CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: aishah9121

[U] Cerita Siapa?

[Copy link]
 Author| Post time 16-11-2012 07:15 PM | Show all posts
Maaf sebab lambat bg N3 baru. Sibuk sikit. Harap suka ya kali ini punya N3.



Bab 6

Berpusu-pusu orang dalam mall Mid Valley. Biasalah kalau keluar hujung minggu memang ramai orang. Ada yang niat nak beli barang, niat untuk bertemu kawan atau kekasih dan niat untuk mencari jodoh pun ada! Ala tengok je anak muda yang berpeleseran dan bersiulan memanggil anak gadis. Itu cari jodoh la kan? Nazzatul menggeleng kepala sambil tersenyum memandang anak-anak muda yang sedang melepak di bangku yang disediakan.Macam mana nak mengorat anak dara orang kalau ilmu di dada masih belum cukup? Tengok sebelah mata pun sudah tahu yang anak-anak muda ini masih bersekolah. Straw di tangannya mencau-ngacau air pepsi. Ayam KFC sudah habis di jamahnya.

“ Awak senyum tengok apa?” Nazzatul mengalihkan pandangan matanya ke muka Khairul. Berkerut sahaja muka Khairul memandangnya. Rasa lucu pula Nazzatul melihatnya. Ni mesti kata dia ni, orang gila kan sebab senyum sorang-sorang.

“ Tengok bebudak tak cukup umur sedang belajar nak jadi romeo.”ujar Nazzatul sambil memuncungkan mulut ke arah anak-anak muda yang berada tidak jauh dari mereka. Khairul turut sama memandang ke arah yang ditunjukkan. Kelihatan empat orang anak muda dalam umur belasan tahun sedang bersiul-siul setiap kali ada anak gadis sedang lalu di kawasan itu.
Cawan kertas berisi air pepsi miliknya dihirup. “Dulu saya pun macam itu juga”. Nazzatul mengangkat kening. Boleh tahan budak ni.

“Kenapa buat macam tu? Cari awek?” soal Nazzatul. Rasa ingin tahu pula. Bukan sealu dapat tahu isi hati seorang lelaki. Kalau dengan Azhar, jangan harap lelaki itu nak cakap.

Khairul menayang muka tidak beriaknya. Coleslaw yang masih berbaki dimakannya sampai habis. “Saja.  Buang masa. Tak ada kerja” Satu-satu sebab disebutnya.

“Aii, Takkan sebab itu je. Kalau buang masa bukan awak boleh tengok wayang ke, pergi karaoke ke, gaming ke?” Semua aktiviti yang selalu di buatnya ketika masih muda disebutnya. Ala, zaman tak matang memang begitu. ZAman yang hanya memikirkan keseronokan sebelum insan kesayangannya meninggalkannya.

“ Benda itu pun saya buat jugak. Tapi selalunya bila kawan-kawan ramai, memang rasa berani sikit nak mengacau anak dara orang. Saja nak tengok reaksi kegedikan budak perempuan” jawab Khairul bersahaja. Mendengus geram Nazzatul mendengarnya. Apa awak ingat budak perempuan ini bahan kimia? Apa akan jadi kalau sampel A dimasukkan ke dalam sampel B? Apa tindak balas bahan? Macam itu ke?

“ Oh, begitu pulak. Ingat budak perempuan ni bahan eksperimen ke? Nak tengok reaksi?”

“ La, saya tak suruh pun budak perempuan yang saya kacau layan. Saya mengusik sahaja. Dari situ saya boleh tahu yang mana satu jenis sosial atau yang jenis menjaga pergaulan dia” bela Khairul sambil menolak perlahan pinggannya. Perutnya sudah kenyang. Nazzatul terdiam. Betul kata-kata Khairul itu. Salah perempuan juga kalau melayan. Kadang-kadang untuk melihat sikap sebenar seseorang, kita perlu menggiatnya.  Matanya sudah dihalakan ke meja anak-anak muda tadi. Masing-masing sudah bangun untuk meninggalkan kawasan itu.

“Okey, dah habis makan? Jom kita pergi solat Zuhur.” ujar Khairul yang sudah menolak kebelakang kerusinya. Cepat-cepat Nazzatul menghabiskan air yang masih berbaki.



“ Atul!”

“ Zakri ke rupanya. Mana salam?” Buku di tangan sudah diletakkan kembali ke rak. Wajah pemuda di sebelahnya dipandang. Kenapalah bila nak tegur, selalu tak beri salam?

“ Hehehe, sorry. Assalamualaikum. Buat apa kat sini?” tersengih-sengih Zakri memberi salam. Kan sudah kena marah.

“Waalaikumussalam.  Beli buku lah. Ada kau nampak aku buat caklempong ke kat sini? ” jawab Nazzatul selamba. Rasanya dia tengah ada di kedai buku MPH, bukan kedai jual alat muzik. Di perhati seorang gadis ayu bertudung merah jambu di sebelah Zakri. Cantik orangnya. Nazzatul memberi senyuman ikhlas kepadanya. “Ini siapa?” soal Nazzatul.

“ Oh, lupa pula. Ini Nor Liyana, PA aku. Yana, ini kawan baik I, Nazzatul Aini.” Zakri memperkenalkan gadis di sebelahnya. Nazzatul menghulurkan salam lalu disambut oleh Liyana.

“ Salam perkenalan, panggil je saya Yana.”

“ Saya Atul. Cantik PA kau ye Zakri.” Puji Nazzatul ikhlas. Memang cantik gadis itu. Lemah lembut bagai. Ini kot yang dikatakan perempuan melayu terakhir. Yana yang mendengar pujian Nazzatul tersipu-sipu malu.

“ Memanglah. Tengoklah majikan dia pun handsome jugak kan? “Zakri sudah masuk bakul angkat sendiri.  Laju Nazzatul membuat gaya hendak termuntah lalu disambut gelak ketawa Zakri dan Yana.

