View: 4593|Reply: 15
|
NOVEL : I AM STUPID ..........
[Copy link]
|
|
IAS 0001
28 September 1975
"Abang..............bangun bang....dah lewat ni...."Shafiah menggerakkan suaminya.Jam sudah 10 pagi namun suaminya masih
berselimut....
"Abang!Abang!" semakin keras suara Shafiah.....namun suaminya tidak menunjukkan sebarang reaksi....
Shafiah terus menggerakkan suaminya dan tiada sebarang reaksi.Anak bongsu yang baru berusia setahun menangis kelaparan.
Melihat keadaaan anak bongsunya yang menangis,Shafiah lantas mendukung anaknya dan keluar rumah dan memanggil
ibu bapanya yang tinggal beberapa meter sahaja dari rumahnya .Disusukannya anak bongsu kesayangan sambil melangkah
kaki ke rumah ibu bapanya.
"Mak.....Ayah......tengok abang...dah puas gerakkan dia,tapi masih tak bangun-bangun...."ujar Shafiah kepada ibu
bapanya.
Ibu bapanya terus keluar dari rumah dan pergi melihat menantunya...
"Bismillah.............."Haji Sulaiman mengambil air dan membasuh muka menantunya,Salleh.
Namun tiada sebarang reaksi.....
Dirasa denyutan nadi tangan dan denyutan jantung.Tiada sebarang reaksi atau denyutan.
"Innalillah wa inna ilaihi rajiun.................."ucap Haji Sulaiman ,matanya bergenang....
"Abang...................Abang............................"jerit Shafiah memecah kesunyian....anak bongsunya tidak mengerti apa yang
terjadi.Air matanya terus menerus membasahi pipi sambil memeluk erat anak bongsunya .Shafiah seakan tidak percaya apa
yang berlaku....
To be continued............
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2012 SAAT SULAIMAN ALHAJJ
Last edited by GuaAnakMelaka on 25-10-2012 03:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah ibu tunggal juga ke, nama pun sama..ke saat minat sgt nm Shafiah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 25-10-2012 09:36 AM
kisah ibu tunggal juga ke, nama pun sama..ke saat minat sgt nm Shafiah ni..
sabau.................novel ni panjang....................
Shafiah?nama anak aku yg kedua..............Angah......
|
|
|
|
|
|
|
|
tt jangan ler asik2 guna nama shafiah tu sbgai ibu tunggal...takut nnti betul2 anak tu jd ibu tunggal..xnak xnak... |
|
|
|
|
|
|
|
entahmengapa posted on 25-10-2012 02:18 PM
tt jangan ler asik2 guna nama shafiah tu sbgai ibu tunggal...takut nnti betul2 anak tu jd ibu tungga ...
"Kita mampu merancang........Tuhan menentukan................tak perlu dikisahkan................"
|
|
|
|
|
|
|
|
IAS 0002
"Bang..........Allah uji kita lagi..."ujar Shafiah sambil membetulkan telekongnya.
"Sabarlah...........tentu ada hikmahnya".jawab suaminya Salleh.
Ketika kelahiran anak pertama,Shafiah dan suami tersayang amat gembira kehadiran bayi lelaki yang dinamakan Yusuf.Namun usia
baru tujuh bulan,ia meninggal dunia setelah mengalami demam panas.Setahun kemudian Shafiah mengandung lagi dan melahirkan
anak lelaki kedua yang dinamakan Mokhtar.
Kehadiran anak kedua ditatang bagai minyak yang penuh.Namun takdir Allah mengatasi segalanya...
Ketika usianya baru mencecah setahun,Allah menjemputnya akibat penyakit yang sama sebagaimana abang sulongnya..............
Kehilangan dua permata hati amat memberi tekanan dahsyat kepada Shafiah.Siang dan malam bergenang air mata..........
"Sayang.....sabarlah..........Allah sayangkan mereka " pujuk Salleh pabila melihat isterinya berendam air mata...
Tahun demi tahun berlalu..............
"Bang...........bang.................."Shafiah memanggil suaminya yang sedang lena dibuai mimpi.....
"Ya...Ya...................."balas suaminya sambil menggosok mata.
'Waaaaaaaaaaaaa.........."kedengaran suara bayi lelaki.
"Alhamdulillah............kita dapat anak lelaki.........."kata Salleh.
Air mata Shafiah mengiringi kegembiraan.Setelah bertahun kesunyian tanpa permata hari,lahirlah seorang bayi lelaki.
