|
Author |
Post time 10-3-2017 04:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by girlwearsgucci at 14-3-2017 10:08 PM
#16
semuanya berlaku dalam milisaat. sebaik sahaja syira menyebut nama daus, aku lihat abang farhana meluru laju ke arah lelaki kurus tinggi lampai itu. ibu farhana sudah merambu air mata. meraung.
" sini kau!" angah menjerit. kolar firdaus dicekak kuat." kau buat apa dengan adik aku ha?! cakap!"
jerkahan angah membuatkan seluruh isi koridor itu terdiam dan terus memandang. ada yang berkira-kira mahu mendapatkan pengawal keselamatan. aku berdiri di belakang angah. cuba menarik bahu angah. angah tepis kasar.
aku pandang wajah firdaus. firdaus tidak berani memandang angah. sekadar tunduk.
" daus, kenapa buat kami macam ni? kenapa buat ana macam ni?" makcik meratap hiba. terjelepuk di atas lantai dekat kaki firdaus. menangis. pakcik datang entah dari mana, cuba menjempung makcik ke deretan kerusi berdekatan.
" maafkan saya," jawab firdaus, perlahan. " apa saya buat ini semuanya demi kebaikan ana."
aku lihat angah sudah keluarkan buku lima. sedang mengambil lajak dari sisi kepalanya, sudah mahu menghentam pipi firdaus. aku tarik tangan angah.
" lepas!" teriak angah.
" sabar bang! kita tak nak timbul masalah lain!" kata aku keras tetapi memujuk.
sendu makcik kedengaran sayu. pakcik masih di sebelah menggosok-gosok lengan makcik.
angah lepaskan kolar, memaksa daus tertolak ke belakang. dia berpatah balik, berjalan laju kemudian menyepak tong sampah plastik berwarna hijau di tepi koridor.
daus masih kaku di situ. syira aku lihat sudah duduk di tepi makcik. kemudian memandang aku. memberi satu isyarat.
aku faham.
"daus?"
firdaus abaikan aku. berlutut di hadapan makcik dan pakcik.
" makcik, pakcik, saya minta maaf. saya mengaku salah saya,"
daus bersungguh memohon maaf.
" daus, pergilah! aku tak nak tengok muka kau lagi!" marah makcik penuh emosi.
pakcik pun hanya menunduk. " pergilah, daus. sebelum pakcik pun turut hilang sabar," kata pakcik mendatar.
daus mengangguk lemah. dia bangun perlahan-lahan. kemudian mengatur langkah, beredar dari situ, dari pandangan orang ramai.
"daus?"
aku panggil. namun tak dipedulikan.
" daus, kita kena bercakap."
" kau siapa?" soal daus kasar. matanya merah memandang tajam tepat ke mata aku.
" tu bukan soalan dia sekarang. tapi aku rasa kita kena berbincang."
daus diam. " tapi bukan di sini."
aku angguk. dan ikut. |
|
|
|
|
|
|
|
#17
Penampilannya kemas. Berbaju kemeja biru laut walaupun tidak bertali leher, sepadan dengan bingkai cermin matanya. Berseluar slack hitam dan berkasut kulit warna cokelat. Garis kedutan di muka jelas kelihatan, mungking dalam lingkungan umur 40-an.
Dia angkat cawan kopi dan hirup kopi yang sudah suam. Aku pula masih diam.
" Kau dengan Ana kawan ke? Aku tak pernah tengok kau." kata Firdaus. Mungkin dah tak tahan sebab aku diam dan pandang dia dari tadi. Bukan sebab aku suka dia. Cuma aku pelik kenapa lelaki ada rupa, semestinya berharta, macam dia ni boleh tinggalkan ana dan abaikan Ana?
" Kawan masa kolej." balas aku ringkas.
Daus terangguk-angguk. " Korang jumpalah masa reunion hari tu?"
Aku angguk.
" You guys lover ke dulu?" soalan Daus memang aku dah duga walaupun aku tak ada niat nak buka balik kisah lama.
" Aah. Sekejap je. Sampai Ana first year undergrad."
Daus senyum tawar. " That explains kenapa kau ada dekat sini." Daus pandang ke luar pintu kaca kafe kecil ini. Melihat hospital yang berada di hadapan kami. Lama.
" Bukan yang macam kau fikir." Aku sedut kopi ais kemudian bersandar. "Aku baru je jumpa dia. Waktu aku datang sini hari tu, aku ajak Ana keluar makan. Dia memang nampak serabut. Dan dia pengsan."
Daus pandang aku dengan wajah serius. "Pengsan?"
" Aku hantar dia balik lepas bawak dia pergi hospital. Nothing serious. Dan... kawan aku pun cerita hal sebenar."
"Syira?" teka Daus.
Aku angguk. Daus meraup muka. " Aku tak sangka boleh jadi macam ni." Ada nada sesal dalam suara itu.
" Kau tak sangka?" Soalan aku berbaur sarcasm. " Kau tinggalkan seorang perempuan yang sayang kau, dengan perkahwinan yang makin dekat, tak ada khabar berita... If you’re in her shoes, kau rasa kau boleh tanggung semua tu sorang?"
Daus diam. Larikan pandangan dia ke arah lain, tak boleh tengok muka aku. Keluhan berat dilepaskan. " Aku buat ni semua untuk dia."
"Baik kau bagitau aku apa sebenarnya maksud kau tu sebab itu kali kedua aku dengar kau cakap macam tu." balas aku keras.
" Itu private." balas Daus. Laju dan pendek.
Aku pula mendengus. Geram. Kenapalah aku halang Angah tumbuk orang ni?
" Aku memang dah tak boleh patah balik. Aku memang rasa bersalah. Bersalah yang sangat-sangat. Tapi macam mana pun, aku masih tak boleh patah balik," kata Daus sungguh-sungguh. Ada getaran dalam nada suaranya.
" Yang kau datang hari ni?"
" Aku cuma nak datang melawat. Aku akan tinggalkan sini esok."
"Kau tinggal macam tu je? Family Ana? Tak nak minta maaf?"
Daus geleng-geleng. " Diorang takkan maafkan aku. Aku tau."
Tiba-tiba handphone Daus berbunyi. Nada mesej masuk. Dahi berkerut memandang skrin.
" Aku kena pergi," kata Daus sambil memasukkan telefon dalam kocek seluar. " Aku harap kau boleh tengokkan Ana. Aku minta maaf pada kau."
Daus bangun. Aku masih duduk. Kaku. Sekeping not jingga di selit di bawah piring cawan. " Aku tau Ana kuat. Bila dia sedar nanti, aku yakin dia takkan minta korang cari aku." Daus tepuk bahu aku dan melangkah pergi.
Aku kaku. Apa pun aku tak dapat. Tak dapat nak halang dia pergi dari tinggalkan Ana. Tak dapat tahu punca dia buat semua ni. Cuma satu gelas kopi ais je yang aku dapat.
Hampa.
“ Maafkan saya, Ana. Saya tak dapat nak tunaikan janji saya pada Ana,”
Ingatan aku kembali ke masa silam. Aku pejam mata.
“ Sampai di sini saja, Ana.”
Dan bayangan wajah Ana yang menangis berada di hadapan aku.
Ana, saya harap awak kuat.
|
|
|
|
|
|
|
|
tabah dan sukar menjadi seorang Ana , ye?
hahahaha well c'est la vie |
|
|
|
|
|
|
|
tak de update ke |
|
|
|
|
|
|
|
gigih hari2 tggu tt update |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni kalau disambung masa PKP , i teringin nak baca, sayanglah tergantung. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|