“ Kau datang dengan siapa ni? Seorang ke?”

“Tak. Aku datang dengan Key-O. Mana dia pergi pun aku tak tahu.”

“Really? gila lama siot tak jumpa dia. Mana dia?” tanya Zakri teruja. Teringin nak jumpa budak keding dulu. Entah-entah sudah besar panjang si Key-O yang muda setahun darinya.

Nazzatul turut sama memanjangkan kepalanya mencari kelibat Khairul. “ Ha itu dia. Baru nampak batang hidung” tunjuk Nazzatul ke arah Khairul yang sedang menuju ke arah mereka dari sudut bacaan Bahasa Inggeris.

“ Key-O, agak-agak awak kan, awak kenal tak siapa ni?” tanya Nazzatul sebaik sahaja Khairul tiba. Berkerut-kerut dahi Khairul memerhati wajah si Zakri. Si Nazzatul sudah menutup mulut menahan ketawa dengan gaya si Zakri yang tak habis-habis menggerakkan keningnya. Mesti si Khairul tidak dapat cam Zakri yang sudah berubah.

“Err.. Do I know you?” meletus ketawa Zakri dan Nazzatul sebaik sahaja Khairul mengajukan soalan. Manakala Yana turut terpinga-pinga melihat gelagat mereka berdua. Nazzatul memegang kedua-dua pipinya. Huh, kan dah kata si Khairul mesti tak kenal punya. Siapa nak kenal kalau Si Tembam gedempol sudah jadi kurus. Sikit punya segak gitu.

“ Okay, Stop..stop..stop. Kau ni Atul, tak baik kau gelakkan adik kau. Apa jenis kakak la kau ni” sindir Zakri. Nazzatul menjuih bibirnya. Eleh padahal dia tu pun sama. Mulut tak habis gelak lagi. Nazzatul yang masih ketawa bersisa mula senyap bila terasa aura gelap dari susuk sebelahnya. Oppss..terlebih la pula.  Si daging beku dah tenung tajam padanya. Nazzatul membetulkan suaranya, namun hatinya masih lagi ingin ketawa.

“Ehm..Okey, Kay-O. Ini Zakri. Anak Mak Ngah Senah. Yang dulunya kita panggil Si Tembam” Nazzatul mula membuka kata. Nanti mesti terkejut punya si Daging Beku.

“Tembam? Biar betul? Allahuakbar. Memang Key-O tak kenal langsung!” membuntang mata Khairul sebelum memeluk tubuh sepupunya itu. Memang betul katanya tadi. Mesti Khairul akan terkejut. Nazzatul hanya tersenyum senang. Akhirnya berjumpa juga mereka. Bila dewasa ini masing-masing sudah dengan laluan sendiri. Sampaikan kaum kerabat sendiri pun tidak berjumpa. Zaman moden memang begitu. Perlu buat perjumpaan seperti Hari Keluarga barulah muncul. Itu pun belum tentu semua ada.

“Yana, awak jangan pelik. Nanti awak tanya sendiri dekat bos awak ni. Saya tak nak cerita.” Usik Nazzatul yang melihat Yana seperti orang hilang ingatan. Terpinga-pinga dia melihat sketsa mereka bertiga dari tadi. Gadis itu hanya mengangguk sambil tersenyum.

“ Memang lama, bro. Hari tu kenapa tak datang kenduri? Aku tunggu jugak kau. Alih-alih Mak Ngah dengan Pak Ngah aje yang datang. Kau pergi mana?” tanya Khairul. Bahu sepupunya ditepuk perlahan.

“ Sorry, aku outstation waktu tu. Banyak kerja sampai aku pun tak boleh nak cuti.” Zakri memberi alasan.

“Lah, Mak Ngah cakap kau jadi bos sekarang. Tak akan tak boleh cuti kot?”

“Memanglah aku bos tapi tanggungjawab aku sebagai bos tu mana boleh serah dekat orang lain beb.”

“ Ya lah tu. Eh bila kau free? Nanti kita pergi lepak sekali. Lama dah tak buat aktiviti macam dulu. Nanti aku ajak Abang Zhar.” pelawa Khairul. Masih banyak perkara yang mahu diborakkan dengan sepupunya itu.

“ Tengoklah nanti macam mana. Eh aku nak nombor kau,boleh. Nanti apa-apa hal boleh contact.” Zakri sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Apa da. Nombor sepupu pun tak ada. 013-4567890. Misscalled aku.” Sempat Khairul menyindir sepupunya. Sebaik sahaja no Zakri naik dalam telefonnya, terus nombor itu disimpan.

“Err..Bos, waktu lunch sudah hampir habis. Lepas ni bos ada mesyuarat lagi.” Tegur Yana. Rasa bersalah sebenarnya menganggu perbualan bosnya. Zakri mengangguk perlahan. Kali ini wajah Nazzatul pula dipandangnya. Gadis itu hanya tersenyum.

“Atul, nak nombor.”

“Eh, nak buat apa?” soal Nazzatul. Jarang dia memberikan nombor telefonnya kepada orang terutamanya lelaki.

“Lah, engkau ni. ‘Sepupu’ sendiri pun tak boleh ke?” sengaja perkataan sepupu ditekannya sambil tersengih. Berharap permintaannya ditunaikan.

“ Yelah, 013-9876543. Jangan engkau nak buat prank call pulak.” Nazzatul memberitahu malas. Namun dia tidak sedar dirinya sudah direnung tajam.

“ Okey, dapat. Okay, kawan. Aku chow dulu. Ada kerja. Assalamualaikum” Zakri memberi salam sebaik sahaja tangan sepupunya disalami. Begitu juga Yana yang turut bersalam dengan Nazzatul.

“Kita balik juga!” Khairul bersuara tegas sebaik sahaja tubuh Zakri dan Yana hilang dalam kesibukan orang ramai. Nazzatul memandang tubuh Khairul yang sudah jauh meninggalkannya. Nazzatul mengeluh kecewa. Perangai daging beku datang lagi. Alamatnya memang tak dapatlah dia beli buku.