"Bang...............apa kita nak namakan dia?"
"Erfan................."balas suaminya.
Kehadiran anak ketiga yang dinamakan Erfan diharapkan membawa tuah dalam kehidupan.Siang dan malam dibelai dan
dipeluk cium....
Salleh yang hanya bekerja sebagai nelayan ,tidak dapat memberikan kemewahan dan kekayaan kepada keluarga.
Namun bukan itu ukuran kebahagiaan.Shafiah tidak pernah mengeluh dengan kepayahan kehidupan...
"Bang.............Jika sayang meninggal dunia,abang jagalah anak kita baik-baik...."satu hari Shafiah
membuka cerita.
"Sayang............hidup dan mati kita ketentuan Allah.............."balas suaminya sambil menyalakan rokok.
Kehadiran anak bongsu,Erfan amat bermakna.Namun Allah menentukan segalanya.Jika dahulu Shafiah dilanda
ujian kehilangan dua anak lelaki,kini suami tersayang menghembuskan nafas terakhir buat selamanya...
Erfan yang baru setahun dan tidak mengerti hanya melihat ayahnya kaku.................
"Erfan........Ayah sudah tiada .........."keluh Shafiah sambil anaknya memerhati ibunya tanpa rasa peduli.
"Yah...yah........yah............."hanya itu sebutan Erfan....dia tak mengerti apa itu kematian....
"Mak...............Shafiah nak pulang ke kampung.........."pinta Shafiah .
"Shafiah........tinggallah di sini,tinggallah bersama kami....sekurang-kurangnya kami masih ada cucu kesayangan
mengobat rindu..."balas ibunya Hajjah Khadijah.
Shafiah diam.Mahu sahaja dia meninggalkan kampung ini dan melupakan segalanya.Shafiah mahu memulakan
kehiudpan baru di tempat lain.Namun permintaan ibu tersayang
tidak dapat ditolak.....
Shafiah membesarkan Erfan dengan mengambil upah menjahit pakaian,menoreh getah dan sebagainya.Hanya itu kudrat
yang
mampu dilakukannya.Kesedihan dengan kematian suami tersayang tidak dapat disorok.Pabila melihat pakaian arwah suaminya,
mata bergenang.........
"Ya Allah..........mengapa Kau uji aku dengan pelbagai ujian?Aku hamba-Mu yang amat lemah.....maafkan segala
dosaku"begitulah keluhan Shafiah setiap kali merindui suaminya..
Dalam usia yang masih muda,Shafiah telah bergelar ibu tunggal kematian suami.
Satu pagi yang hening,kedengaran tangisan yang kuat.........................Tangisan bertali-tali memecah kesunyian pagi.
Haji Sulaiman dan Hajjah Khadijah berlari ke rumah anak kesayangan mereka dan melihat cucu kesayangan bergolek-golek
atas tubuh ibunya...
"Shafiah.................Shafiah...........bangun nak..............."panggil ibunya.
Shafiah kaku.
"Ya Allah.............anakku..anakku................."
Dalam usia setahun tujuh bulan,Erfan kehilangan ibu tersayang.............
Erfan yang masih belum mengerti apa itu suratan,hanya memeluk kain batik yang selalu
dipakaikan ibunya sejak bayi sambil matanya berlinangan melihat tubuh ibu yang sudah tidak bernyawa.........................
To be continued............
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2012 SAAT SULAIMAN ALHAJJ
Last edited by GuaAnakMelaka on 25-10-2012 03:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
IAS 003
1 Disember 1951
“Along….buat apa tu…………………”Tanya Khadijah pabila melihat anak sulongnya yang baru berusia tiga tahun sedang
bermain-main di bawah rumah.
“Along main masak-masak………….”balas Shafiah.
“Mak nak main sama boleh?”ujar ibunya.
“Tak boleh!”
Khadijah hanya tersenyum mendengar jawapan anak sulongnya.Shafiah seorang anak yang manja dan keletah.Namun
kadangkala agak pendiam…
“Along nak adik tak?”Tanya ayahnya Sulaiman.
“Tak nak…..”balas Shafiah.
“Laa..kan kalau ada adik,along ada kawan..”ujar ayahnya.
“Nanti ada adik…mak ayah tak sayang along lagi…..”balasnya sambil mencebik mulut.
“Along…along…………….”balas ayahnya.
Sulaiman mencari rezeki sebagai nelayan.Bila di rumah,dia mengait jala dan pukat untuk dijual.Itulah sumber rezeki
menyara keluarga.
