CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1659|Reply: 6

Lamborghini mahu keluar model SUV

[Copy link]
Post time 9-2-2012 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by six_points at 9-2-2012 18:20


MODEL kereta konsep Lamborghini SUV yang akan dilancarkan pada 2016.

Pengeluar kereta sport mewah rancang lancar model pada 2016

PENGELUAR kereta sport mewah, Lamborghini kini mula bergerak jauh daripada tumpuan perniagaannya sebelum ini apabila ia bercadang untuk mengeluarkan model kenderaan sports utiliti (SUV) mewah. Jenama Itali yang dimiliki oleh Volkswagen itu, merancang untuk mengumumkan pelancaran model kenderaan itu pada pameran auto, di Beijing pada 2016, kata dua sumber yang tahu mengenai strategi itu. Berdepan risiko kemungkinan timbul perasaan terasing peminat kereta sports gentian karbon Aventador bernilai 313,000 euro (RM1.239 juta) itu, Lamborghini berharap dapat mengulangi kejayaan dalam jualan Porsche Cayenne bagi pasaran pesat berkembang bagi pacuan empat roda mewah.  

“SUV ini akan dilihat menarik, tetapi ia perlu menjadi antara model yang terpantas dari segi kelajuannya serta ekstrem.

"Jika ia seperti BMW X5, ia seperti satu pengkhianatan. Orang ramai akan menjadi sangat kecewa,”  kata Presiden Kelab Pemilik Lamborghini terbesar dunia yang berpangkalan di Los Angeles, Andrew Romanowski.  

“Porsche membuktikan bahawa ia berfungsi, yang mampu memberi kejutan besar kepada industri , dan sekarang semua orang tertunggu-tunggu,” kata Pengarah Penyelidikan di IHS Automotive berpangkalan di Frankfurt, Christoph Stuermer.

Menjelang 2015, jualan SUV mewah dijangka meningkat kira-kira 20 peratus di Eropah Barat, 30 peratus di Amerika Syarikat dan 50 peratus di China, menurut unjuran sebuah syarikat perundingan.  

Cayenne menjadi model terlaris bagi Porsche sejak ia dilancarkan sedekad lalu, dengan 59,000 unit dijual tahun lalu dan pada harga 121,000 euro (RM476,544) bagi versi turbo berprestasi tinggi.

Lamborghini, yang mencatat kerugian sejak 2009, meningkatkan penghantarannya sebanyak 23 peratus kepada 1,602 kenderaan tahun lalu.

Bagi membangunkan model baru itu, Lamborghini merangka rancangan untuk sedan empat pintu sejajar pameran kereta Estoque pada 2008.

Slogan closer to the road diperkenalkan pada tahun yang sama dan masih digunakan dalam produk video pada 2011.

Lamborghini Club America mengeluarkan keahlian gentian karbon kepada pelakon, Nicolas Cage, hos rancangan bicara, Jay Leno dan kira-kira 4,000 yang lain.

Romanowski memberi amaran walaupun kenderaan yang sempurna dihasilkan, ia boleh menjejaskan jenamanya jika pengeluaran adalah terlalu tinggi. – Reuters

Credit: http://berita.cari.com.my/news.php?id=22878

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 09:44 PM | Show all posts
Dulu tahun 80an Lambo ada buat gak SUV/SUT diorang buat lebih kurang 300 biji jer pastu diorang stop, tak tau kenapa. ni gambar dia  
LM002

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 10:02 PM | Show all posts
Reply 3# batu_bergolek


   xpat kontrak utk supply mesin ni kpd US military, sbb humvee yg mng kontrak tu, tp skali pndang ada iras-iras humvee mesin ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 12:26 AM | Show all posts
aku nak beli satup buat masuk dusun kutip durian..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 11:26 AM | Show all posts
Reply 5# FMKiller


   try tanye sultan brunei, kot2 die nk tolak murah ke. sbb sultan brunei ade sebijik SUV yg mcm humvee tu. hehehe nnt leh a saye tumpang angkut durian skali.. durian lamborghini.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 07:57 PM | Show all posts
Menarik seyh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2012 08:15 PM | Show all posts
OT sat... ronaldo baru angkat aventador...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068352 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list