CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: malaygirl

Anak Di Luar Ikatan Perkahwinan

[Copy link]
Post time 10-6-2012 08:12 AM | Show all posts
Anak luar nikah juga dipanggil sebagai anak tak sah taraf. Ia boleh didefinisikan sebagai anak yang telah dilahirkan di luar nikah dan bukan anak daripada persetubuhan syubhah, iaitu persetubuhan yang sah dari segi akad nikah.

Walaupun begitu, zuriat yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan yang sah adalah suci daripada dosa seperti bayi lain. Ini kerana tidak ada anak yang dilahirkan ke dunia ini berstatus haram.

Ini berlainan daripada anggapan masyarakat kita yang seolah-olah memandang rendah kepada anak ini. Bukan salah anak tersebut kerana dilahirkan di dalam keadaan begitu. Oleh itu haruslah prihatin mengenai perkara ini.

Kita boleh merujuk kepada hadis yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) dan ibu bapa yang mencorakkan kehidupan mereka sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 02:31 PM | Show all posts
dlm islam..bayi yg dilahirkan tanpa sebarang dosa..klu kristian ade original sin...
miraei Post at 30-5-2012 13:09


maksud kamu, original sin bagaimana? bukan kah semua bayi yg baru lahir, tiada dosa, walaupun bayi tersebut lahir daripada ibu bapa yg bukan muslim..? minta pandangan pada yg arif dalam hal2 ini..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 05:14 PM | Show all posts
Reply 22# zarith_dayana

Dia maksudkan - dalam pemahaman Islam - semuanya bersih dari dosa.                    

                       - dalam pemahaman Kristian - ada dosa warisan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 07:33 PM | Show all posts
salam...saya juga merupakan pasangan yg masih belum lagi di kurniakan anak sendiri sudah 10 tahun +..tahun lepas saya baru ambil seorang anak angkat perempuan..umur dia tahun nih dah 1 tahun 2 bulan..

kalau saya berada di tempat anda saya juga akan merasa bende yang sama...tak patot betul ckp mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 01:16 PM | Show all posts
dlm islam..bayi yg dilahirkan tanpa sebarang dosa..klu kristian ade original sin...
miraei Post at 30-5-2012 13:09
bayangkan berapa ramai orang barat yg hidup dengan original sin, maklumlah nikahnya tidak, beranak dah setengah dozen...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 02:50 PM | Show all posts
bayangkan berapa ramai orang barat yg hidup dengan original sin, maklumlah nikahnya tidak, beranak d ...
cmf_blingblings Post at 7-7-2012 13:16



    kire  sinfully , originally....hmm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2012 10:57 PM | Show all posts
bayangkan berapa ramai orang barat yg hidup dengan original sin, maklumlah nikahnya tidak, beranak d ...
cmf_blingblings Post at 7-7-2012 13:16


semakin ramai rakyat di Mesia pun kan, dah semakin pincang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 07:40 AM | Show all posts
Menurutnya, "Anak luarnikah ni 5 keturunan pun tak hilang dosanya. Anak luar nikah ni takkanmasuk syurga. Kalau anak tu baik dan soleh macamana pun dia takkandapat masuk syurga. Dia cuma dapat cium bau syurga je dari jauh.Adadalam Quran tentang ni"


Kenyataan menujuk masih bantut dalam hidupan harian….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 09:14 AM | Show all posts
anak tidak sah taraf tak berdosa, tp bila ramai anak zina menunjukkan masyarakat sudah rosak dan kemungkaran zina berleluasa.

Nabi S.A.W.  bersabda maksudnya : “Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad dengan sanad yang baik)
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 08:11 AM | Show all posts
anak tidak sah taraf tak berdosa, tp bila ramai anak zina menunjukkan masyarakat sudah rosak dan kem ...
kelat Post at 9-7-2012 09:14


itu la, semakin ramai anak tak sah taraf sekarang ini, menunjukkan betapa pincangnya masyarakat sekarang.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.108588 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list