|
SESUDAH menjadi nadi penting di sebalik kejayaan skuad Piala Thomas negara mara ke pusingan akhir di Wuhan Mei depan, fokus jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei kini beralih kepada misi mempertahankan kejuaraan Seluruh England, 6 hingga 11 Mac ini.\rAndai Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraannya, pemain nombor satu dunia itu bakal mencipta kejuaraan hatrik pada pertandingan berprestij itu selepas menjuarainya pertama kali pada 2010.\r\n\n\n\n\r Kejayaan itu juga akan membolehkannya mencatat sejarah sebagai pemain kedua Malaysia memenangi kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut selepas lagenda, Wong Peng Soon melakukannya pada 1950, 1951 dan 1953.\r\r\n\n\n\n\n “Ada dua minggu lagi sebelum Seluruh England, jadi saya masih ada masa membuat persiapan. Selaku juara bertahan, sudah tentu saya mahu mempertahankan kejuaraan.\r“Jadi, saya akan bekerja keras dalam latihan sepanjang dua minggu ini kerana di pusingan kelayakan Piala Thomas, tidak banyak membantu persiapan kerana saya hanya beraksi dalam tiga perlawanan saja,” katanya semalam.\rChong Wei yang memenangi dua kejohanan pertama musim ini di Terbuka Korea dan Malaysia, mengakui Lin Dan yang memilih tidak beraksi di pusingan kelayakan Piala Thomas sekali lagi menjadi pencabarnya selepas menewaskan musuh ketatnya itu di final, tahun lalu.\r“Walaupun dia tidak beraksi di sini, ia tidak banyak memberi kelebihan. Lagipun, saya sudah jangka dia tidak akan beraksi bagi membantu rakan lain mengutip mata kelayakan Olimpik,” katanya.\r\n\n\n\rSementara itu, Chong Wei mengakui gembira kerana dia dan rakan sepasukan mampu mengelak negara daripada mencatat sejarah hitam apabila mara ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan.\r“Selepas ramai memperkatakan peluang kami tipis, kejayaan ke pusingan akhir ini amat melegakan. Saya harap kami mampu memberi cabaran di Wuhan nanti,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|