Kereta Nazzatul berhenti betul-betul dihadapan kedai makan mamak di kawasan perumahannya. Nazzatul memandang pelik si pemandu. Sepatutnya bukan mereka ke Putrajaya menghantar lelaki itu pula?

“Kenapa kita balik Serdang ni? Awak tak nak balik rumah ke?” tanya Nazzatul. Awal-awal sebelum mereka berdua ke Mid Valley tadi beria-ia lelaki itu bersembang, sekarang perangai lamanya datang balik. Dah macam split personality pun ada jugak.

“Kawan saya on the way ke sini. Saya balik dengan kawan saya.” Khairul bersuara dingin sebelum dia melangkah keluar dari kereta. Nazzatul turut sama keluar dari kereta.

“La, kenapa kita tak pergi terus tadi ke rumah awak? Nanti pandai-pandailah saya balik. Kereta saya.” Nazzatul memprotes. Sungguh tidak suka menyusahkan orang. Terasa diri seperti anak kecil yang perlu diberi perhatian.

“ Tak payah. Awak perempuan. Lagipun dah  petang ni.” Ujar Khairul. Dia kini sudah berada di sisi kereta bahagian penumpang, merenung tajam Nazzatul.

“Kenapa kalau saya perempuan? Petang? Selama ni saya balik kerja malam tak ada apa pun” Kali ini Nazzatul sudah tidak boleh menahan sabar. Tadi bukan main mengajaknya keluar. Sekarang tunjuk muka pahit dia dekat aku.

“ Kalau saya suruh, awak ikut jelah. Jangan banyak soal!” Naik satu oktaf suara Khairul. Nazzatul mendengus geram. Laju kakinya melangkah ke tempat pemandu sebelum menerobos masuk ke dalam kereta. Tali pinggang keledar di pakai sebelum dia memasukkan gear dan terus meninggalkan Khairul di restoran mamak.



“Eii, geram aku. Apa punya perangai tu. Kalau cakap tak boleh lembut ke? Asyik nak marah je. Memang layak dipanggil daging beku pun”. Terkumat-kamit mulut Nazzatul marah sebaik sahaja dia sampai di rumah. Geram sungguh dengan sikap Khairul. Sekejap baik, sekejap teruk. Dah rupa macam perempuan PMS je.

‘ Bip..’ bunyi mesej masuk membuatkan Nazzatul berhenti didepan pintu. Telefon bimbit dari dalam beg tangan diambilnya.

‘I’m sorry sbb skap I td. B4 I trlupa dlm kreta ada smthing 4 u n krpek pisg dr ibu yg u trliur sgt 2. Nnti jgn mkan seorg je. Bagi dkat org lain sma- Key-O ’

‘Cit, minta maaf pulak. Sorry naik lori la beb’ hati Nazzatul mula mengomel sambil telefonnya itu dimasukkan kembali . Namun hatinya pelik juga ini kali pertama si daging beku menghubunginya.  Langkahnya terus berpatah balik ke arah kereta. Di lihat dalam kereta di bahagian depan namun tidak jumpa. Sebaik sahaja pintu tempat duduk penumpang bahagian belakang di buka, barulah dia nampak dua buah plastik tersorok yang diletakkan betul-betul di belakang kerusi pemandu. Patutlah dia tidak nampak langsung sepanjang dia berada dalam kereta. Dibelek isi beg yang pertama. Hatinya yang tadinya panas sudah terpujuk dengan kerepek pisang buatan ibu. Terima kasih ibu sebab ingatkan Atul. Beg plastik kedua pula diselongkarnya. Beg milik kedai buku MPH yang masih baru membuatkannya sedikit termanggu. Masa bila si Daging Beku membelinya dia sendiri tidak tahu. Isi dalamnya adalah dua buah buku; DiHamparan Shamrock, buku yang dia teringin hendak beli. Terbeliak biji mata Nazzatul dengan buku yang satu lagi itu. ‘Aku Terima Nikahnya’ tulisan dari penulis yang sama dengan Di Hamparan Shamrock. Key-O! kau memang nak perli aku kann!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 07:54 PM | Show all posts
sweet... key o dh pandai jeles
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:04 PM | Show all posts
kan dah kata si adik angkat suka kat kakak angkat sbb tue x betah dr dulu
sekrg nie bila sepupu sendiri nak usha si kakak angkat dia bengkek hati dan cemburu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 12:10 AM | Show all posts
key-o dah ada saingan..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2012 09:23 PM | Show all posts
Boleh tak saya post benda ni dulu. hehehe tak sempat nak berfikir.

Teaser

“ Assalamualaikum, Atul. Ibu ni.” Suara lembut Hajah Kamariah menyapa telinga Nazzatul. Ketukan di keyboard dihentikan. Tersenyum senang mendengar suara ibunya. “Waalaikumussalam. Ya, ada apa, bu? Ibu dan ayah sihat?”

“Alhamdulillah. Ibu dengan ayah sihat je. Ibu telefon ni ada benda nak beritahu. Penting jugalah.” Nazzatul mengangkat kening. Penting?  Soal kerjakah? Tangannya mencapai mug berisi milo panas.

“ Apa dia? Soal kerja Atul ke?” Mug sudah dibawa ke bibir. Perlahan-lahan ditiup kononnya boleh sejuklah air panas yang hampir penuh itu.

“ Tak. Tapi ada benda lain lagi penting.”

“Ehm..apa yang lagi penting tu? Ada orang meminang Atul ye..” gurau Nazzatul sambil tersenyum. Ceh, macamlah engkau ni anak dara rebutan. Kalau betul pun, siapa lah yang bertuah sangat tu? Perlahan-lahan Nazzatul cuba menghirup milo panas itu.

