CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

Pelabuhan pertama miliki RMG

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penang Port yakin kren RM56 juta tingkat kecekapan kendali kontena \rPELABUHAN Pulau Pinang menjadi pelabuhan pertama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara memiliki kren gantri muatan berlandasan (RMG) yang membabitkan pelaburan RM56 juta untuk meningkatkan  kecekapan pengendalian kontena.\r\n\n\n\n\r    Kini, lapan  kren RMG buatan Taiwan siap dipasang dan dijangka beroperasi kira-kira dua bulan lagi, selepas pentauliahan daripada pihak berkuasa.\r\r\n\n\n\n\n    Ketua Pegawai Operasi Penang Port Sdn Bhd (Penang Port), Obaid Mansor, berkata kren RMG adalah sebahagian daripada peralatan baru bagi membolehkan Pelabuhan Pulau Pinang terus relevan, berkembang dan berdaya saing.\rPemilikan peralatan itu adalah sebahagian daripada proses pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang  membabitkan peruntukan  RM1.2 bilion. Kira-kira 30 peratus daripada peruntukan itu digunakan untuk membeli peralatan.\rKren RMG yang menggunakan kuasa elektrik, membolehkan pengendalian kontena dilakukan lebih mudah, bersih, cepat dan cepat. Wakil beberapa pelabuhan turut meninjau penggunaan peralatan itu.\r“Pemilikan kren RMG adalah kebanggaan kami dan peralatan ini sebahagian daripada rancangan menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan utama di rantau ini dan mampu mengendalikan kontena dua juta TEU pada 2015,” katanya kepada Berita Harian di Pulau Pinang, baru-baru ini.\r\n\n\n\rSelain kren RMG, Pelabuhan Pulau Pinang juga mempunyai tujuh kren gantri, Post Panamax yang berharga RM25 juta setiap satu.\rObaid berkata, Pelabuhan Pulau Pinang  juga mempunyai sistem pengurusan kontena berintegrasi tinggi  dikenali sebagai PELKON, yang bermula dengan PELKON 1 pada 1985, PELKON 2 (1996) dan PELKON 3 (2006).\rSementara itu, Obaid berkata, Pelabuhan Pulau Pinang mengendalikan  1.198 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) kontena pada tahun lalu, peningkatan 8.38 peratus berbanding 1.106 juta pada 2010.\r“Berikutan peningkatan itu, Penang Port menyasarkan pertumbuhan pengendalian kontena  7.4 peratus  tahun ini kepada 1.278 juta TEU,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.647733 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list