|
HARIMAU Muda bermula garang dengan mengungguli persada Liga Singapura selepas mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Gombak United FC dalam aksi pertama Liga Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.Walaupun tampak keletihan selepas baru pulang dari Manama, Bahrain mengharungi kempen kelayakan Sukan Olimpik, barisan anak didik Ong Kim Swee masih mampu beraksi dengan corak permainan pantas.\n\n\n\n Ia terbukti tatkala aksi baru memasuki tempoh lapan minit, skuad Harimau Muda A sudah memperoleh tiga sepakan sudut namun agak malang apabila kesemua sepakan itu masih belum mampu mencemaskan gawang Gombak United FC.\n\n\n\n\n Hanya pada minit ke-13, bermula daripada gerakan Nazmi Faiz Mansor yang bijak melorongkan bola kepada Wan Zack Haikal hampir memecah kebuntuan, namun rembatan pemain sayap itu terkena kaki penjaga gol, Zaiful Nizam.Serangan bertali arus Harimau Muda terus mengancam kubu Gombak United FC dan pada minit ke-15 hasil sepakan lambung Mohd Irfan Fazail dari kawasan tengah padang menyaksikan A Thamil Arasu pantas menyambar bola sebelum bertindak merembat leret memerangkap Zaiful yang tergamam di gawang sendiri.Tersentak dengan jaringan awal Harimau Muda A, Gombak United FC yang diperkuatkan dengan tiga pemain import mula mengatur serangan namun benteng pertahanan barisan muda negara gandingan Mohd Fadhli Saas dan Amer Saidin kental mengekang asakan itu.Bersambung babak kedua, Harimau Muda A tampak mengawal rentak perlawanan dan hampir menambah jaringan pada minit ke-76 selepas bola rembatan Gary Steven Robbat dari luar kotak penalti terkena pertahanan Gombak United FC.\n\n\nNamun pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria memastikan kemenangan buat Harimau Muda pada minit ke-84 selepas menolak bola sepakan percuma kapten Mahali Jasuli untuk memastikan tiga mata milik barisan muda negara.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|