“ Mana Atul tau ada orang meminang Atul?” Aduh, panas!! Lidah sudah melecur. Segera mug diletakkan kembali ke atas meja. Perkara yang ibu cakap tu boleh buat dia tersedak air panas.

“ Ibu, biar benar?!” tanya Nazzatul tidak percaya. Meminang! Siapa yang meminangnya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 06:04 AM | Show all posts
Zakri kot yg masuk meminang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2012 07:17 AM | Show all posts
mau x tenang key o kalo tahu ade org meminang atul nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 12:48 PM | Show all posts
Maaf ya, saya lambat. Ada ujian minggu ni so saya tak sempat nak update. minggu depan pun sama jugak.

Bab 7


Usai menunaikan solat Isyak, terus Nazzatul terus menghenyakkan tubuhnya ke atas katil. Berkeriut katil akibat pergerakan tubuhnya. Badan terasa penat teramat. Bunyi telefon bimbit dari dalam beg tangan, Nazzatul ambil dengan malas. Nazzatul melihat nama pengirim mesej; Zakri. Apa yang dimahukannya? Matanya sudah tidak dapat menahan mengantuk. Bekerja sepanjang hari,lewat petang baru pulang memang memenatkan. Mesej dari Zakri terus tidak dibacanya. Diletak telefon bimbit  atas meja disebelah katil. Mata dipejam kembali. Dia mahu tidur. Tidur sepuas-puasnya.
       
Bunyi zikir menyedarkan Nazzatul dari tidur. Terpisat-pisat Nazzatul membuka matanya. Pukul berapa sekarang? Jam diatas meja dipandangnya. Baru pukul sebelas malam. Telefon yang masih tidak berhenti berbunyi segera dicapai.

“ Assalamualaikum, Atul. Apa khabar? Baru bangun tidur ye?” suara garau dihujung talian membuatkan Nazzatul tersenyum. Big brother sudah telefon.

“ Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Aku baik je.  Memang baru bangun pun. Sebab kau telefonlah. Telefon bila orang nak tidur. Tapi rasanya baru kau telefon aku semalam kan?” Azhar sudah ketawa. Memang semalam dia ada menelefon Nazzatul. Tapi hari ini ada berita gembira yang dia mahu sampaikan pada adiknya itu. “Uii, garangnya. Eleh bukan engkau memang tidur lambat ke? Kalau nak tidur tak apalah. Aku letak telefon”

Nazzatul bangun duduk bersila. Aik, merajuk pulak. “ Bunyik macam merajuk je. Engkau tu dah boleh jadi bapak budak tau. Mana boleh merajuk. Tapi hari ni aku penatlah. Serius ramai gila pesakit. Tangan aku dah naik lembik ni.”

“ Betul la tu aku dah jadi bapak budak.” Nazzatul menarik telefonnya jauh dari telinga. Dia salah dengar ke?

“ Kau cakap apa tadi? Ulang balik. Aku tak berapa dengar lah.” Azhar sengih. Nazzatul ni memanglah.

“ Syaira dah pergi jumpa doktor. And Alhamdulillah it is positive. My wife is pregnant, Atul!”

“Alhamdulillah! Wei tahniah, tahniah. Tak sabarnya nak jadi aunty nih. Berapa minggu dah? Mana Syaira? Nak cakap dengan dia.” soal Nazzatul riang. Tak sangka setelah tiga bulan berkahwin, akhirnya abangnya itu bakal bergelar bapa. Semalam lelaki itu menelefonnya pun sebab hendak memberitahu yang dia rasa isterinya itu mengandung. Selalu meminta makanan yang muntah-muntah.

“ Tiga minggu dah. Syaira baru je tidur. Penat sikit katanya.”

“Dah beritahu ibu, ayah?”soal Nazzatul.

“ Sudah, siang tadi beritahu. Key-O pun aku dah beritahu sekali dengan Kak Izhan. Berita gembira mana boleh simpan seorang kan.” Nazzatul turut tersenyum. Kalau sudah gembira, memang semua orang akan dicanangnya.

“So, apa cerita kau dengan Key-O? Okay dah?” tanya Azhar. Semalam Nazzatul membebel tak berhenti bercerita tentang perangai Key-O yang boleh bertukar-tukar.  

Nazzatul menghela nafas. “Dah, waktu lunch tadi dia call aku. Minta maaf. Tapi aku still lagi geram. Kalau lepak pergi mana-mana memang tak sah gaduh kan.”

Azhar ketawa kecil. Key-O, Key-O apa yang kau buat? Kata nak jadi adik yang baik? “Alah, engkau ni. Kompromi la sikit dengan dia. Key-O tu bukan apa. Dia nak berbaik dengan kau balik. Rasanya dia betul nak berubah tu.”

“ Ceh, betul ke nak berubah? Kalau betul nak berubah kenapa tak pernah panggil aku kakak pun?”

“La, engkau pun satu. Selama ni dia kan tak pernah panggil kau kakak melainkan depan ibu ayah. Nak sembang dengan kau lagilah. Dia kena ambil masa nak betulkan kesilapan dia dulu. Aku rasa dia memang betul-betul nak jernihkan hubungan dia dengan kau.” Pujuk Azhar. Susahnya nak bercakap kalau kedua-duanya bukan sekepala. Memang tak boleh masuk kepala si jurutera dengan si medic.

Nazzatul terdiam. Entahlah dia sendiri tidak tahu. Tapi selama hampir tiga bulan ini dia dapat melihat perubahan pada Khairul. Kalau sebelum ini Khairul tidak pernah berbual dengannya tapi kini ada sahaja yang mahu diceritakan. Kalau dahulu tidak pernah lelaki itu tersenyum, melainkan senyuman sinis tapi kini dia sudah dapat melihat senyuman ikhlas. Walaupun kadang-kadang ada juga lelaki itu dengan perangai lamanya namun tidaklah sepanjang masa. Nazzatul mula tertanya-tanya. Memang lelaki itu sudah berubahkah?

