View: 2329|Reply: 4
|
kemusykilan akikah:bantu saya~
[Copy link]
|
|
salam...
blh tak majlis akikah kita jemput non muslim?saya dah cek dalam internet, kat zaharudin.net kata takder dalil yg kata daging akikah tak blh dimakan oleh non muslim...tapi ada sesetgh pendapat kata tak boleh...
yang saya tau daging korban tak blh dimakan oleh non muslim....
kerana saya ingin menjemput ahli keluarga saya yang terdiri dari kalangan non muslim semuanya....sekiranya tidak blh, maka hanya belah suami sahaja yang akan dijemput...
yang kedua,
semasa nak melahirkan anak, dalam hati saya terdetik utk melakukan akikah sekiranya selamat melahirkan anak....dan alhamdullilah saya dapat lahirkan anak dgn mudah dan selamat....
jadi, niat saya tersebut adalah niat atau nazar?
minta tolong forumer yang tau tlg saya utk uraikan kekusutan dalam kepala...
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 12-10-2012 07:28 PM 
Waalaikumsalam warahmatullahi Wabarakatuh..
Tahniah Puan dapat baby...mesti comeelll...
Assalamualaikum ...
terima kasih atas cadangan anda...tapi kemungkinan daging selebihnya saya terpaksa mencari alternatif lain kerana kambing seekor yg di akikah kan pun cukup payah utk mendapatkan nya...
terima kasih lagi utk jawapan yang kedua kerana saya takut kalau niat saya menjadi nazar, makanya saya sendiri tidak dapat memakan daging tersebut ( jadi cadangan pertama mmg akan dibuat-daging tambahan)
terima kasih byk2...
|
|
|
|
|
|
|
|
blh tak majlis akikah kita jemput non muslim?saya dah cek dalam internet, kat zaharudin.net kata takder dalil yg kata daging akikah tak blh dimakan oleh non muslim...tapi ada sesetgh pendapat kata tak boleh...
yang saya tau daging korban tak blh dimakan oleh non muslim....
kerana saya ingin menjemput ahli keluarga saya yang terdiri dari kalangan non muslim semuanya....sekiranya tidak blh, maka hanya belah suami sahaja yang akan dijemput...
Membaca dari kitab kuning apalagi bermazhah syafie memang takleh tapi bukan semua ulama berpendapat demikian. Pendapat dari ulama lain juga dari tiga mazhab hukumnya harus apalagi dalam konteks negara pelbagai kaum dan puan sendiri mempunyai keluarga non muslim. Inilah masanya menyerlahkan Islam di mata mereka.
Teruskan kebaikan ini
semasa nak melahirkan anak, dalam hati saya terdetik utk melakukan akikah sekiranya selamat melahirkan anak....dan alhamdullilah saya dapat lahirkan anak dgn mudah dan selamat....
jadi, niat saya tersebut adalah niat atau nazar?
Syarat orang yang bernazar
1. Islam
2. tidak dipaksa
3. berakal/ dewasa
4. berkemampuan - fizikal/mental atas apa yang dinazarkan.
~ Dengan lafaz atas nama Allah
~ Tidak sah nazar dengan dalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka syaratnya mesti berlafaz.
Syarat perkara yang dinazarkan
~ Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan - sesuatu yang mendampingkan diri kepada Allah.
~ Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti sembahyang fardu.
~ Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti nak mencuri, minum arak, mengurai silaturrahim etc.
~ Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya
~ Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, berdiri atau duduk
:::
Dalam permasalahan puan, tidak nazar berlaku
|
|
|
|
|
|
|
|
Hukum, syarat dan pembahagian aqiqah sama dengan hukum kurban.. bezanya daging aqiqah kena dimasak sebelum di agihkan.
siapa yang memakannya... boleh rujuk pembahagian sembelihan kurban;
Al Hajj:36
Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan untua-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|