|
‘Ia boleh jejas tumpuan ketika berdepan lawan di arena’\rKOO Kien Keat menasihatkan pemain muda yang tampil beraksi buat kali pertama pada pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, 13 hingga 19 Februari ini supaya jangan takut kalah.\r\n\n\n\n\r Pemain beregu 27 tahun itu berkata, dia bimbang andai perkara itu bersarang dan menghantui perasaan serta fikiran apabila melangkah ke dalam gelanggang, ia boleh menjejaskan tumpuan serta persembahan mereka.\r\r\n\n\n\n\n “Apabila saya beraksi pertama kali dalam Piala Thomas 2004, soal takut kalah langsung tidak ada dalam kamus fikiran, sebaliknya saya tekad memberikan aksi terbaik apabila disenaraikan jurulatih.\r“Saya percaya sekiranya perasaan takut kalah menguasai diri, ia pasti menjejaskan permainan mereka sendiri,” katanya apabila ditanya apakah nasihatnya kepada empat muka baru – Lim Khim Wah, Goh V Shem, Teo Kok Siang dan Liew Daren – yang tampil beraksi pertama kali.\rSelain Kien Keat yang akan membuat penampilan kali kelima, lima pemain lain yang menggalas cabaran negara – Lee Chong Wei, Hafiz Hashim, Mohd Arif Latif, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How – berpengalaman beraksi pada pentas berprestij itu.\rKien Keat yang berpasangan dengan Tan Boon Heong juga menegaskan, setiap pemain perlu bertanggungjawab di atas keputusan yang diperoleh pasukan dan tidak sesekali menuding jari kepada pemain yang tewas.\r\n\n\n\r“Sebagai satu pasukan, semua pemain perlu bertanggungjawab, bukan satu atau dua pemain. Jadi, kami tidak hanya harapkan Chong Wei saja untuk menyumbangkan mata, sebaliknya kami juga perlu berbuat demikian,” katanya.\rSkuad negara akan membuka kempen menentang Hong Kong 14 Februari ini sebelum melengkapkan saingan Kumpulan D bertemu pilihan kedua, Korea Selatan.\rBerdasarkan rekod, skuad negara pernah dua kali gagal mara ke pusingan akhir pada 1973 dan 1979, tetapi sejak format baru diperkenalkan pada 1984, skuad negara melepasi semua pusingan kelayakan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|