“ Hello, ada orang kat sana lagi ke?” tanya Azhar. Senyap sahaja suasana dihujung talian. Dah tidur balik ke si Atul ni?

“ Eh, ada..ada ni. Termenung sekejap.” Cepat-cepat Nazzatul menjawab panggilan. Jauh sungguh dia termenung.

“ Huh, asyik berangan je kerja kau. Okeylah. Aku nak hang up telefon ni. Apa-apa hal call aku tau.” Jam dinding dikerling Azhar.

“Iyelah. Okay. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Nazzatul menekan punat tamat panggilan sebelum meletakkan kembali telefon bimbit di atas meja. Suasana dalam bilik dan di luar terasa sunyi. Selalunya waktu-waktu begini kedengaran juga bunyi televisyen yang dipasang di ruang tamu. Mungkin teman-teman serumahnya sudah tidur. Nazzatul bangun dari katil. Alang-alang sudah terjaga tengah malam begini lebih baik dia bangun buat solat sunat. Inilah sahaja masa yang sesuai untuk melepaskan rindunya pada Allah S.W.T. Ayuh, kita bangun Nazzatul!



“Kau ni Zakri. Kau tak boring ke asyik-asyik datang lepak sini? Lunch dekat hospital pulak tu.” Tanya Nazzatul sebaik sahaja melabuhkan duduk di meja makan. Zakri sudah tersengih sambil membawa pinggannya yang berisi makanan ke meja Nazzatul.

“Alah, bila lagi nak ajak kau lunch sekali kan? Bila aku ajak, kau cakap kau sibuk. So aku ajak la kau makan kat tempat kerja kau ni. Kan senang.” Ujar Zakri. Tangannya sudah ditadah lalu dibaca doa makan. Nazzatul menaminkan doa Zakri.

“Betul lah aku sibuk. Kau ingat kerja doktor ni goyang kaki ke?” tanya Nazzatul. Mee goreng disuap ke mulut.

“Ya, aku tahu. Sebab tu aku ajak kau makan sini. Wei, bila kau free minggu depan?”

“ Minggu depan? Rasanya hari Sabtu kot . Kenapa?”

“ Jom keluar. Lepak dekat KLCC”

“Buat apa? Kalau saja-saja tak mahulah”

“ Ada pesta buku kat situlah. Nak pergi tak?” Nazzatul meletak sudunya. Jus oren disisipnya. Pesta buku? Boleh tahan. Memang banyak buku yang mahu dibelinya.

“ Tengoklah bagaimana. Kalau ada kawan perempuan yang nak temankan aku on je.”

“ Kalau macam tu, deal.” Balas Zakri sambil mengangkat ibu jarinya. Seronok rasanya bila rancangan untuk ajak Nazzatul keluar berjaya. Bukan senang nak ajak Nazzatul ni. Liat!



“ Hui, ramai siot. Mana kawan kamu nama Zakri tu?.” Tanya Syazliana. Matanya memerhati manusia yang sememangnya ramai disitu. Agak-agak boleh tak dia dapat buku yang dia nak ni?

Nazzatul meliar mencari kelibat Zakri. Susah hendak mencari kalau sudah ramai begini. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

“ Hello, ha Zakri. Mana kau? Oh dekat sana ya. Okay..okay aku tunggu .”

“ Dia kata kat mana?” si baju t-shirt putih berkolar sebelahnya sudah bersuara. Nazzatul hanya menjeling.

“ Dia kata nak datang ambil kita.” Ujar Nazzatul malas. Hilang terus mood nak berseronok mencari buku. Ada ke patut si Khairul cakap nak ikut sama. Nanti mesti gaduh punya,tengoklah. Teringat perbualan dia dengan si daging beku tadi.



“ Nazzatul, jom teman Key-O keluar pagi ni.” Suara Key-O menyapa telinga Nazzatul. Nazzatul membetulkan tudungnya yang senget. Telefon bimbit di bawa ke telinga kiri.

“Tak boleh la. Saya nak keluar ni.” Ujar Nazzatul. Dia sudah lambat sepuluh minit dari waktu yang dijanjikan dengan Zakri. Berkali-kali sepupunya itu menelefon.

Hujung talian senyap seketika sebelum Key-O bersuara. “ Pergi mana?” Nazzatul memastikan wajahnya buat kali terakhir di cermin. Memastikan tiada bedak yang bertempek. Malu nanti kalau orang menegur. Biasalah kalau pakai bedak powder je kan.

“ Pergi KLCC, tengok pameran buku.”

“ Pergi dengan siapa?” Nazzatul sudah berkerut dahi. Kenapa lah banyak soalan sangat si Key-O ni?
Beg tangan di atas meja disangkut ke bahu. “ Pegi dengan Suzy. Zakri pun ikut sekali.”

“ Key-O nak ikut!” melurut jatuh beg tangan Nazzatul dari bahu. Pulak dah.



“ Ha, itu pun dia, Atul.” Suara  mematikan lamunannya tadi. Pandangan matanya terarah ke arah yang ditunjukkan Suzy. Kelihatan Zakri berpakaian santai dengan baju T-shirt merah menuju ke arah mereka. Jarang Nazzatul nampak Zakri berpakaian seperti itu. Selalunya dengan kemeja dan berkot sahaja.

“ Sorry tau Zakri. Aku tak sengaja.  Terbabas pulak tidur lepas Subuh tadi.” Sungguh. Dia terjaga pun apabila Ira mengetuk biliknya bertanyakan sama ada dia sudah bersiap atau belum. Kelam kabut dia bangun mempersiapkan diri.

“It’s okay. Aku pun tak adalah lama sangat tunggu. Hey Key-O. Kau datang sekali dengan diorang ke?” ujar Zakri sambil menumbuk lembut bahu sepupunya.

