CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

Bahan api alternatif lonjak beban kos TNB

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peningkatan permintaan bekalan elektrik ketara   Mei\rTENAGA Nasional Bhd (TNB) berkemungkinan menanggung kos tambahan ketara untuk menjana elektrik menggunakan bahan api alternatif dalam tempoh Mei hingga Julai ini.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh, berkata sektor tenaga negara memerlukan 1,250 juta kaki padu gas sebulan bagi membolehkannya mengurus bekalan tenaga dengan baik dan jika bekalan kurang daripada jumlah itu ia perlu membakar bahan api menggunakan sumber alternatif bagi menyokong permintaan negara.\r\r\n\n\n\n\n  “Bekalan gas kepada sektor tenaga bertambah baik sejak Januari. Jika  tahun lalu TNB menerima purata 900 juta kaki padu gas sehari, tetapi ketika ini kami menerima purata 1,100 juta kaki padu gas sehari.\r“Permintaan setakat ini terurus, bagaimanapun kita bakal menghadapi situasi lebih mencabar dengan ketibaan musim panas pada Mei, Jun dan Julai depan, yang akan menyaksikan peningkatan permintaan ketara bagi tenaga elektrik,” katanya pada sidang media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 Persatuan Usahawan Tenaga Malaysia (PUTM) di Kuala Lumpur, semalam.\rMesyuarat itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Hadir sama Presiden PUTM, Datuk Ab Rahim Abu Bakar.\rChe Khalib mendakwa TNB membelanjakan RM400 juta sebulan bagi mendapatkan bahan api alternatif sebelum ini.\r\n\n\n\rBerikutan bekalan gas yang bertambah baik daripada Petronas, kos mendapatkan bahan api alternatif kini adalah kurang daripada RM200 juta sebulan, katanya.\rSehubungan itu, beliau berkata pihaknya sudah meminta PETRONAS untuk mendapatkan gas tambahan bagi sebagai persediaan menghadapi musim panas mulai Mei depan, sementara menunggu siapnya kilang pemprosesan gas semula PETRONAS yang dijangka siap pada Ogos atau September depan.\rMengenai ganti rugi kos tambahan ditanggung TNB tahun lalu berikutan gangguan bekalan gas daripada penutupan sementara bagi kerja pembersihan di kilang gas PETRONAS, beliau berkata belum ada kata putus daripada kerajaan setakat semalam.\rChe Khalib berkata, pihaknya masih berunding dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Suruhanjaya Tenaga berhubung perkara itu.\rBagaimanapun, katanya pihak terbabit memahami akan beban tambahan yang perlu dipikul TNB dan yakin penyelesaian terbaik akan diperoleh tidak lama lagi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.135489 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list