|
LONDON: Tottenham semakin mengorak langkah untuk menandatangani bintang sensasi Lille, Eden Hazard apabila pemain tengah itu sendiri mendedahkan dia mungkin menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu.\rArsenal sebelum ini dilihat sebagai calon pilihan untuk mendapatkan khidmat Hazard, 21, yang yuran perpindahannya bernilai 33 juta pound (RM157.8 juta) biarpun Chelsea, Manchester United dan Manchester City turut berminat mendapatkan bintang Belgium itu.\r\n\n\n\n\r “Mungkin saya akan ke Tottenham. Mereka sebuah kelab yang cukup besar di England. Saya memang berminat untuk beraksi di England kerana ada ramai pemain yang hebat beraksi di sana,” kata Hazard.\r\r\n\n\n\n\n Biarpun dirinya sering dikaitkan dengan kelab di England, Hazard turut bersedia berkelana ke Sepanyol atau Itali sebelum akhirnya memutuskan dia lebih berminat ke Liga Perdana Inggeris, bulan lalu.\rHazard yang kini menjadi rakan sepasukan Joe Cole di kelab Perancis itu dikatakan bakal menjadi pembelian terbesar Tottenham.\rNamun pengurus Arsenal, Arsene Wenger dikhabarkan akan terus berjuang untuk mendapatkan Hazard. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|