|
DUA pingat emas acara pecut yang sepatutnya menjadi milik pelumba negara, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa terlepas gara-gara perubahan jadual pada saat-saat akhir di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Kuala Lumpur di Cheras, semalam. Azizulhasni meluahkan kekecewaannya terhadap perubahan jadual yang dipercepatkan satu jam hingga menyebabkan dia hanya sempat memanaskan badan kurang setengah jam berbanding kebiasaannya kira-kira dua jam sebelum perlumbaan.\n\n\n\n “Bukan saya mahu merungut tetapi sejak hari pertama, jadual perlumbaan asyik bertukar. Penganjur sepatutnya bersikap lebih profesional. \n\n\n\n\n “Saya sedih kerana keluarga dan penyokong tempatan ramai yang datang tetapi saya tidak dapat menghadiahkan emas di tempat sendiri,” katanya yang sekadar menang perak selepas tewas dalam kedua-dua pusingan final kepada pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.Fatehah pula yang tewas kedua-dua pusingan final kepada pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze berkata, dia terlalu mengharapkan emas acara pecut itu bagi membolehkannya menambah mata kelayakan ke Sukan Olimpik London.“Masa berlumba memang susah untuk menang emas sebab kaki masih berat kerana tidak cukup pemanasan badan. Wai Sze pula lebih bersedia kerana terlebih dulu menyertai acara pecut berpasukan sedangkan saya dan Azizul baru tiba di velodrom,” katanya.Pelumba program Road To London itu yang akan turun dalam acara keirin dan scratch hari ini berkata, dia turut mendengar rungutan sama daripada pelumba negara lain mengenai perubahan jadual di saat akhir.\n\n\nPresiden Komisar, Frederick Chan menjelaskan jadual terpaksa diubah semalam untuk memberi laluan kepada solat Jumaat dan mungkin pelumba tidak menyedari perubahan jadual kerana ia dikeluarkan lewat malam Khamis.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|