CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: obelisk

Baru ku tau rupanya solat jamak tak trhad kpd org brmusafir semata..

[Copy link]
Post time 10-9-2014 09:59 PM | Show all posts
Dr Asri antara ulama' yg sering menyebarkan dakwah berdasarkan fakta dan hadis sahih ,malah membawa banyak pembaharuan dalam hukum Islam,nmn sedihnya beliau selalu dipanggil WAHABI,KAFIR,MUNAFIK dsb...





  

"Sampaikan apa2 drku wlupn sepotong ayat"

HADIS SAW
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 09:09 AM | Show all posts
Haer posted on 10-9-2014 07:06 PM
Ada sesetengah kerja tak boleh di tinggalkan tanpa ada yang menganttikan. Solat memang wajib, yang ...

kerja apa tu?

Sebab-sebab Membolehkan Solat Diqadha.
Al-Qur'an dan as-Sunnah sememangnya ada mengajar kita tentang perihal menunaikan solat-solat fardhu di luar waktu yang ditetapkan. Akan tetapi kebolehan ini hanya atas beberapa sebab yang juga telah dijelaskan secara terperinci oleh kedua sumber syari'at tersebut, iaitu:
1.     Apabila seseorang itu tertidur sehingga luput waktu solatnya.
2.     Apabila seseorang itu terlupa sehingga luput waktu solatnya.
3.     Apabila tersilap kiraan waktu solat sehingga terluput waktu yang sebenarnya.
4.     Apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi darurat sehingga terluput waktu solatnya.

Kategori keempat yang membolehkan solat fardhu ditunda dari waktunya yang asal ialah dalam suasana darurat. Darurat ialah satu kondisi yang melibatkan keselamatan nyawa dan anggota seseorang itu atau orang-orang di bawah amanahnya (Life and Death situation). Dari sudut syari'ah ianya didefinasikan sebagai - Darurat itu ialah datangnya keadaan bahaya atau kesulitan yang amat berat kepada diri manusia, yang membuatkan dirinya kuatir akan terjadinya kerosakan atau sesuatu yang menyakiti jiwa, anggota badan kehormatan, akal harta dan yang bertalian dengannya.  
Ketika ini boleh atau tidak harus mengerjakan yang diharamkan atau meninggalkan yang diwajibkan atau menunda waktu perlaksanaan guna bagi menghindari kemudaratan yang diperkira dapat menimpa dirinya selama tidak keluar dari syarat-syarat yang ditentukan syara'.

Dalil yang membolehkan suasana darurat sebagai faktor membolehkan penundaan kewajipan solat dari waktunya ialah peristiwa yang berlaku di ketika Perang Khandak, di mana Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan para muslimin sekalian sedang berada di kegentingan peperangan mempertahankan Kota Madinah dari serangan musuh sehingga tidak berkesempatan untuk mendirikan solat Asar. Maka apabila serang musuh yang bertubi-tubi itu reda di waktu Maghrib, barulah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam serta orang ramai berkesempatan untuk menunaikan solat Asar mereka, diikuti dengan solat Maghrib.

Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu menceritakan: Di ketika Perang Khandak Umar al-Khattab menyumpah-marah kaum kafir Quraish di ketika matahari sudah terbenam lalu berkata: Ya Rasulullah ! Saya tidak sempat mendirikan solat Asar dan matahari sudahpun turun ! Nabi sallallahu-alaihi-wasallam berkata: Demi Allah ! Aku juga belum solat ! Dengan itu kami turun ke Buthan (perigi air - P) dan Nabi berwudhu' dan kami juga berwudhu' dan kemudian kami mendirikan solat Asar setelah matahari terbenam diikuti dengan solat Maghrib.

Maka dari hadith dan peristiwa di atas para ahli fiqh bersepakat menyatakan bahawa kondisi yang membolehkan seseorang itu menundakan solatnya ke waktu yang lain apabila dia berada dalam keadaan sedar ialah kondisi darurat sahaja.

Diulangi bahawa darurat itu ialah suasana yang membahayakan nyawa seseorang itu atau mana-mana anggota tubuh badannya. Adapun keuzuran atau apa-apa halangan lain yang tidak membahayakan nyawa dan anggota maka ia tidaklah membawa kepada kelonggaran hukum mengqadhakan solat,

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047964 second(s), 9 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list