|
BIARPUN namanya kurang mendapat tumpuan berbanding pelumba basikal elit lain yang berlatih di Melbourne, Muhammad Edrus Md Yunos berjaya membuktikan kemampuan meraih pingat emas buat negara pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012, semalam.\rDisenaraikan dalam program ‘Road To London’, Edrus merangkul emas dalam acara 1 kilometer ujian masa elit lelaki dengan merakamkan catatan peribadi terbaik 1 minit 06.547 saat sementara pelumba Iran, Mahmoud Parash di tempat kedua (1:06.986s) dan pelumba Hong Kong, Wu Lok Chun meraih gangsa (1:07.862s).\r\n\n\n\n\r “Saya hanya fikir mahu membuat yang terbaik walaupun turut berlumba dalam acara pecut. Saya juga terkejut dapat memenangi emas kerana memang sudah lama tidak berlumba dalam acara 1km ujian masa.\r\r\n\n\n\n\n “Sebelum ini sasaran saya hanya meraih pingat dan mungkin kemenangan hari ini juga disebabkan tidak ada tekanan sebelum berlumba,” katanya.\rEdrus, 25, berkata sokongan penyokong tempatan dan rakan, terutama Rizal Tisin yang meraih emas pada acara itu tahun lalu banyak memberi semangat untuk melakukan yang terbaik ditambah lagi dengan ketiadaan pelumba pilihan seperti pelumba China, Zhang Miao.\r“Mungkin kebanyakan pelumba tidak menyertai acara ini memandangkan acara ini tidak dipertandingkan pada Sukan Olimpik London dan mereka memberi fokus pada acara yang menawarkan mata kelayakan ke Olimpik,” katanya.\rTerdahulu, Fatehah Mustapa meraih gangsa dalam acara 500m ujian masa elit wanita dengan merakam 36.394s dalam acara yang dimenangi pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze yang mencatatkan 35.320s manakala tempat kedua dimenangi Xu Yulei dari China (35.962s). \r\n\n\n\r“Hari ini rasa semangat saya lain sikit apabila badan terasa lebih segar. Walaupun tidak dapat mengatasi masa terbaik saya - 36.1s, jurulatih John Beasley berpuas hati dengan persembahan saya apabila dapat mengekalkan momentum kemenangan gangsa tahun lalu,” katanya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|