CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Mampu lepasi ranjau: Hafiz

[Copy link]
Post time 10-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN pernah melabelkan skuad dibarisi kali ini paling lemah, tetapi pemain profesional KLRC Hafiz Hashim tetap optimistik pasukan yang diterajui jaguh perseorangan, Lee Chong Wei memiliki resipi untuk melepasi ‘laluan berduri’ di pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, minggu depan.Pemain berusia 29 tahun itu turut berjanji akan cuba menyumbang mata kepada skuad negara selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan menewaskan Chong Wei 21-10, 23-21 dalam perlawanan simulasi di Stadium Juara Bukit Kiara, kelmarin.\n\n\n\n  “Saya tidak pasti sama ada Chong Wei bermain 100 peratus atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya kemenangan ini memberi keyakinan tambahan kepada saya menggalas cabaran selaku perseorangan kedua nanti,” kata juara Sukan Komanwel 2002 dan Seluruh England 2003 yang akan tampil beraksi buat kali keenam dalam saingan piala berprestij itu sejak penampilan pertama di Guangzhou 2002.\n\n\n\n\n  Sementara itu, panel Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj menyifatkan keupayaan Hafiz menundukkan Chong Wei memberi petanda positif terhadap kempen skuad negara. “Jika dia (Hafiz Hashim) bermain seperti semalam (kelmarin), bukan sebarangan lawan boleh menewaskannya. Mungkin Chong Wei tidak beraksi 100 peratus, tetapi apa yang jelas Hafiz  menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Ini  petanda positif untuk cabaran pasukan,” katanya.Skuad negara akan membuka kempen menentang Hong Kong dalam perlawanan pertama Kumpulan D Selasa ini sebelum melengkapkan cabaran kumpulan dengan membuat perhitungan menentang pilihan kedua, Korea Selatan keesokannya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.342652 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list