|
Pakej penyelamatan Greece, data ekonomi China dorong turun naik pasaran tempatanSAHAM di Bursa Malaysia tersekat dalam aktiviti pengambilan untung untuk minggu kedua minggu lalu, apabila saham mewah bergerak antara untung dan rugi.\n\n\n\n Ia didorong pengumuman Greece yang memperoleh pakej penyelamat keduanya, diikuti data ekonomi China yang tidak menggalakkan serta data pekerjaan dan perumahan yang kukuh di sebalik kelembapan ekonomi global. \n\n\n\n\n\nBagaimanapun, saham murah dan bermodal kecil terus mengalami tekanan pengambilan untung. Pada asas mingguan, penanda aras saham mewah Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 1.62 mata, atau 0.1 peratus kepada to 1,558.77 mata, diterajui keuntungan oleh Maybank (+21sen), Axiata (+14sen) dan TM (+22sen) yang mengimbangi kejatuhan saham CIMB (-22sen), KLK (-RM1.40) dan Genting Bhd (-18sen).Jumlah purata dagangan harian dan nilai susut kepada 1.93 bilion saham bernilai RM1.87 bilion berbanding 2.39 bilion saham bernilai purata RM2.09 bilion pada minggu sebelumnya, susulan peserta pasaran berada di luar pasaran di tengah-tengah pengurangan belian pusingan. Sekatan mengejutkan oleh menteri kewangan zon euro terhadap pakej menyelamat berjumlah 130 bilion euro untuk Greece minggu lalu tidak berjaya membangkitkan pasaran tempatan kerana tekanan pengambilan untung terus mengukuh.\n\n\nMalah, perbendaharaan AS turut menterbalikkan pembetulan penurunannya dengan beranggapan langkah berkenaan akan sedikit sebanyak menyelesaikan persengketaan antara negara sekitar Greece dan rantau Eropah. Walaupun Greece sudah bersetuju untuk memenuhi segala keperluan untuk mendapat dana penyelamat kedua, kebimbangan terus kekal mengenai tindakan pemotongan sebanyak 53.3 peratus secara sukarela oleh pemegang bon akan mencetuskan kegagalan membayar hutang. Masih belum dapat dilihat sama ada tahap komitmen Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang akan mengadakan pertemuan pada 13 Mac ini, bagi membincangkan sumbangannya kepada dana penyelamat kedua itu akan mewujudkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.Kebimbangan mengenai komitmen Greece terhadap langkah penjimatan yang dijanjikannya, dan proses pelaksanaannya dijangka akan mewujudkan kebimbangan pelabur sepanjang tahun ini.Sebarang kegagalan memenuhi syarat perjanjian akan menjejaskan Greece untuk mendapat pakej penyelamat seterusnya, yang agak sukar ditolak selepas berbelanja besar bagi dana sebelum ini. Bagaimana, satu kelegaan kepada pasaran untuk melihat sekurang-kurangnya ekonomi AS bergerak kepada landasan yang betul menerusi perangkaan ekonomi yang mampu mengukuhkan pemulihannya, di sebalik ekonomi perlahan China kesan daripada mengawal perdagangan luarnya dengan kesatuan Eropah dan juga pinjaman bagi memulihkan semula pasaran hartanahnya.Ketegangan semakin meningkat terhadap Iran dijangka mendorong kepada tekanan harga komoditi yang lebih tinggi.Disebabkan itu, EU merancang untuk mengharamkan import minyaknya dari Iran bermula Julai ini, yang dijangka meningkatkan lagi ketidaktentuan pasaran apabila sekatan AS terhadap institusi kewangan yang berurusan dengan Iran turut berkuat kuasa akhir Jun ini. Walaupun penanda aras indeks komposit dijangka berada dalam persekitaran mengambil untung minggu ini dengan sedikit penurunan, pelabur juga perlu melihat secara menyeluruh termasuk kelemahan saham syarikat berkaitan minyak dan gas serta perladangan.Kaitan yang kuat antara harga kedua-dua harga komoditi itu sebelum ini dijangka berterusan di tengah-tengah dinamik permintaan dan bekalan yang ketat.Di samping itu, penilaian lebih kukuh saham syarikat perladangan akan memberikan kesan positif kepada penyenaraian Felda Global Ventures tidak lama lagi.Walaupun bukan peserta perladangan utama, Boustead Holdings wajar menjadi antara tumpuan berikutan perjanjian pertukaran tanah yang sudah lama tertangguh dengan kerajaan membabitkan sebidang tanah di Jalan Cochrane dan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang dijangka diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.Dari segi teknikal, kontrak niaga hadapan KLCI Februari yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd menambah dua mata kepada atau 0.1 peratus berasaskan minggu ke minggu kepada 1,562.5 mata, peningkatan kecil kepada mata premium 3.73 mata kepada indeks tunai, berbanding mata premium 3.35 mata minggu sebelumnya.Pasaran saham tempatan melanjutkan aktiviti pengambilan untungnya pada Isnin, tetapi minat belian yang lewat mendorong kepada penurunan saham dengan harapan China membuat keputusan untuk mengurangkan keperluan rizab banknya yang akan menyaksikan pertumbuhan pinjaman dan mengurangkan kelembapan ekonomi di rantau ini.KLCI naik 3.42 mata untuk ditutup pada 1,560.57 mata, dengan kaunter rugi mengatasi untung 469 kepada 349 menerusi urus niaga lebih rendah, iaitu 1.86 bilion saham bernilai RM1.61 bilion. Saham mewah bergerak antara untung dan rugi sebelum ditutup pada petunjuk positif keesokan harinya, sejajar dengan kebanyakan pasaran saham Asia selepas Greece memperoleh pelan penyelamat kedua.KLCI naik 3.21 mata kepada 1,563.78 mata, dengan saham untung mengatasi saham rugi 442 kepada 372 dengan sejumlah 1.89 bilion saham bernilai RM1.74 bilion diurusniagakan.Saham jatuh kepada pengambilan untung pada Rabu, susulan kebimbangan yang meningkat terhadap harga minyak mentah ke paras tertinggi dalam tempoh sembilan bulan yang akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi global.KLCI berkurangan 3.26 mata kepada 1,560.52 mata, daripada paras 1,565.25 mata, dengan saham rugi mendahului saham untung 541 kepada 302 dengan sejumlah 2.23 bilion saham bernilai RM1.94 bilion diurusniagakan.Pasaran tempatan meneruskan pembetulan pengambilan untungnya pada hari berikutnya, seiring kelemahan serantau kerana jualan rumah yang lemah di AS dan kebimbangan terhadap China yang akan merendahkan sasaran pertumbuhan ekonominya tahun ini. KLCI ditutup 3.86 mata lebih rendah untuk menutup paras terendahnya hari itu iaitu pada 1,556.66 mata, dengan saham rugi mengatasi saham untung 689 berbanding 217 pada dagangan sederhana yang berjumlah 1.95 bilion saham bernilai RM2.11 bilion.Bagaimanapun, pasaran kembali pulih menjelang hujung minggu susulan peningkatan saham serantau selepas jangkaan lebih baik data perumahan dan pekerjaan di AS yang memberi keyakinan kepada pemulihan ekonomi global.KLCI naik 2.11 mata pada Jumaat untuk ditutup menghampiri paras tertingginya 1,558.77 mata, dan paras terendah 1,553.62 mata, dengan saham untung mengatasi rugi 425 berbanding 373 menerusi dagangan yang lebih perlahan berjumlah 1.69 bilion saham bernilai RM1.94 bilion.Julat dagangan minggu lalu menyusut kepada 11.63 mata berbanding 17.32 mata minggu sebelumnya.Bagi minggu baru berakhir, indeks FBM-EMAS susut 33.76 mata atau 0.3 peratus untuk ditutup pada 10,793.1, manakala Indeks FBM-Small Cap turun 402.16 mata atau 3.06 peratus kepada 12,758.43, kerana saham bermodal kecil terus menyusut daripada pembetulan pengambilan untung. Kesimpulannya, kelemahan momentum teknikal menunjukkan pasaran tempatan perlu meneruskan pengukuhannya dengan sedikit penurunan pada Februari yang akan berakhir minggu ini, dengan persekitaran pasaran yang negatif minggu lalu membuktikan wujudnya aktiviti pengambilan untung dan jualan saham yang menyusutkan harga dalam tempoh terdekat.Kekurangan pemangkin pasaran yang positif, serta pengumuman keputusan kewangan korporat bagi suku keempat tahun lalu dijangka melemahkan penyertaan pasaran minggu ini.Saham mewah, AirAsia dan CIMB mungkin kembali mengukuh minggu ini, tetapi saham TM lebih kukuh menerusi pencapaian tertingginya baru-baru ini.Saham lain, Supermax dan MRCB dijangka susut kepada tahap sokongan terendahnya, manakala DRB-Hicom perlu mula untuk membina semula sokongan pada tahap semasanya.Saham syarikat berkaitan minyak dan gas, Dialog Group dan Perisai Petroleum dijangka menyaksikan pemulihan minat belian susulan daripada momentum teknikal yang semakin pulih.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|