CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5110|Reply: 11

Hukum Muzik dan Lagu

[Copy link]
Post time 7-5-2012 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua.dah cari dalam search tp tiada.....
berkata Imam Ramli rahimullah iakui dalam mazhab Syafei  Makruh mendengar lagu tanpa peralatan muzik.
Namun Imam Syafei rahimullah berkata dalam buku "Adabul Qada' "sesungguhnya lagu adalah makruh menyerupai bathil dan  sesiapa yang banyak mendengar akan ia,maka ia adalah bodoh "

Pandangan ulama' Mazhab Hanafi : lagu adalah haram dan mendengar adalah maksiat.

Pandangan Imam Malik : Haram lagu,dan diharamkan mendengarnya jika adalah ia membawa kepada membangkitkan syahwat.

Manakala Mazhab Zaidiyyah : Lagu dilarang dan brgsiapa mendengarnya adalah fasik.



Imam Al-Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumuddin, ):

“ Tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang”.

Menurut pendapat (penganalisa dalil dan mazhab) Al-Qardhawi, nas-nas hadis yang mengharamkan alat muzik tertentu seperti seruling atau bertali itu adalah tidak benar atau ada kecacatannya. Ini juga berdasarkan pendapat al-Ghazali dalam kitab As-Sima’ min Ihya’ Ulumiddin. Antara hadis-hadis yang terdapat kecacatan ialah:

a) Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Malik ra: “Akan ada dari kalangan umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-maazif (alat nyanyian)”.

Status Hadis: walaupun ia adalah sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu’allaq (sanadnya terputus). Ahli hadis yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, al Hafeedz azZahabi dan al Hafeedz Ibn Hajar Asqalani. Kalimah mu’adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat muzik.


Imam Ghazali juga berkata " Maka mendengar adalah sifat yang diharuskan sekiranya mendengar suara yang baik dan merdu"

Al-Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya al- Minhaj dalam Kitab as-Syahadat:

ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج      
     ومزمار عراقي واستماعها.                                                                                      

Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti tonbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.




Manakala Imam Abdul Rahman al-Jaziri menyebut: Hukum alat muzik yang bertali seperti tonbur, rebab, qanun atau bertiup seperti seruling di sisi ulamak hanafiyyah ialah makruh tahrim.


Ulama' kontemporari Dr Yusuf Qardawi juga tidak menghukum haram.Beliau mengambil hujah dari
ulamak sufi mengharuskan mendengar nyanyian walaupun bersama-sama dengan alat muzik seperti al-‘ud (alat muzik bertali seperti gitar dan seumpamanya) dan lainnya. Inilah pendapat sekumpulan para sahabat seperti Ibnu Umar, Abdullah bin Ja’afar, Abdullah bin az-Zubair, Mu’awiyyah, Amru bin al-‘As dan lain-lain. Begitu juga pendapat sebahagian tabi’ien seperti Said bin al-Musayyab.


Dr Yusof Qardawi menghuraikan dengan pangjang lebar dalam kitabnya Malamih al-Mujtama’ al-Muslim Allazi Nansyuduhu - ( Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan) - dan juga al Halal wa al-Haram fi al-Islam - ( Halal dan haram dalam Islam ).

Antara ulamak yang mengharuskan muzik juga ialah As-Syeikh Mahmud Syaltut. Beliau telah menjelaskan dalam fatwanya Al-Fatawa Dirasah li Musykilat al-Muslim al-Mu’asir fi Hayatihi al-Yaumiyyah wa al ‘Ammah di mana katanya:

   “ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara’ ”.



Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh ad-Dilalat fi Sama’i al-Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) - bahawa hukum haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan dalam hadis bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu seperti suara burung juga termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulamak telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu tidaklah dihukum haram. Bahkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada “al-Lahwu”. Menurut beliau “al-Lahwu” ialah perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat.




Imam Al-Haramain dalam kitabnya, An-Nihayah dan Ibnu Abi Ad-Dunya yang menukil dari Al-Itsbaat Al-Muarikhiin; bahwa Abdullah bin Zubair memiliki budak-budak (hamba) wanita dan gitar. Dan Ibnu Umar pernah kerumahnya ternyata disampingnya ada gitar , Ibnu Umar berkata: “Apa ini wahai sahabat Rasulullah saw?”. Kemudian Ibnu Zubair mengambilkan untuknya, Ibnu Umar merenungi kemudian berkata: “Ini mizan Syami ( alat muzik) dari Syam?”. Berkata Ibnu Zubair: “Dengan ini akal seseorang bisa seimbang”.


Abu Manshur Al Baghdadi Asy-Syafi'i menceritakan di dalam kitabnya mengenai mendengar lagu, bahwa sesungguhnya Abdullah bin Ja'far berpendapat bahwa menyanyi itu tidak apa-apa, dan beliau memperbolehkan budak-budak wanitanya untuk menyanyi, dan beliau sendiri ikut mendengarkan getaran suaranya, itu di zaman Amirul Mu'minin Ali RA.