“Ayah..along tolong”pinta Shafiah.
“Along tarik yang hujung tu……….jangan kuat sangat,nanti koyak ”balas ayahnya.
Shafiah adalah anak yang ringan tulang.Walaupun baru berusia tiga tahun,dia sentiasa membantu ibu bapanya di rumah.
“Yang……..along kita dah 3 tahun………dah sesuai kita dapat cahaya mata baru”pinta Sulaiman.
“erm………….”Khadijah membalas sambil menyalakan sebuah lagi lampu minyak tanah untuk menjahit seluar suaminya yang
koyak..Sulaiman melibas dengan kain sarong dan terpadam lampu.
“Apa abang nie….ayang nak menjahit nie…”keluh Khadijah.
“La………..kan malam ni malam Jumaat..tidurlah awal”balas Sulaiman tersengih.
Malam disulami anyaman cinta suami isteri bertemankan hujan membasahi bumi……..Shafiah sudah lama lena dibuai
mimpi.
Beberapa bulan kemudian…
“Ayah…….mengapa perut mak besar?”Shafiah bertanya.
“Adik kamu dalam perut mak…”balas Sulaiman.
“Adik?bagaimana adik boleh duduk dalam perut mak?”balas Shafiah.
“Tanya mak…………..”hanya itu jawapan dapat diberikan Sulaiman kepada anak sulongnya.
Shafiah masih tidak mengerti,hanya tahu bermain –main dengan teman-teman dan membantu ibu bapa melakukan
pelbagai kerja ringan-ringan.
“Along………….along……………panggil Ayah!”pinta ibunya.
“Ayah………….Ayah…….mak panggil!”jerit Shafiah dari dalam rumah.Sulaiman yang sedang mengait
jala di bawah rumah berlari naik ek atas rumah.
“Bang……perut saya dah sakit..rasa nak bersalin..panggilkan bidan..”kata Khadijah.Sulaiman bergegas ke rumah bidan,Mak
Yam.
“Teran…teran kuat lagi!” kata Mak Yam bidan kampong.
“Argh………………Argh……………….”terdengar Khadijah meneran sekuat mungkin.
Beberapa minit kemudian,lahirlah seorang bayi perempuan yang sihat dan comel……
“Alhamdulillah………………….”terdengar suara semua penghuni rumah setelah mendengar berita Khadijah selamat bersalin.
“Imam……….boleh beri cadangan nama anak saya?”pinta Sulaiman kepada Imam setelah kenduri akikah dan kesyukuran.
“Syarifah..maksudnya seorang wanita yang mulia…”balas Imam Husin.
“Baiklah..nanti saya tanya isteri..jika dia setuju,saya ikut cadangan Imam”.Sulaiman menjawab.
Kini Sulaiman dan Khadijah mempunyai dua permata iaitu Shafiah dan Syarifah.Shafiah yang masih kecil belum menyayangi
adiknya dan suka mengejek-ejek adiknya.
Satu hari Shafiah meletakkan pinggan di atas muka adiknya.Khadijah yang berada di dapur memasak kehairanan
mengapa anaknya Syarifah merengek –rengek dengan tangisan.
“Astaghfirullah..bertuah punya along……kenapa buat macam ni?”jerit Khadijah.
“hahaha………………………”Shafiah hanya membalas dengan tawa sambil berlari turun dari rumah.
Tahun demi tahun berlalu,Shafiah kini sudah berusia sepuluh tahun dan adiknya Syarifah lima tahun.Setiap pagi Shafiah
dan Syarifah pergi mengaji di rumah ustazah Maryam.Itulah rutin sejak Shafiah berusia tujuh tahun.Apabila adiknya Syarifah
berusia lima tahun,Shafiah mengajak adiknya ke rumah Ustazah Maryam untuk belajar mengaji Quran.
“Ba nun baris atas mati ?” tanya ustazah Maryam kepada Syarifah.
“Angah………Tan!”kata Shafiah menipu adiknya…Syarifah pun mengikut sahaja.
“Shafiah…jangan macam tu……………..kasihan adik..”jerkah ustazah Maryam.Shafiah hanya tersenyum dan ketawa kecil.
“Amin……………..amin…………………..”suara orang ramai mengaminkan doa Imam Husin ketika kenduri Khatam Quran di
rumah Sulaiman.Rumah yang kecil tidak dapat memuatkan ramai tetamu.Ada yang berada di bawah rumah dan beranda luar
rumah.