Khairul hanya tersenyum. “ Mestilah. Kakak aku keluar, mestilah nak ikut” Nazzatul menjulingkan mata ke langit. Suka sangat nak ikut orang. Dahlah paksa bagi ikut.

“ Huh, memang tak boleh lekang dari kakak kau. Eh, yang dua orang ini siapa? Kawan kau ye” ditunjuk dua orang gadis disebelah Nazzatul dengan ibu jari.

Nazzatul menepuk dahi. Bagaimana dia boleh terlupa memperkenalkan kawannya. “Oh, lupa pulak. Yang ini Suzy dan ini Syazliana. Syaz, Suzy, ini Zakri sepupu aku.” Suzy dan Syazliana hanya memberikan senyuman lalu dibalas dengan hai oleh Zakri.

“ Okaylah. Jom masuk. Aku rasa dah makin ramai orang ni.” Ujar Zakri sambil memerhati keadaan sekeliling sebelum mereka semua sama-sama melangkah masuk ke dewan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2012 10:38 AM | Show all posts
aura cemburu key O dah makin mencanak, terus cakap nak ikut "kakak"
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:26 PM | Show all posts
ble nk sambung ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 03:54 AM | Show all posts
Huhuhuhuhu sorry semua.. minggu ni ada test fasa pertama. baru habis dua paper. minggu depan baru masuk fasa kedu ditambah pulak dengan projek saya. makanya saya tak sempat nak upload citer. sorry ye...

Bab 8

Nazzatul membetulkan tali pinggang keledarnya yang terasa menjerut tubuhnya. Gelisah apabila wajah dingin Khairul mula  menjelma.

Kali ini apa pula pe’elnya, Nazzatul sendiri tidak tahu. Hati mula rasa menyampah bila teringat balik bagaimana dia boleh balik dengan si Khairul, padahal sebelum dia bertolak ke Bookfair tadi bertiga dengan Syazliana dan Suzy. Alih-alih pulangnya berdua dengan kereta si daging beku pula.



“ Atul, kau kat mana ni? Riuh je dengar bunyi” suara Azhar dihujung talian bertanya. Nazzatul membetulkan beg plastik yang sudah berat dengan buku namun kemudiannya di ambil Khairul. Terjongket kening Nazzatul dengan perlakuannya. Khairul memberi isyarat menyuruh dia menyambung kembali perbualannya di telefon. Lega sikit sebenarnya bila dibantu. Jari-jari tangan kanannya sudah merah akibat menjinjit beg yang berat itu .

Telefon yang tadinya ditangan kiri dibawa ke tangan kanan. “ Oh, aku dekat KLCC. Datang tengok Bookfair. Kenapa telefon ni?”

“Kau pergi tak ajak aku pun” Azhar sudah membuat suara merajuk. Nazzatul mencebik. Nak mula dah tu.

Perlahan Nazzatul menapak ke kawasan yang agak jauh sedikit dari orang ramai sambil diekori Khairul. Teman serumahnya sudah menghilang di celahan orang ramai. Begitu juga Zakri. Sengaja dia menyuruh mereka meninjau-ninjau dahulu kerana tidak mahu mereka menunggunya sebaik sahaja salam dari Azhar mencecah ke telinganya. Hanya Khairul yang masih setia walaupun berkali-kali disuruh lelaki itu tidak menunggunya.

“ Kalau aku ajak, kau ambil cuti ke hari ni?” tanya Nazzatul. Dia pun sebenarnya ambil cuti kerana dah lama tak bercuti selama hampir tiga bulan ini. Seorang doktor mana boleh cuti-cuti seperti orang lain kan. Weekday ke, holiday pun kerja juga.

“ Eh, mesti aku pergi. Lagipun aku hari ni pun ambil cuti. Lama sangat tak cuti. Kesian pulak kat bini aku ni.”

“Ye ye-o je kau. So kenapa call?” soalan tadi disoal kembali.

“Saja je call. Alang-alang kau ambil cuti jugak hari ini aku dengan Syaira nak ajak kau pergi rumah. Makan malam kat sini. “

“Oh, boleh je. InsyaAllah tak ada aral nanti aku sampai la.” Balas Nazzatul sambil melihat jam tangannya. Boleh je aku datang. Okey ada apa-apa lagi ke?”

“Yang itu je. Okeylah.Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

“ Siapa yang menelefon? Abang Zhar ke?” Khairul sudah melangkah mendekatinya.

“ Haah, dia ajak pergi rumah dia. Nak beg?” tangan Nazzatul sudah dihulur meminta beg plastik kepunyaannya.

“ Tak apa, Key-O tolong pegangkan” Nazzatul hanya mengangguk. Kalu dah nak pegangkan,syukur Alhamdulillah. Benda baik jangan ditolak bukan? Hehehehe..

“ Okay, jom cari buku lagi.” Nazzatul maju kehadapan. Bila masa lagi nak keluar dan membeli sakan kan! Khairul hanya mengikut langkah Nazzatul dari belakang meredah keramaian.



“Sorry Atul, Suzy. Adik aku suruh jumpa dia. Tak boleh join korang pergi jalan-jalan la. Sorry.” Kata-kata dari Syazliana sewaktu mereka bertiga di dalam surau membuatkan Suzy dan Nazzatul saling berpandangan. Jikalau hanya kerana tidak dapat sertai mereka untuk pergi meronda kawasan KL itu, Nazzatul fikir dia memang tidak kisah. Dia sendiri sebenarnya kalau boleh lepas solat Zuhor tadi dia ingin terus pulang ke rumah. Namun atas rayuan si Zakri yang mengajak mereka berempat untuk pergi ke I-City membantutkan niatnya tambahan pula dengan sokongan dari Suzy dan Syazliana sendiri. Kata mereka dah lama tidak keluar lama-lama begini. Dia hanya mampu mengikut sahaja.

“ Kalau aku, aku tak kisah pun. Atul macam mana?” Suzy pandang wajah Nazzatul.

