya serius ni, awak.."

"Yelah..yelah. Jangan la merajuk. Alaa awak ni. Biasa lah tu. Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Abang angkat awak tu keje ape?"

"Tak keje!"

"Bagus! Ada topik lah saya nak borak-borak dengan dia nanti.."

"Bertuah lah kalau awak dapat ubah hidup dia.."

"Yakinlah dengan saya! Insyaallah, pastikan niat kita baik. Nak tolong orang. Allah pasti akan bantu kita.."

"Hmmmm harap-harap macam tu laa.."

"Dah..dah. Tak yah fikirkan sangat ye, sayang.. Nanti berkedut muka tu.."

"Nakal!"

Rayyan dan Balqis berbalas senyuman.


                                                   ................................................................


Syukur alhamdulillah.. Semuanya telah selamat dilangsungkan. Beberapa minggu selepas Balqis dirisik, majlis pernikahan mereka dilangsungkan di dewan hotel 7 bintang. Suasana cukup meriah dikunjungi sanak saudara dan sahabat handai.

Mak cik Kiah dan Razif sudah tidak tinggal di kampung. Mereka di beri rumah baru di Kuala Lumpur. Razif pula sudah bekerja sekarang. Sebagai pemandu peribadi untuk Rayyan. Kelayakkannya hanya setakat itu sahaja. Namun dia bersyukur atas rezeki itu.

Balqis bersyukur kerana dijodohkan dengan Rayyan. Lelaki yang cukup baik dan sempurna untuk hidupnya. Rayyan dan Balqis!
Latar belakang yang cukup berbeza. Ditempuh suka duka dan akhirnya dapat hidup bersama. Alhamdulillah..mereka berdua hidup bahagia.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 04:38 PM | Show all posts
Habes dah ke???....................

Tengkiu TT

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 04:58 PM | Show all posts
Tq Momey....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 04:59 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-12-2012 04:38 PM
Habes dah ke???....................

Tengkiu TT

dah abis dah.. lega aiihhhh hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2012 04:59 PM | Show all posts
redsentra posted on 21-12-2012 04:58 PM
Tq Momey....

sama2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 06:14 PM | Show all posts
tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2012 07:21 PM | Show all posts
Congratz...akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 02:42 AM | Show all posts
Dah hbs
Alhamdulillah segalanya berakhir dgn baik
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 10:58 AM | Show all posts
Akhirnya...hepi ending...sukeee sangat.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 07:12 AM | Show all posts
Nononggain posted on 21-12-2012 06:14 PM
tq

welcome dear
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 07:13 AM | Show all posts
shahrinas posted on 21-12-2012 07:21 PM
Congratz...akhirnya...

yeayyy!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 07:13 AM | Show all posts
fatehana posted on 22-12-2012 02:42 AM
Dah hbs
Alhamdulillah segalanya berakhir dgn baik

lega rsnyaaaa hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 07:14 AM | Show all posts
suria74 posted on 24-12-2012 10:58 AM
Akhirnya...hepi ending...sukeee sangat.........

horayyyy!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 10:37 AM | Show all posts
syok laa cite nie... bangga dgn momey dpt hasilkan cite mcm nie.. seronok baca.. almaklumla saya nie mmg x bape kreatif nak menulis... tumpang seronok dan bangga dgn org org mcm momey nie haaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2012 02:34 PM | Show all posts
fizamn posted on 27-12-2012 10:37 AM
syok laa cite nie... bangga dgn momey dpt hasilkan cite mcm nie.. seronok baca.. almaklumla saya nie ...

alaaaaaa.. biasa2 je pun.. anyway tq, dear
nukilan ku ini hanyalah utk mengisi ms lapang.. syok2 sj.. ekeke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.101316 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list