Walaupun Shafiah telah dahulu khatam Quran,Sulaiman menunggu Syarifah pula khatam Quran agar melakukan kenduri
sekali sahaja dan ia menjimatkan perbelanjaan.Shafiah tidak menentang malah bersetuju dengan cadangan ayahnya.Shafiah
faham keperitan dan kemiskinan ibu bapanya.Shafiah banyak mengalah dengan adiknya dalam apa jua perkara.
Sebagai anak sulong,Shafiah amat bertolak ansur.Pabila tiba Aidilfitri,Shafiah menolak pakaian baru dan mahu adiknya
mendapat pakaian baru.
“Tak apa mak….baju along tahun lepas cantik lagi..”ujar Shafiah apabila ibunya memberitahu tidak cukup duit untuk membeli
pakaian baru menyambut hari raya.Shafiah tidak pernah melahirkan kekecewaan apabila ibu bapa memberi lebih banyak
perhatian kepada adiknya.
Shafiah dan Syarifah amat jauh berbeza.Shafiah banyak membantu ibu bapanya menguruskan rumah,manakala
Syarifah lebih banyak bermain-main dengan kawan-kawan.Walaupun demikian,Shafiah tidak pernah merungut.Shafiah tahu
sebagai anak sulong ,dia perlu meringankan beban ibu bapa.
Apabila melihat ayah pulang dari sungai menangkap ikan,Shafiah terus berlari ke dapur mengambil air masak untuk
ayahnya.Shafiah juga mengambil tuala dan pakaian agar ayahnya mandi dan menukar pakaian.Shafiah anak yang amat ringan
tulang dalam apa jua pekerjaan.
Kadangkala Shafiah meluahkan perasaan di bawah pohon belimbing di tepi sungai.Sebagai seorang anak,dia kadangkala
kecewa melihat ibu bapa terlalu memanjakan Syarifah.Walaupun Syarifah sudah berusia sepuluh tahun,namun masih belum
membantu ibu di dapur.Ia leka dengan bermain pagi dan petang.
Usia Shafiah telah melonjak remaja.Dalam usia lapan belas tahun,Shafiah sentiasa menjadi perhatian anak bujang di
kampung.Bentuk tubuh yang tinggi lampai,berkulit putih ,paras rupa yang menawan,berakhlak mulia menjadi tarikan.
Berbanding adiknya Syarifah yang kurang cantik dan rendah,Shafiah lebih mendapat perhatian.
“Along…ada orang masuk merisik….”kata Khadijah ketika menemani anaknya membasuh pakaian di tebing sungai.
“Siapa?”balas Shafiah.
“Salleh anak ustaz Mad Zin tu………..”kata ibunya.
“Along ikut sahaja..jika baik pada mak,baiklah pada Along..”jawab Shafiah sambil tersenyum malu.
Tali pertunangan diikat.Setelah enam bulan pertunangan,majlis perkahwinan diadakan.
“Aku terima nikahnya Shafiah bte Sulaiman dengan mas kahwin dua ringgit lima puluh sen…”jawab Salleh agak terketar-ketar .
‘Sah….sah…..”kata Imam,saksi dan orang ramai yang hadir majlis pernikahan di surau Muhajirin.
“Alhamdulillah………………”dengus Salleh kegembiraan.
Salleh bangun dan bersalam dengan Imam,saksi,ibu bapa mertua,ibu bapa kandung dan semua jemputan.Ucapan tahniah
bertali-tali kepada Salleh.
Maka bermulalah sebuah episod baru dalam dunia Shafiah……………..Dahulu ibu bapa,adiknya Syarifah adalah
keluarganya.Kini Shafiah sudah bergelar isteri dan mendapat keluarga baru.
“Assalamualaikum………..”Salleh mengucapkan salam ketika masuk ke bilik pengantin .Isterinya sedang berada di atas
tikar menunggu suami tersayang.
“Waalaikumsalam…….”balas Shafiah sambil mengukir senyuman.
“Shafiah………apa khabar?”tanya Salleh sambil melihat wajah isterinya.
“Baik bang……..”balas Shafiah malu-malu.
Salleh mengucup dahi isterinya.Kemudian Salleh mengajak Shafiah berwuduk dan menunaikan solat hajat berjemaah.
“Ya Allah….jadikan kami suami isteri yang beriman dunia dan akhirat.Tambahkan iman dan takwa.Kurniakan kami zuriat
ang baik.Berikan kebahagiaan kepada kami.Ya Rahman..Ya Rahim..kabulkan doa kami..”Salleh berdoa dan diaminkan isterinya
Shafiah.
