CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4714|Reply: 5

[Dunia] Maria TV untuk pengacara berpurdah ok..

[Copy link]
Post time 14-8-2012 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Saluran televisyen satelit Maria TV mencatatkan sejarah apabila dikendali dan dihoskan wanita yang memakai purdah.

MARIA TV di Kaherah, Mesir iaitu saluran televisyen satelit yang dikendalikan dan dihoskan oleh wanita berpurdah, dilancarkan pada hari pertama Ramadan tahun ini.


Saluran itu diwujudkan bagi memecahkan tradisi industri televisyen Mesir yang selama ini hanya memaparkan wanita cantik semata-mata untuk mengejar rating sehingga menyisihkan pekerja yang memakai purdah.Keadaan itu berbeza apabila di dalam sebuah studio di stesen berkenaan, kelihatan dua orang hos memakai jubah hitam.

Mereka juga menutup bahagian muka yang hanya menampakkan mata selain memakai sarung tangan sedang membincangkan satu isu.

"Tujuan utama saluran ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa wanita berpurdah juga aktif, berkebolehan dan mampu mempunyai kerjaya cemerlang termasuk menjadi personaliti TV," kata Abeer Shaheer, ketua hos di saluran berkenaan.

Sebelum revolusi yang berjaya menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tahun lalu, wanita bertudung terutamanya yang berpurdah tidak mendapat tempat di media.

"Kami telah ditindas sejak berdekad lalu. Tidak dibenarkan berada di lokasi tertentu, di universiti dan institusi kerajaan. Kami turut menerima layanan berbeza hanya kerana kami memegang prinsip kebebasan dan mengikut ajaran Islam dengan memakai tudung," katanya.

Kebanyakan wanita Islam di Mesir memakai hijab yang menutupi rambut, tetapi purdah yang menutupi muka semakin popular di Kaherah.


MASYARAKAT Mesir menyambut kehadiran Maria TV dengan perasaan bercampur-campur kerana sebelum ini wanita bertudung dan berpurdah jarang mendapat peluang di kaca TV.


Pengisian lebih penting

Namun, ada pula sesetengah pihak yang mempersoalkan bukankah bahasa badan dan mimik muka pengacara adalah sangat penting. "Itulah yang sering dikatakan sebahagian orang. Mereka mengadu adalah penting untuk melihat muka atau bahasa badan hos yang mengendalikan rancangan.

"Jadi, saya berkata: Bila kamu menonton, bukankah pengisian lebih utama, bukannya rupa paras hos berkenaan," tegas Shaheer.

Rakan Shaheer, Iman Fahmy, lepasan jurusan perbankan merupakan antara penyokong pemakaian purdah dan berpendapatan saluran itu mampu mendekatkan manusia kepada Allah.

"Sasaran saluran ini adalah menjadikan wanita Muslim berakhlak mulia. Jadi mereka boleh menjadi ibu yang baik sekali gus melahirkan masyarakat yang baik," katanya yang berusia 28 tahun.

Dalam pada itu, kewujudan saluran baharu itu telah mengundang persepsi negatif sesetengah pihak yang berpendapat ia menggalakkan perkembangan pelampau agama selepas berlakunya revolusi di negara tersebut.

Sebahagian pihak lain pula percaya, saluran itu sebagai contoh kebebasan bersuara pada zaman pemerintahan Parti Ikhwanul Muslimin di bawah presiden baharu iaitu Mohamed Morsi.

"Bertahun lamanya, di media rasmi Mesir, wanita yang memakai tudung tidak mendapat tempat di depan kamera dan hanya membuat kerja belakang tabir. Saluran baharu ini menunjukkan wanita berpurdah wujud di Mesir,"
kata Mozn Hassan, Pengarah Eksekutif Nazra iaitu sebuah pusat pengajian wanita.

Tambahnya, adalah sesuatu yang penting untuk manusia memperoleh kebebasan menghasilkan saluran seperti itu dan menyatakan apa yang dimahukannya.

Sementara itu, Maria TV menafikan saluran mereka berbentuk keagamaan, sebaliknya memaparkan cerita ragam masyarakat.
"Kami ada saluran kebudayaan, rancangan kanak-kanak, menjahit, komedi, politik dan cerita cinta," kata Shaheer. - AFP






p/s : kerlassst ko maria... Tv Malaysia hado?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2012 02:49 PM | Show all posts
bila parti islam memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 02:53 PM | Show all posts
Malangnya haram berpurdah di Kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 02:59 PM | Show all posts
penyo posted on 14-8-2012 02:53 PM
Malangnya haram berpurdah di Kelantan

sejak bila plak kelantan haramkan wanita berpurdah?..ko time ramadan pun wat pitnah yer



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 03:01 PM | Show all posts
then...  mcm dengar radio la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 03:01 PM | Show all posts
Kita tunggu PAS memerintah Negara.......

TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157374 Replies : 3854
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4131 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18994 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 2525 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 2929 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187889 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 1.667345 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list