CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6687|Reply: 8

penamatan tanpa notis

[Copy link]
Post time 13-2-2012 01:52 AM | Show all posts |Read mode
salam,saya pernah bekerja di sebuah syarikat ... sdn bhd yang terletak di johor bahru sebagai eksekutif jualan.saya berdepan masalah apabila majikan warga singapura ingin menyaman saya kerana telah berhenti tanpa mengemukakan notis.untuk pengetahuan, saya mula bekerja pada 5 disember 2011 dan telah menamatkan perkhidmatan pada 31 januari 2012 tanpa mengemukakan sebarang notis setelah menerima gaji upah untuk bulan Januari dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada salah seorang staff di bahagian penjawatan.saya hanya bekerja di syarikat tersebut dalam tempoh lebih kurang 2 bulan sahaja dan masih belum disahkan jawatan.kontrak perkhidmatan juga tidak menyatakan tempoh untuk mengemukakan notis sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan.saya mengambil keputusan untuk tidak mengemukakan notis tamat perkhidmatan kerana pada hari staff tersebut memaklumkan kepada bekas majikan saya bahawa saya tidak akan bekerja di syarikat tersebut dan pada masa yang sama bekas majikan saya ada mengeluarkan kenyataan di hadapan staff tersebut bahawa dia turut ingin menamatkan perkhidmatan saya.
setelah itu saya mendapat arahan untuk mengemukakan notis 24jam dan membayar pihak syarikat dengan kadar sebulan gaji sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan serta merta atau notis 4 minggu tanpa membayar sebarang denda.saya mengendahkan arahan tersebut.

Apakah tindakan yang perlu saya buat dan siapakah pihak yang perlu saya salurkan masalah ini?


Di samping itu,keenganan saya mengemukakan notis didorong rasa tidak puas hati terhadap bekas majikan.Ini adalah kerana beberapa faktor iaitu :-

  • perniagaan yang dijalankan masih belum mempunyai lesen premis perniagaan.
  • majikan menggajikan pekerja warga indonesia yang bertugas sebagai eksekutif jualan dan menerima gaji lebih tinggi daripada saya tanpa dokumen yang sah.(warga indonesia tersebut tidak mempunyai permit kerja,diterima bekerja hanya dengan salinan passport sahaja,tanpa sijil latar belakang pendidikan yang menyokong tugas dan jawatan yang disandang)
  • turut menggajikan seorang warga singapura yang memgang jawatan sebagai pengurus jualan dan pemasaran tidak menyediakan tempat untuk beribadat(solat) bagi pekerja muslim
  • tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi (contohnya 5 orang pekerja berlainan latar belakang tugas berkongsi sebuah komputer,sehingga mendorong pekerja yang lain membawa kemudahan sendiri dari rumah)
  • pengurusan dan pentadbiran yang tidak teratur.sesiapa sahaja sesuka hati memberi arahan sehingga tiada yang ingin menerima arahan yang boleh menyebabkan segala urusan menjadi sulit.
  • persekitaran udara yang tidak selamat.syarikat tersebut merupakan pengedar bahan pencuci berkimia (bahan pencuci tersebut tidak diletakkan di dalam stor simpanan tertutup.)
  • mengamalkan diskriminasi sehingga hak kami sebagai rakyat tempatan tidak terbela.


DIHARAP SEKIRANYA MEMBANTU SAYA DALAM HAL INI..


TERIMA KASIH.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 02:51 AM | Show all posts
Lorh, naperlah hang tak keluarkan notis awal-awal?
Semua urusan pejabat ni kena ada hitam dan putih.
Dia tak boleh cakap guna air liur ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 05:12 PM | Show all posts
Reply 1# bantusaye

since u berenti tanpa bagi sufficient notice, majikan berhak utk minta pampasan/bayaran yg equavalent dgn 1 bulan salary.
walaupun tak ada tertulis dlm offer letter, pihak majikan boleh ikut the minimum requirement yg ditetapkan oleh employment act 1955, which is kalau employee bekerja less than 2 years, resignation notis adalah 4 minggu.
sebab2 yg u beri tu adalah secondary issues, secara generally mmg tak patut la majikan buat mcm tu.
Boleh pi labour ofis dan minta nasihat selanjutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 01:20 AM | Show all posts
Anda boleh mengemukakan aduan berdasarkan kepada senarai nombor satu dan enam yang lelain tak leh menang.

Sila pastikan bahawa syarikat ini betul betul tidak mempunya lesen bagi menjalankan perniagaan di premis tersebut. Nanti kalau dia dah apply dan hanya tunggu site visit oleh pegawai Majlis perbandaran...masak pulak anda.

Nama bahan kimia yang dikatakan itu ... jika hanya bahan kimia yang tak perlu penyelenggaraan pencemaran boleh saja di letakkan di tempat yang terbuka.

Mereka ini licik jadi perlu siasat dahulu sebelum mengambil tindakan...Adakan bukti seperti video atau gambar...untuk memperkuatkan dakwaan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:52 PM | Show all posts
ni pula pandangan peribadi berdasarkan pengalaman la,
dia takde lesen perniagaan kan?
so dia tak berdaftarkan?
jadi syarikat tu tak ujudkan?
syarikat tak ujud boleh ke saman tt?
tapi kena la sediakan apa2 bukti untuk backup tt,
syarikat singpork ni kena jaga2 sikit sbb matlamat mereka hanyalah untuk wang..
byk tipu helah kerana bagi mereka wang adalah segala2nya bukan maruah atau nama baik
syarikat kerana kalau apa2 hal berlaku mereka akan tukar nama lain.

diorang ni agak kedekut, jadi agak susah juga mereka nak keluarkan wang nak bayar lawyer nak saman supaya dapat sebulan gaji balik sbb aku rasa duit kos lawyer tu lagi tinggi.
jadi saman tu hanyalah ugutan/gertak sahaja,
yelah mana tau tt bayar dapat juga mereka ni duit minum2 hehehe
apa2 pun gi pejabat buruh dulu mintak nasihat atau biro bantuan guaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2012 05:18 PM | Show all posts
Reply 3# yayaji


n prlu kemukakan notis gak ke kalau majikan juga ingin memeberhentikan pekerja?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-2-2012 05:20 PM | Show all posts
Reply 4# rdzaccess


   time kasih ngn idea tsbt.saye dlm proses hndk mengemukakan perkara ini ke pihak tenaga kerja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2012 05:25 PM | Show all posts
Reply 5# masa_lalu


   sy setuju ngn pndgn peribadi masa_lalu,harap nasib pekerja tempatan spt saya terbela dengan wujudnya jabatan kerajaan yg sedia ade
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2012 04:46 PM | Show all posts
Reply 6# bantusaye


    sudah semestinya....tak boleh berhentikan cenggitu saje tanpa sebab-sebab yg kukuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.043966 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list