CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Pengarah India hasilkan filem Cina

[Copy link]
Post time 14-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SELEPAS menghasilkan beberapa judul Melayu dan Tamil seperti Pensil, Sumpahan Puaka dan Garuuda, kini pembikin filem daripada Genius Parade Sdn Bhd, M Subash, (gambar) tampil berbeza dengan mengarahkan filem Cina berunsurkan seram, sekali gus meletakkan dirinya sebagai sutradara bukan Cina tempatan pertama mengarahkan filem Cina tanah air.\rPada mulanya, akui Subash, ramai yang kurang yakin dengan kebolehannya.\r\n\n\n\n\rNamun selepas mengetahui dirinya boleh bertutur dalam bahasa Cina dengan baik, kesangsian mula terhakis dan seluruh kru dan pelakon komited memberikan kerjasama, membolehkan penggambaran memakan masa seminggu saja.\r\r\n\n\n\n\nSubash pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Yuk Chi di Batang Berjuntai. Dari situlah dia mampu untuk memahami bahasa berkenaan dan bertutur dengan fasih.\rSubash serta penerbitnya, M Suurya, yang ditemui di Balai Berita baru-baru ini nyata teruja dengan karya terbaru mereka, You Believe In Ghost? itu. Mereka mengharapkan sambutan memberangsangkan dan pungutan yang tinggi, supaya ia boleh dijadikan penggerak kepada filem seterusnya.\rMelihat kepada sambutan diterima untuk filem Ah Beng dan Nasi Lemak 2.0, Subash percaya, filem ini juga boleh menarik penonton.\rMenurutnya, genre seram dipilih disebabkan sifat sejagatnya. Sebagai contoh, filem Nang Nak dari Thailand yang masih mampu mendapat sambutan hangat penonton walaupun menggunakan bahasa Siam.\r\n\n\n\r“Ini kerana filem seram boleh ditonton oleh pelbagai bangsa walaupun bahasa berlainan digunakan.\rTambah lagi, jalan cerita yang saya terapkan tidak memerlukan penonton berfikir kerana ia senang difahami serta menggunakan dialog yang mudah.\r“Tidak dinafikan mengarah filem berbahasa Cina ini ada cabarannya. Pada mulanya ada yang kurang percaya pada kebolehan saya, tapi selepas dua atau tiga babak pertama, kami semua mula rasa seronok untuk bekerjasama,” kata Subash yang juga penulis filem itu.\rYou Believe in Ghost? agak menarik apabila ia boleh dilihat sebagai projek harmoni berbilang kaum, yang mana pengarah dan penerbitnya berbangsa India, barisan kru terdiri daripada orang Melayu, dan pelakon pula dibarisi bakat berbangsa Cina.\rFilem yang bakal ditayangkan pada Mei ini antara lain memaparkan empat kisah yang bercerita mengenai kasih sayang, fobia, komedi dan kepercayaan karut.\rKisah yang dipaparkan adalah hasil daripada kajian yang dilakukan selama empat bulan oleh Subash sendiri. dia dapat merumuskan 85 peratus rakyat di dunia percaya wujudnya hantu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.876001 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list