“Aku pun tak kisah juga. Tapi kalau kau tak ada aku malas pergi la I-City tu. Nak balik. Sebenarnya aku dah nak surrender dah tadi. Penatlah”

“Aku pun. Tapi kau nak pergi UM tu dengan apa? Nak suruh si adik Atul hantarkan ke? ” Syazliana yang sedang melipat kain telekung terhenti perbuatannya.

“ Aku rasa tak kot. Kesian pula dekat Key-O tu. Dahlah ambik kita bertiga pergi sini, lepas itu nak hantar aku pula. Aku rasa aku pergi sendiri la.”

“Eh, aku ikut kau. Risau aku kalau kau seorang saja. Alang-alang boleh jenguk university lama aku” Nada Suzy seperti risau. Dia sudah bangun dari duduknya menuju ke pintu surau diikuti dengan Nazzatul dan Syazliana.

“ Huh, risau juga kau dekat aku ye. Okay, cantik ada teman. Atul nak ikut sekali ke?” Nazzatul tersenyum. Boleh jugakan. Dah lama tak keluar dengan dua orang temannya itu walaupun tubuhnya sudah terasa penat. Lagipun, dia malas hendak pulang berdua dengan Khairul.

“Dia tak payahlah. Suruh dia balik je. Kesian la pulak aku bila dia cakap penat tadi. Semalam balik lewat malam. Mesti penat kan?”

“ Eh, kenapa pulak. Tak kisah pun. Apalah sangat jauhnya UM dari sini.” Protes Nazzatul sambil menyarung sandal ke kakinya. Kelihatan Zakri dan Khairul sudah menunggu mereka.

“Apa yang bising-bising tu?” soal Zakri sebaik sahaja Nazzatul, Suzy dan Syazliana sampai.

“ Oh, pasal Atul ni. Oh, ya. Zakri rasanya kami bertiga tak boleh pergi I-City la. Syazliana ada hal.” Beritahu Suzy.

“Ye ke? Syazliana nak pergi mana? “ tanya Zakri lagi. Khairul disebelah hanya mendiamkan diri.

“ Saya nak ke UM jumpa adik saya. Tapi saya pergi dengan public transport la.”

“Tak nak Key-O tumpangkan hantar ke?” Akhirnya baru Khairul bersuara.

“Eh, tak payah Key-O. Saya temankan Syaz. Awak hantar kakak awak ni balik je. Katanya penat tadi” Sampuk Suzy namun kemudiannya Suzy mengaduh sakit bila dicubit Nazzatul. “ Masa bila aku cakap penat ha? Boleh je aku ikut kau orang berdua”

“ Tak payahlah. Kau balik je rumah. Kita orang pergi guna public transport. Kang kalau pengsan tengah jalan susah” usik Suzy disambut dengan ketawa oleh yang lain. Masam muka Nazzatul diusik begitu.

“ Alang-alang nak pergi UM, biar je lah saya hantar. One way je dengan saya” pelawa Zakri. Syazliana dengan Suzy sudah tersengih. Nazzatul sudah mencebik. Seronoklah tu ada orang nak hantar.

“Eh, tak apa ke menyusahkan Zakri ni?” tanya Syazliana.
Zakri menggeleng kepala. “ Tak adalah. Okay je”

“Kalau macam tu aku nak ikut!” Nazzatul masih berdegil. Namun disanggah Suzy.

“ Tak payah. Kau balik je. Esok kau kerja balik kan? Key-O kau bawak kakak kau ni balik”

“Okay.” Jawab Khairul pendek. Nazzatul berpeluk tubuh. Geram bila permintaannya ditolak. Kalau dengan Suzy dia memang selalu kalah.

“ Ke Atul nak balik dengan saya?” soalan dari Zakri membuatkan Nazzatul terdiam. Erk..dari balik dengan Zakri baik dia balik dengan Key-O je kan.

“ Tak apalah. Saya balik dengan Key-O je” laju bibir Nazzatul menjawab sambil tersengih.

“ Kalau macam tu. Jom jalan” Arah Suzy. Mandur sudah beri arahan.




“Zakri cerita dia selalu pergi lunch dekat tempat kerja awak.” Suara Khairul membuat Nazzatul tersentak. Habis hilang cerita tengah hari tadi. Cerita bagaimana dia tersadai dalam kereta si Khairul.

“Tak adalah selalu sangat. Kadang-kadang je”

“ so?”

“so? Kenapa?” pelik dengan ayat yang tak habis oleh si Khairul.

“so awak sukalah bila ada lelaki budiman seperti Zakri temankan awak makan?” tanya Khairul sinis. Eh, ni bunyi nak start gaduh kan. Relax Atul. Relax. Api masih kecil.Nazzatul cuba berlagak tenang.

“Tak adalah.  Rasanya dia saja datang nak ubah tempat lunch dia kot. Atau makanan di kafe sedap sangat.” Jawab Nazzatul lembut.

“ Kalau tak suka kenapa tak suruh dia lunch dekat tempat lain je?” hai, nampaknya masih nak ajak gaduh. Sabar kejap ye Atul.

“ Saya tak cakap suka bila dia datang lunch dekat tempat kerja saya. Dan saya pun tak cakap saya tak suka. Itu pilihan dia. Lagipun bukannya selalu saya keluar lunch tepat-tepat waktu itu. Kerja saya bukan macam kerja di office.”

“ Senang cerita awak memang tak kisah kan bila ada lelaki temankan awak?”

“Awak ni kenapa ha! Kenapa awak selalu nak cari pasal dengan saya. Apa yang tak kena dengan diri saya ni pada pandangan mata awak?!” sabar Nazzatul sudah hilang bila diasak soalan sinis dari Khairul. Berombak- ombak dadanya menahan marah. Khairul disebelah sudah diam membisu, mungkin terkejut bila melihat Nazzatul begitu.