Shafiah membuka telekong dan menukar pakaian baru yang dihadiahkan ibu mertuanya.Salleh melihat tubuh
gebu Shafiah yang tidak pernah dilihat sebelum ini.Inilah kali pertama Salleh dapat melihat kecantikan Shafiah.
Suara ibu bapa dan adik Shafiah telah lama ditelan kegelapan malam.Malam yang sunyi hanya berteman pelita
kecil.Tiada lagi suara manusia kedengaran melainkan sayup-sayup bayu malam.
“Boleh kah Abang memeluk Shafiah?”pinta Salleh.
“Shafiah kan milik Abang yang sah……”jawab Shafiah malu-malu.Salleh yang pertama kali bersama seorang wanita
agak tersipu-sipu memulakan babak cinta.Maka bemulalah episod cinta dalam kehidupan Salleh dan Shafiah….
Malam yang kelam kini menjadi syurga Salleh dan Shafiah.
To be continued............
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2012 SAAT SULAIMAN ALHAJJ |
|
|
|
|
|
|
|
92 views,only 2 comments...............
writing must go on.................. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi haji saat |
|
|
|
|
|
|
|
epalgebuu posted on 7-11-2012 01:37 PM
sambung lagi haji saat
haha...skrg sibuk....
sibuk bekerja...............
anyway highway,terima kasih kerana membaca...........................
Last edited by GuaAnakMelaka on 9-11-2012 06:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
epalgebuu posted on 7-11-2012 01:59 PM
orait nnt haji sambung entry ni smpai ending dia i polooooooo
hoho...maw 10 tahun pun bolum tamattt...........................
|
|
|
|
|
|
|
|
IAS 004
“Abang………”Shafiah memulakan bicara pada satu malam.
“Yea sayang…apa?”balas Salleh.
“Sudah setahun kita berumah tangga….namun Allah belum beri kita anak..”keluh Shafiah.
“Sabarlah sayang…anak itu rezeki,banyakkan berdoa…”balas Salleh sambil menyalakan rokok.
Awal pagi Salleh ke sungai menjala ikan.Hampir senja menjelang baru pulang ke rumah.Maghrib di surau berdekatan rumah
setiap malam,mengajar jemaah fardhu ain selepas solat Maghrib berjemaah.Itulah rutin kehidupan Salleh.
Ibu bapa Salleh dan Shafiah sudah mula mengeluh.Sudah setahun lebih perkahwinan,Shafiah tidak menunjukkan sebarang tanda
menjadi seorang ibu.Shafiah banyak menitiskan air mata pabila ditanya tentang anak.Namun suami banyak menyabarkan Shafiah.
“Allahu akbar Allahu akbar..Lailahaillallah wallahu akbar….”kedengaran sayup alunan talbiah Aidilfitri dari masjid berhampiran.Shafiah
merenung jauh dari jendela rumah…Shafiah enggan ke masjid untuk solat Aidilfitri.Apabila ditanya,dia menjawab letih dan penat.
Pabila suami tersayang,adiknya Syarifah dan ibu bapa pulang dari masjid,Shafiah menyediakan makanan untk keluarga.Shafiah
memulakan bicara .
“Abang..mak,ayah…….Shafiah mengandung..”
“Alhamdulillah………………………..”balas Salleh dan mertuanya .
“Yahoooo…tak lama lagi angah dapat anak saudara!”jerit Syarifah sambil memeluk kakak sulongnya.
Berita Shafiah hamil mula tersebar.Ucapan tahniah datang bertali-tali.
“Sayang…mengapa tak beritahu abang…..”keluh Salleh.
“Abang…haid saya dah dua minggu lewat….itulah tandanya,tapi Shafiah tunggu Aidilfitri untuk beritahu semua”.balas Shafiah.
“Abang pun tak perasan sayang puasa penuh tahun ini..”balas Salleh sambil memeluk isteri tersayang…
To be continued............
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2012 SAAT SULAIMAN ALHAJJ
|
|
|
|
|
|
|
|
Sila sambung.. saya tekun membaca...
n3 yg agak menarik |
|
|
|
|
|
|
|
wasap posted on 14-1-2013 06:13 PM
Sila sambung.. saya tekun membaca...
n3 yg agak menarik
aku bru smpai pejabat..ni nk keluar ke Melaka
esok Ptrajaya....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|