|
SUNDERLAND: Arsene Wenger enggan menutup sebarang kemungkinan mengenai kehadiran semula Thierry Henry ke Arsenal selepas legenda The Gunners itu mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan dramatik di Sunderland.\rHenry keluar daripada bangku simpanan dan meledak pada masa kecederaan ketika barisan didik Wenger bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Sunderland 2-1 di Stadium of Light, kelmarin.\r\n\n\n\n\r “Henry menamatkan cerita sebagai seorang legenda. Saya harap dia bertindak pada kempen Liga Juara Eropah Rabu nanti. Ia membuktikan dia tidak pernah kehilangan bakat. Manchester United mempunyai Ryan Giggs dan Paul Scholes, dan kami memiliki Henry. Dia menghadiahkan kami tiga mata dalam perlawanan yang sukar.” \r\r\n\n\n\n\n Penyerang antarabangsa Perancis itu menyertai Arsenal secara pinjaman daripada New York Red Bulls, namun perlu kembali ke Amerika Syarikat, Rabu ini selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah perlawanan pertama menerima kunjungan ke AC Milan.\rPemain sayap Ireland, James McClean meletakkan Sunderland di depan pada minit ke-70 sebelum Aaron Ramsey menyamakan kedudukan selang lima minit kemudian dengan Henry mengesahkan mata penuh apabila menolak masuk gol kemenangan minit ke-90. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|