CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

PM Jepun mohon maaf isu pangkalan tentera AS

[Copy link]
Post time 28-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda, semalam meminta maaf secara peribadi kepada Okinawa berhubung tindakan kerajaan terhadap perpindahan pangkalan udara tentera Amerika Syarikat yang kerap menimbulkan kemarahan penduduk.\rDalam lawatan pertamanya sebagai Perdana Menteri ke rangkaian kepulauan itu, Noda, memberitahu Gabenor Hirokazu Nakaima dia berhasrat kekal dengan pelan yang sudah lama tertangguh untuk memindahkan pangkalan udara itu tetapi meminta maaf berhubung cara isu itu dikendalikan.\r\n\n\n\n\rPangkalan udara Futenna tidak muat di kawasan sedia ada, kata Noda kepada Nakaima, merujuk kepada perjanjian 2006 bagi pangkalan itu ditempatkan semula dari lokasi sesak ke zon persisiran pantai yang kurang penduduk.\r\r\n\n\n\n\nNamun dengan menunduk, Noda menambah: Saya meminta maaf kepada gabenor dan penduduk Okinawa kerana tindak tanduk tidak ikhlas Parti Demokratik Jepun (DPJ) yang ditunjukkan mengenai isu ini.\rKita perlu melihat kemajuan tahun ini dalam membangunkan Okinawa dan mengurangkan bebanan menjadi tuan rumah kepada tentera Amerika.\rRamai penduduk mahukan pangkalan dipindahkan sepenuhnya dari pulau itu dan berkata kehadiran tentera Amerika perlu dikurangkan secara dramatik.\rTokyo dan Washington melihat rangkaian kepulauan itu amat penting dalam persekitaran Pasifik, dengan kehadiran tentera China yang mungkin menimbulkan persoalan.\r\n\n\n\rKeadaan keselamatan di sekeliling negara semakin kuat. Kita perlu kekalkan kemampuan kita bertahan, katanya.\rNakaima, semalam bertegas dengan pendirian menolak pelan penempatan semula pangkalan itu dan menggesa kerajaan pusat menimbang semula perpindahan pangkalan itu ke Henoko.\rNamun, dia mencapai nada positif dalam rundingan dengan Noda, yang dilihat sebahagian pemerhati sebagai lebih pragmatik berbanding dua Perdana Menteri DPJ sebelum ini.\rNakaiman berkata, dasar yang dirangka oleh kerajaan Noda untuk meningkatkan ekonomi Okinawa adalah yang terbaik sejak beberapa tahun lalu. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.284010 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list