Kesimpulan- Dr. Yusuf Qardhawi mengharuskan nyanyian dan penggunaaan semua jenis alat muzik termasuklah gitar.


Wallahua'lam......................

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2012 08:31 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 09:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 11-5-2012 09:58

oh i love this thread ...interesting

sebab kalau ikut ulama yg strict depa mmg tak bagi

yg saya tahu dihalalkan instrument  muzikal ialah - rebana  yg macam depa nasyid  raikan satu event masa zaman Nabi - is it hijrah ke? i tak sure


TAPI i tahu yg Islam ada pendapat tentang

a) alat muzik bertali - string based - like piano, violin, cello
b) alat permainan seperti catur ( istilah arabic untuk catur is shattran aper ke nice sounds tau  )

c) qardhawi is a little bit liberal .... dalam hal yg berkaitan muzik ni ...tang bab alat muzik bertali kot rasanya


well...hmm....bayangkan ada somebody main guitar kat hyde park mainkan lagu take that  hehehehheehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2012 10:20 AM | Show all posts
Reply 3# mbhcsf


   Dalam islam ada dua hukum :
1.Qat'ei : hukum tetap dan tidak berubah dan dipersetujui semua ulama' kerna ia ada nas sahih dalam Quran dan hadis seperti minum arak dan berzina adalah haram.Hukum ini tidak akan berubah hinggalah kiamat.


2.Bukan qat'ei : hukum yang wujud  perselisihan pendapat ulama' sebagaimana muzik,catur  dan sebagainya.

Dalam hukum bukan qat'ei kita boleh memilih mana-mana pendapat...............

Dalam hukum muzik,bukan sahaja Imam Yusuf Qardawi mengharuskan,malah ulama silam seperti Imam Ghazali dan para sahabat r.a mengharuskan...


Masalahnya ada orang yang fanatik.Mereka mengkafirkan Imam Ghazali dan Yusuf Qardawi hanya kerana hukum yang diputuskan kedua-dua ulama' tersebut menyalahi pendapat mereka...

Sepatutnya ini tidak berlaku kerana perselisihan pendapat berlaku dalam mazhab termasuk dalam hukum 4 mazhab.....Ironinya 4 mazhab tidak pernah mengkafirkan antara satu sama lain walaupun berselisihan pendapat dalam banyak perkara dan hukum.

Wallahu'alam.............
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 10:18 PM | Show all posts
Tentang muzik ini, tiada hukum yang menghadkan muzik. Pandangan saya, nak beriadah dengan mendengar muzik tiada masaalah tapi jgn sampai ke peringkat lalai dalam melaksanakan tuntutan yang wajib (aspek tanggungjawab). Sekiranya sesuatu muzik melalaikan dihukum haram (menyebabkan lalai kpd tanggungjawab). Haram kepada lagu yang boleh mengakibatkan syirik besar. Sunat mendengar lagu2 yang mendidik hati (contoh nasyid unsur keagamaan, doa, nama nabi, asma husna dan yang seumpamanya) dan haram sekiranya lalai melaksanakan tanggungjawab. Makhruh sekiranya mendengar mana2 lagu yang bukan berunsurkan agama dengan tanpa niat - bergantung kepada nafsu (lagu cinta antara makhluk dan yg seumpama dgnnya). Just pandangan peribadi. Untuk diri saya dan bukan untuk anda. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang ini. Wallah hualam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 09:03 AM | Show all posts
Sgt suka music...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2012 02:29 PM | Show all posts
tapikan alat muzik bertali mmg sedap -  dan best - cer dengaq orkestra yg dmainkan di dalam dewan yg bagus ciri akustik wow you know. so nice...tapi tak lah melalaikan

dan  bagaimana pula dengan catur ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 06:01 PM | Show all posts
tapikan alat muzik bertali mmg sedap -  dan best - cer dengaq orkestra yg dmainkan di dalam dewan yg ...
mbhcsf Post at 13-5-2012 14:29



   Kenapa dengan catur? Hadis-hadis haram tentang permainan catur kebanyakan dhaif dan palsu - rujuk buku Dr Yusuf Qardawi; Halal & Haram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2012 06:35 PM | Show all posts
Kenapa dengan catur? Hadis-hadis haram tentang permainan catur kebanyakan dhaif dan palsu - ...
bintang Post at 13-5-2012 18:01



    oh i see...hmm gitu ke...hadith dhaif dan plasu rupanya.


apa pasal laaa nak cipta hadith palsu ni , kan? tak ade kerja kot depa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 06:41 PM | Show all posts
oh i see...hmm gitu ke...hadith dhaif dan plasu rupanya.


apa pasal laaa nak cipta ha ...
mbhcsf Post at 13-5-2012 18:35



   Dulu memang tade banyak keje sangat. Mana ada porem, fb, blog etc
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 07:56 PM | Show all posts
suka dgr music, tapi yg tidak melalaikan
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 10:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by baulu at 12-7-2012 10:19

Saya pernah mendengar syarahan dari seorang ustaz mengenai jenis alat muzik yg diharamkan dan mengapa diharamkan serta perkara berkaitan muzik yg dibenarkan dalam islam. Ni antara hadith2 sandaran yg dijadikan sandaran masa syarahan tersebut. Ada yg lain lg, tapi sy akan sebut secara sepintas lalu.

