|
Saya ada kemyuskilan..
Situasi dia mcmni...
misal kata saya tahu satu keluarga ni pakai air dari paip yang takder meter paip, saya tak tegur..apa hukumnya?Dah bertahun tahun lah guna paip air tu..
Kalau ikut fikiran saya, mengguna pakai air yang takder meter paip ni haram hukumnya..(sila betulkan saya kalau saya silap)
Dan yang paling membimbangkan saya, dia buat kenduri pakai air tu..kami2 yang datang ni termakan/terminum sekali air dari paip tu.
huhuhu saya takutt...
|
|
|
|
|
|
|
|
repot je pd pihak berwajib settle semua masalah |
|
|
|
|
|
|
|
KPYH posted on 16-10-2012 03:43 PM 
repot je pd pihak berwajib settle semua masalah
nmpk sgt sy yg pg repot. lps tu terputus silaturrahim sb dia keluarga dekat juga..
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
Dari Abi Said Al Khudri r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda;
‘‘Siapa diantara engkau yang melihat perkara mungkar cegahlah dengan tangan,
jika tidak berkuasa maka dengan lidah,
kalau tidak sanggup maka dengan hati.
Demikianlah Iman yang terlemah.’’
Sahih Muslim
wassalam

p/s ..
d'dalam mengapplikasikan ..
sebaik2 nya dari hati dulu .. baru lisan .. kemudian kuasa .. |
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 16-10-2012 04:27 PM 
salam
Dari Abi Said Al Khudri r.a.,
faham sikit jer dr ayat ni..insyaAllah..
|
|
|
|
|
|
|
|
baik2 dan pelahan2 ...bisik kat telinga kawan tu...sila tenggok cerita siri Tanah Kubur
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buka kepala paip
tanpa ambil tahu sumber asalnya
adakah dikira subahat? |
|
|
|
|
|
|
|
Menghormati pemerintah adalah satu kewajipan kepada yang beriman jika mahu bertaqwa kerana terdapat Sunnah Rasullullah SAW menegah kita untuk ingkar terhadap mana-mana pemerintah meskipun zalim. Apa jua perkara yang berkaitan AIR, bila pemerintah melaksanakan sistem pengairan, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada yang beriman untuk menyatakan IMANNYA Kepada ALLAH melalui Sunnah Rasullullah. Termasuklah nilai matawang sekalipun (dikenali sebagai situasi DARURAT)
Perihal sesiapa jua yang MENCURI AIR hukumnya HARAM jika bersabit dengan Sunnah Rasullullah untuk AKHIR ZAMAN. Tiada perkataan SYUBAHAT melainkan JELAS KEHARAMANNYA walaupun sumber air itu datangnya dari ALLAH SWT. Seperti mana seorang lelaki MENCURI DOMPET seorang wanita kerana "MAHUKAN DUIT" samalah ertinya dengan perbuatan yang dimaksudkan "MAHUKAN AIR" kerana MAHU itu merujuk kepada PERBUATAN. Kenapa menjadi haram? Kerana perbuatan MENYALAHI Sunnah Ingkar kepada PEMERINTAH. Sebaik-baiknya buatlah telaga sendiri jika mahukan air free (nasihat). Tiadalah yang lebih baik dari MEMBUAT SENDIRI KALAU MAHU FREE dalam apa jua perbuatan yang dikehendaki dengan izinNYA. Takkah itu dinamakan Sunnah?
Wallah Hualam
P/S: Ramai yang bersyariat tapi sebenarnya tidak sama sekali bersyariat seperti mana yang Allah mahukan dalam erti kata sebenar. Inilah realiti kehidupan.
Wallah Hualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk pengetahuan semua, AIR itu hak Allah. Akan tetapi jika terdapat perkataan MENCURI AIR, maka perkataan air ini merujuk kepada SUMBER dan APA YANG SEDANG BERLAKU untuk menentukan itu perbuatan mencuri atau tidak. Maka perbuatan itu mencuri maka HARAMlah akan perbuatan mencuri dan sifat MENGGUNAKAN air yang dicuri berkenaan kepada individu yang terlibat dan sewajibnya air itu tiadalah haramnya kerana itu adalah PERBUATAN ALLAH. Barang siapa yang menyatakan tanpa JELAS keterangan MENCURI AIR ITU HARAM, maka dirinya itu FASIK. Maka mana-mana pihak yang mahu BERHUKUM, perlulah memberikan PENERANGAN YANG JELAS dalam konteks AGAMA dalam erti kata sebenar-benarnya. Dunia sekular hari ini TIDAK MEMBOLEHKAN untuk menyatakan akan perihal yang dimaksudkan. So tiada satu ulama PATUT untuk membincangkan akan perihal ini akan tetapi WAJIB menyatakan PENDIRIAN DIRI ketika ditanya perihal MENCURI AIR kerana semuanya berkaitan tentang AMALAN dan perihal PERBUATAN MANUSIA yang akan melibatkan HATI. Sesungguhnya Pihak Kerajaan tidak terlepas dari nama PENYELENGGARAAN, PEMBERI KEMUDAHAN dan PEMBERI PEKERJAAN. Dan sesungguhnya MAJORITI manusia hari ini susah JAUH dari SYARIAT SEBENAR kerana ketandusan Ulama-ulama HAQ.
Dalil untuk kes curi:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Maaidah 5:38)
Mereka berkata:" Kalau dia mencuri, maka (tidaklah pelik), kerana sesungguhnya saudara kandungnya pernah juga mencuri dahulu. (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakannya kepada mereka, sambil berkata (dalam hati): "Kamulah yang lebih buruk keadaannya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu katakan itu".
(Yusuf 12:77)
Kembalilah kamu kepada bapa kamu, dan katakanlah, wahai ayah kami! Sesungguhnya anakmu (Bunyamin) telah mencuri, dan kami tidak menjadi saksi (terhadapnya) melainkan dengan apa yang kami ketahui dan kami tidaklah dapat menjaga perkara yang ghaib.
(Yusuf 12:81)
Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Mumtahanah 60:12)
4 bentuk pernyataan dari Allah perihal MENCURI. Marilah kita BACA, FIKIR, KAJI dan LAKSANAKAN apa yang diperintahkan semampu mungkin kerana disitu letaknya KEJAYAAN DISANA KELAK.
Wallah Hualam Last edited by Abangcute on 17-10-2012 05:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih dgn penerangan jelas abangcute  |
|
|
|
|
|
|
| |
|