“ Saya tahu saya bukan kakak kandung awak. Tapi boleh tak, ada sekelumit rasa hormat awak pada saya dalam hati awak. Saya tak tahu apa tujuan awak cuba berbaik-baik dengan saya. Tapi kalau benar, niat awak nak membalas dendam kerana cuba meminta kasih-sayang dari keluarga awak. Tahniah, awak memang sudah berjaya. Awak jangan risau. Selepas ini saya akan jauhkan diri saya dari keluarga awak. Saya tak akan jejak lagi rumah ibu dan ayah. “ Air mata sudah berjurai-jurai ke pipi. Suaranya sudah tersekat-sekat tidak mampu berkata-kata namun dia kena luahkan juga hari ini.

Teringat akan kata Azhar di telefon tempoh hari .
“La, engkau pun satu. Selama ni dia kan tak pernah panggil kau kakak melainkan depan ibu ayah. Nak sembang dengan kau lagilah. Dia kena ambil masa nak betulkan kesilapan dia dulu. Aku rasa dia memang betul-betul nak jernihkan hubungan dia dengan kau.”
. Zhar, kau salah Zhar. Aku tak rasa dia nak berubah. Ini bukan caranya. Tersedu-sedan Nazzatul menangis.

“ Maafkan Key-O. Key- O……tak terniat nak buat Ain sakit hati. Key-O cuma rasa geram. Tak pernah terlintas dalam hati Key-O untuk membenci Ain.” Suara Khairul terasa dekat dengan telinga Nazzatul. Benarkah lelaki itu benar-benar tidak membencinya? Jikalau ya, mengapa layanan lelaki itu selalu sahaja dingin terhadapnya.

Nazzatul menghamburkan air matanya seolah-olah tidak berhenti. Sedih mengenangkan dilayan sebegitu rupa oleh seseorang yang sudah dianggap seperti keluarganya. Hari ini akhirnya dia berjaya luahkan apa yang terbuku dihati. Air mata sudah terasa kering namun masih kedengaran dia yang asyik tersedu-sedan.

“Dah okay?” tanya Khairul. Dapat dirasakan nafas Khairul di telinganya. WAIT!! TELINGA!! Laju Nazzatul membuka mata. Dilihatnya dia sudah dalam pelukan Khairul. Automatik dia menolak tubuh Khairul. Hatinya tidak henti-henti beristighfar. Bagaimana dia boleh membiarkan seorang lelaki ajnabi menyentuhnya. Ya Allah, aku benar-benar berdosa! Jerit Nazzatul dalam hati. Entah masa bila kereta Khairul berhenti dia sendiri tidak perasan. Khairul sedah tersengih. Darah menyerbu naik ke wajah Nazzatul. Malunya dengan Allah apabila segala perbuatannya di perhatikanNya.

“Saya nak balik!” tutur Nazzatul tegas sambil cuba membuka pintu kereta namun lengan kanannya ditarik Khairul.

“Lepaslah!” Nazzatul cuba melepaskan pegangan Khairul. Rasa marah sudah membuak dalam hati bila tangannya disentuh sesuka hati biar pun berlapik dengan lengan bajunya.

“Nak pergi mana?” tanya Khairul lembut.  Lengan Nazzatul dilepaskannya.

“ Nak balik lah!” jawab Nazzatul kasar.

“Nak balik dengan apa? Saya kan tengah nak hantar awak ni..”

“ Balik dengan teksi pun boleh.” Acuh tak acuh Nazzatul menjawabnya.

“ Memang dengan teksi boleh, tapi kawasan ni teksi jarang lalu. Kalau nak juga, kena pergi depan lagi. Biarlah saya hantar balik.” Pujuk Khairul. Nazzatul terdiam. Memang benar sebab ini kawasan perumahan. Masa bila Khairul masuk kawasan perumahan ini, Nazzatul sendiri tidak tahu.

“Okay, tapi jangan sentuh saya lagi. Biarpun awak adik saya, tapi awak bukan saudara kandung saya!” Nazzatul member amaran namun begitu kontra dengan wajahnya yang sudah kemerahan. Bukan merah kerana marah namun merah kerana malu. Khairul tersenyum mendengarnya.

“Ya, saya janji.  Saya tak sengaja tadi tu. Maafkan saya.” Balas Khairul sambil memasukkan gear. Kereta kembali meluncur laju sebagaimana juga hati Nazzatul yang masih lagi berdenyut pantas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:23 AM | Show all posts
hmmmmmmmmm si atul nie xkan langsung x sedar akan kelakuan si daging beku yg jeles x bertempat, banyak sgt hint yg si daging beku bg tp si atul cam so ignorant, kesian gak kat zakri tp sbb aishah dah tetapkan dr awal si daging beku dgn atul jd zakri hanyalah sebg pak pacak aje dlm cerita nie
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:04 AM | Show all posts
miang jugak ye adik atul ni... heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 10:24 AM | Show all posts
fatehana posted on 23-11-2012 09:23 AM
hmmmmmmmmm si atul nie xkan langsung x sedar akan kelakuan si daging beku yg jeles x bertempat, bany ...

sebenarnya memang atul ni jenis tak reti bab cinta. saya buat watak ni ada sikit based on perangai kawan-kawan saya. memang ada sesetengah tu bila cakap pasal cinta, tunjuk muka tak boleh blah. bila ada orang suka, dia buat tak tau n ada seorang tu memang tak perasan langsung hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:39 AM | Show all posts
aishah9121 posted on 23-11-2012 10:24 AM
sebenarnya memang atul ni jenis tak reti bab cinta. saya buat watak ni ada sikit based on perangai ...

yup masa kat U dulu kala mmg ada jns mcm tue, rasa nak tunjal aje kepala lg sakit hati pabila dia pulak marah2 kat kita kata kita yg memandai walhal org yg suka dah bg hint mcm nak mati tp cam citer aishah ni sbb dah tahu akhiran camner mmg rasa sedih gaklah namun nak wat camner kan klu dah itu jalannya
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050511 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list