I Need Romance 3 - 2014
Calling @dauswq
Tuna dah buat review ni.... rasa macam malas nak buat review yg ni...tapi demi Goguma... tuna gagahkan diri jugakkkk
RatingKeseluruhan Drama: (5.5+4.5+7.7+4.5+0=5.5/10)
1. Cerita (5.5/10)
Cerita ini adalah kisah normal life. Kehidupan seharian berkenaan cinta dan kasih sayang. Suka duka. Gembira Derita. Kecewa Bahagia. Cerita seperti ini sememangnya amat mudah menambat hati para penonton jika kena dengan caranya.
Cerita yang sangat ringkas iaitu seorang adik (Goguma/AllenJoon/Joo Wan) jatuh cinta pada kakak (baby sitter/Shin Joo Yeon/Shing Shing) yang menjaganya sewaktu kecil. Mereka terpisah apabila Joo Wan berpindah keluar negara dan apabila dewasa menjadi terkenal, dia balik ke Korea dan berusaha menambat hati Shing Shing.
Permulaan Episod 1 dan 2 disampaikan dengan baik. Ia menambat hati Tuna untuk terus mengikuti perkembangan cerita.
Penulis/Produsermenggunakan hot/romance scene untuk mengajak penonton kekal tertarik. Namun begitu dilihat kaedah ini memakan diri di mana apabila ia tiada/kurang, penonton mula menjadi bosan berikutan teknik penceritaan yang lemah. Tuna tidak pernah menonton INR 1&2 oleh itu tiada perbandingan dapat diberikan. Kaedah penceritaannya hampir sama dengan Dalja’s Spring dan juga Sex & The City tetapi DalJa’S Spring dan SATC mempunyai penyampaian cerita yang lebih berkesan.
Ternyata kehadiran watak sampingan iaitu Lee Min Jung & Ahn Min Seok memberikan lebih warna menarik dalam cerita ini iaitu ketika mereka mula mempelajari tanggungjawab menjadi bakal ibu dan ayah.
Terdapat beberapa aspek yang kurang berpuas hati: 1. Shing Shing kecewa dengan pakwe terakhirnya kerana disangkakan pakwenya itu ada awek lain. Sedangkan Shing Shing tak tahu bahawa pakwenya itu kecewa dengan Shing Shing yang tidak mencintainya setulus hati dan sebenarnya ingin membawa diri ke tempat lain.
Penulis/Producer tidak mahu mengembangkan masalah bagi watak ini dan membiarkan ia tergantung. Watak pakwe ini mati di tengah jalan tanpa jawapan. Sekurang-kurangnya berikanlah kesedaran kepada Shing Shing atau Shing Shing kecewa kerana tersalah sangka dan apa-apa je lah.
2. Tak suka dengan Sunbae sebab watak yang dibawanya terlalu bengong takde kekuatan dan takde halatuju mengapa watak ini dicipta. Adalah lebih baik watak Sunbaetak diwujudkan.
Memorable scenes:
Banyak kissu scene tapi Tuna rasa tak relevan untuk dinobatkan sebagai memorable scenes. Too common. Macam nak muntah pun ada.
Sepanjang buat Review drama (baru 3 kali je pun hihihihi), inilah pertama kalinya drama yang Tuna takde dapat pengajaran tentang kehidupan. Yang tak bestnya, I have bad impressions on Korean people due to this drama.
2. Keberkesanan Lakonan (4.5/10)
Sung Joon as Goguma/Allen Joon/Joo Wan Dari segi facial expression memang terbaik. Namun pembawaan watak yang diberikan tidak membantu memberikan impak maksima kepada hasil lakonan. I wish he will try to get a good script so he can pull out his true acting skills. Satu je yang tak leh lawan, dalam banyak-banyak actor Korea yang Tuna pernah tonton, he’s a very good/skilled and sexy kisser.
Kim SoYeon as Shin Joo Yeon/Shing Shing
Tuna tak pernah kenal dia ni. Dari drama ini, I’ve never thought of googling her name not even once as compared to other actress. Ini bermakna, skill lakonannya tidak menambat hati Tuna. She’s just one beautiful lady in my eyes.
NeighbourCouple: Park Hyo Joo as Lee Min Jung & Yu Ha Jun as Ahn Mi Seok
Lakonan takde la hebat mana pun tapi at the end ada peningkatan mungkin disebabkan watak yang diberikan ada kelainan di bahagian akhir.
Officemate Couple: Yoon Seung Ah as Jung Hee Jae & Park YooHwan as Lee Woo Young First time kenal couple ni. Kira Rookie la kot. Not bad diaorang dalam cerita ini. Tapi need to learn more. Takde memberikan impak pun. Yoo Hwan kena belajar dari abang dia YuChun. They should try to get a good script toshow their skills.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (7.7/10)
Teknik penceritaan menggunakan still photo (tak tau nak bagi nama apa) menambat hati Tuna. Tak dinafikan setiap shot sangat sangat sangat cantik. Thumbs up!!!
Sinematografi mmg sangat cantik bagi menggambarkan suasana sedih, sejuk, kecewa, rindu.
4. Skor muzik (4.5/5)
Lagu-lagu dlm drama ini sgt best dan cute.Sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Yang Tuna suka: 1. Peppermoon– Peu A Peu : kipus kipus kipus... cute sangat 2. Don’tCry – Lee Hyori... sangat romantic lagu ni.... 3. Now& Forever – Jo Jung Hee... suka sangat music dia... tak mellow sangat...
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (0/5)
Tak nak menonton sebab tak nak rasa bosan
Last edited by tuna_sandwic on 7-3-2014 11:15 AM
|