temau posted on 19-4-2012 10:09 PM 
Setahu saya, tak ada larangan dalam Quran, dan belum pernah saya jumpa sesiapa yang berhujah dengan ...
masa skolah dulu ustaz ai pernah cakap yg makanan dari air tgn org xsolat ni sama mcm minum air kencing anjing..
kisah ni sgt femes dan ai pernah dgr dari zaman skolah lagi..
selebihnya kita tawakkal jelah..
ai kopipes jela eh..
Dikisahkan pada zaman Nabi Musa AS, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga namun dia tiada zuriat lalu terdetik dalam hatinya untuk bernazar “Jika ditakdirkan aku mendapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam”. Maka, Allah SWT ingin mengujinya dengan memakbulkan doa lelaki tadi. Oleh itu, isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak beberapa bulan kemudian. Setelah mendapat anak, lelaki ini menjadi sangat runsing.
Disebabkan beliau telah bernazar mahu minum air kencing anjing hitam, maka nazar tersebut perlu dilaksanakan juga. Hal ini kerana, syariat pada zaman Nabi Musa AS adalah berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad SAW. Jika dalam kalangan umat Nabi Muhammad, nazar perkara-perkara yang haram, maka akan dikenakan denda (dam) atau sedekah. Tetapi, pada zaman Nabi Musa, barangsiapa yang bernazar walaupun haram tetap perlu dilaksanakan nazar itu.
Seterusnya, si lelaki yang baru mendapat anak tadi dengan hati yang gundah telah bertemu dengan Nabi Musa lalu diceritakan akan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tidak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi dia akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Hal yang membingungkan ini pun terjawab… Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tersebut.
Dengan senang hati, lelaki itu pun menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Begitulah hinanya orang yang meninggalkan solat hinggakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, apatah lagi air tangan lagi. Fikirkanlah…
Menyentuh bab air tangan, lazimnya rata-rata antara kita gemar makan masakan ibu, isteri atau suami masing-masing. Oleh yang demikian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kecuali uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan seperti nasi (ketika membasuh beras), mencuci sayuran, ikan dan sebagainya.
Seterusnya, anak-anak akan makan makanan yang dimasak. Kesannya, mungkin anak-anak gelap hati minum air tangan ibu atau ayah mereka yang meninggalkan solat. Tergamakkah… apa sudahnya andai hati anak-anak yang gelap, maka jadilah mereka anak-anak yang degil, culas solat, menderhaka dan sebagainya. Begitu juga dengan muslimin dan muslimat yang bekerja saban hari, pagi, petang dan adakalanya makan di warung mahupun di restoran.
Terdapat juga para tukang masak yang tidak solat kerana leka dengan perniagaan mereka. Kita pula menjamah makanan yang dimasak mereka, gelaplah hati kita. Kesannya.. kita makin payah untuk melakukan kerja-kerja yang ke arah kebaikan dan melakukan ibadah kepada Allah SWT. Oleh itu, berhati-hati lah dalam hal ini.
Last edited by miss_calamansi on 30-7-2013 07:42 PM
|