1. Abu Maalik Al Asyaari (rad) meriwayatkan bahawa Rasulullah(saw) bersabda mafhumnya: “    Orang-orang dari umat ku  pasti akan meminum khamr yang mereka namakannya dengan bukan nama khamr, di mainkan alat-alat muzik keatas kepala mereka dan biduanita-biduanita.  Allah akan musnahkan bumi bersama-sama mereka dan menjadikan sebahagian mereka sebagai kera dan babi.  (Hadith ini saheeh - Riwayat Ibn Maajah, Al Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan Thabarani.  Sila lihat Saheeh Al Jaami’ As Sagheer 5454, Silsilatul Ahadeeth As Saheehah  90, 91 dan Saheeh Ibn Maajah 3247 – 4020)   

2.  Abu Maalik Al Asyaari (rad) meriwayatkan bahawa Rasulullah(saw) bersabda mafhumnya: “ Akan  ada  beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr dan alat muzik dan beberapa kamu akan turun/berhenti di sudut sebuah bukit yang tinggi.  Para penternak datang kepada mereka di waktu petang dengan membawa haiwan-haiwan ternakan mereka kerana sesuatu keperluan, lalu mereka berkata:  Datanglah semua menemui kami esok.  Lantas Allah(swt) memusnahkan mereka pada waktu malam dan menjatuhkan bukit yang tinggi itu ke atas mereka dan sebahagian yang lain lagi Allah mengubah rupa mereka menjadi seperti kera dan babi sampailah ke hari kiamat.
(Hadith ini saheeh – Ri. Al Bukhari dalam kitab saheehnya (4/30).  Sila lihat  Silsilatul Ahadeeth As Saheehah 1/91/139-147  dan Saheeh Al Jaami’us Sagheer 5466.)Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari di  dalam saheehnya secara ta’lik.

Mengikut ustaz tersebut:

1. (At least) Imam syafie mengharamkan alat muzik dan nyanyian kecuali jenis gendang/pujian pada Allah dan rasulullah dan hanya pada majlis2 seperti perkahwinan dan raya. Menurut beliau, apabila Malaysia bersandarkan mazhab syafie ni membenarkan nasyid, maka dari sudut feqah, ada masalah besar bagi kumpulan yg mengeluarkan fatwa ni.

2. Jenis yg dibenarkan ialah jenis gendang, itupun pada majlis2 tertenty. Menurut beliau gendang ni boleh sebab dia takde tune dan ada hadith nabi yg membenarkan kompang. Macam kita ketuk meja, bunyi nya takde A ke A# ke A minor etc. Hanya tempo yg menjadikan ia menarik. Yg diharamkan ialah jenis seruling dan yg bertali termasuklah piano conventional tu. Piano electronic pun takboleh sebab setiap piano key tu mempunyai bunyi berlainan. Kata ustaz tu kenapa ianya haram kerana ceritanya balik ke zaman Nabi Adam lagi. Antara yg saya ingat, ustaz itu mengatakan, iblis2 ni mati kutu tak tau nak buat apa waktu tu jadi makhluk inilah yg mereka alat2 muzik tiup dan bertali untuk entertain diri sendiri. Maka mereka pun seronok dan leka dengan games baru ni dan iblis2 pun menghasut manusia dengan memperkenalkan manusia pada nyanyian2, muzik yg melalaikan dan alat2 yg mereka cipta.

3. Suara wanita adalah aurat. Menurut ustaz ni kumpulan yg mengatakan wanita boleh menyanyi menggunakan hadith  Aisyah ra yg sedang enjoy nyanyian kumpulan wanita didalam rumahnya dan mereka berhenti menyanyi apabila Rasulullah masuk. Menurut ustaz ni, bila hadith ini digunakan untuk membolehkan wanita menyanyi ianya tidak tepat kerana mereka tak habis kaji hadith ini.  Kata ustaz, wanita2 ini adalah dari golongan hamba dan hamba tidak ada masalah "aurat" waktu tu.

4. Macam manapun ada golongan yg "flexible" mengenai penyanyi wanita. Tapi syaratnya kita tak lagho dan tidak sampai terbayang siapa penyanyi. Contoh, kalau kita seronok dengan lagu cindai dan betapa merdumya suara si penyanyi sampai terbayang siti nurhaliza maka bedosalah.

Berkenaaan pendapat2 ulama kontemporari seperti Dr Yusuf Qardawi yg mengeluarkan pendapat yg totally bertentangan dengan imam2 mazhab 4 ni, mungkin pada sesiapa yg berminat, boleh mendalami dan menilai dalil2 yg dipakai. Dalam kes alat muzik ni, Dr Yusuf Qardawi telah behujah dengan mengatakan semua hadith2 yg melarang alat muzik adalah palsu dan lemah. So, bagi yg berhati2, pandai2lah korang menilai dan mencari kaedah yg terbaik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.076646 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list