|
Peluang si kerdil cipta nama temu pasukan Liga Super saingan Piala FA\rGELARAN ‘pembunuh gergasi’ menjadi rebutan kelab-kelab kerdil dalam Liga Malaysia (Liga-M) apabila turun berdepan pasukan hebat Liga Super pada saingan pusingan pertama Piala FA yang bermula sejak semalam.\r\n\n\n\n\r Pusingan secara kalah mati itu menyaksikan 13 perlawanan berlangsung dengan tiga daripadanya membabitkan pertembungan sesama pasukan Liga Super – Negeri Sembilan bertemu Johor FC; Kelantan-Sarawak dan Kedah-PKNS.\r\r\n\n\n\n\n Kelantan yang hadir dengan reputasi sebagai juara Liga Super dan naib juara Piala FA musim lalu, seharusnya mudah melepasi pusingan awal itu di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bahru tetapi Sarawak yang mula mempamer kebangkitan pada dua perlawanan terakhir liga, tidak boleh dipandang remeh.\rKetika barisan Robert Alberts kian serasi dengan penyerang baru dari Croatia, Vedran Muratovic pada tiga perlawanan terakhir, Kelantan pula dilihat masih bergelut dengan penyerang barunya, Nwoha Onyekachi yang menggantikan Mohammed Ghaddar.\rPertembungan sengit juga dijangka meletus di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, apabila skuad Hobin kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah mahu mengulangi kemenangan dalam Liga Super ke atas skuad K Devan yang dicatat di Pasir Gudang.\rJohor FC yang dikejutkan Sarawak 2-1 dalam saingan Liga Super Selasa lalu, pastinya mahu mengubat kekecewaan itu, sekali gus membalas dendam kekalahan dan mencari tonik dalam meneruskan cabaran apabila Liga Super bersambung nanti.\r\n\n\n\r‘Perang’ juga dijangka meletus di Stadium Darulaman, apabila Kedah dan PKNS yang kini berada dalam kelompok empat terbawah Liga Super hasil hanya sekali kemenangan selepas lapan perlawanan, mahu melangkah jauh dalam saingan Piala FA.\rTatkala tiga pertempuran sengit itu meletus, penyandang juara, Terengganu, juga berhati-hati apabila bertemu Polis terutama selepas kehilangan dua tonggak pertahanan – Muslim Ahmad dan Zubir Azmi – yang menyertai kem latihan bersama skuad Olimpik kebangsaan.\rT-Team, Lions XII, Selangor dan Kuala Lumpur yang bertemu pasukan Liga Perdana dan Liga FAM, dijangka mara mudah ke pusingan seterusnya tetapi tetap berhati-hati dengan perangkap pasukan kecil bertaraf kelab yang mengimpikan gelaran ‘pembunuh gergasi’.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|