CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

PNB setuju ambil alih SP Setia

[Copy link]
Post time 21-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kee Sin kekal Presiden syarikat hartanah, tawaran baru RM3.95 sesaham\rPERMODALAN Nasional Bhd dan Tan Sri Liew Kee Sin bersetuju membuat tawaran bersama, bagi mengambilalih SP Setia Bhd pada harga tawaran baru iaitu RM3.95 bagi setiap saham dan 96 sen bagi setiap waran.\r\n\n\n\n\rHarga tawaran yang disemak semula itu lebih tinggi berbanding harga tawaran yang dikemukakan PNB sebelum ini iaitu RM3.90 seunit bagi saham biasa dan 91 sen seunit bagi waran.\r\r\n\n\n\n\nSP Setia dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia berkata, sebagai pemberi tawaran bersama, Kee Sin yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif pemaju hartanah terkemuka negara itu tidak perlu menerima tawaran yang disemak semula itu. \rBeliau sebaliknya akan terus menjadi pemegang saham secara langsung dalam SP Setia yang berjumlah 158.2 juta saham, yang mewakili lapan peratus kepentingan syarikat itu.\r“Tawaran bersama itu dipersetujui selepas perundingan antara semua pihak bagi menyeimbangkan tanggung jawab Lembaga Pengarah SP Setia untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi pemegang sahamnya dan tanggung jawab PNB bagi memelihara nilai pemegang unitnya.\r“Mengikut tawaran baru itu, PNB, Kee Sin dan SP Setia akan memeterai perjanjian pengurusan yang menyaksikan Kee Sin kekal Presiden Kumpulan dan Ketua Eksekutif pemaju hartanah itu selama tiga tahun.\r\n\n\n\r“Notis pengambilalihan yang disemak semula dengan tawaran baru itu sudah dihantar kepada Lembaga Pengarah SP Setia hari ini (semalam),” kata kenyataan itu.\rMenurut kenyataan itu, sebagai peneraju SP Setia, Kee Sin bertanggungjawab dan mempunyai kuasa eksklusif terhadap pengurusan dan kawalan umum perniagaan kumpulan sementara PNB kekal sebagai pemegang saham terbesar dan tidak akan masuk campur dalam pengurusan syarikat itu.\r“PNB dan Kee Sin yakin tawaran yang disemak semula itu menyediakan landasan kukuh kepada semua pihak untuk bekerjasama dan menyumbang kepakaran, kebolehan dan kekuatan untuk membawa SP Setia ke peringkat yang lebih tinggi,” kata kenyataan itu.\rMengulas perkembangan itu, Kee Sin berkata, beliau menghargai tawaran baru PNB itu yang membenarkannya memberi tumpuan kepada tugas mengembangkan nilai syarikat bagi memanfaatkan semua pemegang saham.\r“Selepas beberapa bulan berbincang, saya gembira kerana kami berjaya mencapai penyelesaian yang saya percaya penyelesaian menang-menang kepada semua pihak, terutama pelanggan, pekerja dan pemegang saham SP Setia.\r“Sebagai Ketua Eksekutif SP Setia, saya berminat bekerjasama dengan PNB pada masa depan. \r“Saya mengucapkan terima kasih kepada PNB terhadap kepercayaan mereka kepada saya dan pasukan pengurusan dan kami akan bekerja keras bagi merealisasikan apa yang saya yakin kumpulan mempunyai prospek yang cerah, terutama dengan sokongan PNB sebagai pemegang saham institusi jangka panjang,” tambahnya.\rSehubungan itu, AmInvestment Bank Bhd kekal Penasihat Bebas dan akan terus  menasihati pengarah dan pemegang saham SP Setia berhubung pengambilalihan itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.703359 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list