View: 171|Reply: 0
|
'Sedia peluang labur lawan arus'
[Copy link]
|
|
Pasaran saham dijangka tak menentu tahun ini patut dimanipulasi secara positif\rKEADAAN pasaran saham yang dijangka meneruskan arah aliran tidak menentu tahun ini, menyediakan peluang kepada pelabur untuk melabur menggunakan strategi contrarion atau melawan arus, kata firma pembrokeran saham tempatan, M&A Securities Sdn Bhd.\r\n\n\n\n\r Ketua Penyelidik dan Ahli Ekonominya, Ahmad Saifuddin Morat, berkata Bursa Malaysia khususnya dan pasaran saham global umumnya dijangka masih kekal tidak menentu tahun ini, menjejaki arah aliran pada suku keempat 2011.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, berdasarkan perbandingan sebelum ini, pasaran saham tempatan biasanya berdepan kesan kenaikan Januari menerusi pelancaran beberapa dana baru serta kemunculan semula pengurus dana ke dalam pasaran selepas cuti yang panjang, sebelum ia selalunya memuncak pada pertengahan tahun.\r“Namun, arah aliran seperti itu belum lagi dapat dilihat ketika ini, kebanyakannya disebabkan krisis hutang zon euro yang masih membelenggu pasaran.\r“Dalam situasi tidak menentu, pelabur biasanya akan mengambil langkah menjual saham masing-masing dalam tempoh puncak yang dijangka berlaku pada Mei, tetapi kami mengesyorkan mereka supaya terus kekal dalam pasaran,” katanya pada taklimat tinjauan pasaran 2012 bertajuk ‘Selamat Datang Carlos Tevez: Keadaan Tidak Menentu’ di Kuala Lumpur, semalam.\rAhmad Saifuddin berkata, penurunan indeks FBM KLCI pada suku keempat lalu, yang masih berlanjutan sehingga kini adalah disebabkan pelabur mengambil kira faktor krisis hutang zon euro dan Amerika Syarikat (AS).\r\n\n\n\r“Kami percaya pelabur akan kembali ke dalam pasaran selepas penyelesaian krisis hutang itu menjadi lebih jelas tahun ini. Justeru, sasaran akhir tahun FBM KLCI kami adalah 1,560 mata atau kenaikan 3.3 peratus daripada akhir tahun lalu dengan kemuncak di antara Jun hingga Ogos pada 1,600 mata,” katanya.\rDari segi tinjauan pendapatan korporat, beliau berkata, ia dianggarkan berkembang 11.6 peratus tahun ini disokong oleh beberapa sektor berdaya maju seperti perladangan serta minyak dan gas.\r“Tahun lalu, pendapatan korporat melepasi anggaran awal yang memberi petunjuk sama ada penganalisis pasaran mengambil pendekatan pesimis atau ekonomi kita sebenarnya bukanlah seburuk yang disangka,” katanya.\rAhmad Saifuddin berkata, bagi 2012, terdapat beberapa isu yang mungkin boleh menjejaskan pasaran saham global seperti yang berlaku pada suku terakhir tahun lalu.\rJelasnya, selain masalah kredit kerajaan negara zon euro dan AS, isu lain yang perlu dihadapi pelabur termasuklah potensi keruntuhan institusi kewangan menerusi pendedahan kepada hutang kerajaan kedua-dua rantau berkenaan, gangguan bekalan komoditi serta pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.\r“Bagaimanapun, dalam keadaan sedemikian kami menjangkakan ekonomi Malaysia terus mapan tahun ini untuk berkembang antara 5.5 peratus dan 5.7 peratus, yang kebanyakannya disokong oleh pertumbuhan domestik,” katanya.\rKebanyakan firma penyelidikan global mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang antara tiga peratus dan lima peratus tahun ini.\rBank Dunia dalam laporannya bulan lalu, menjangka ekonomi Malaysia akan perlahan pada suku keempat dan pada awal suku pertama 2012, kebanyakannya disebabkan penurunan dalam tinjauan permintaan luar.\rIa mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 4.9 peratus tahun ini.\rDana Kewangan Antarabangsa (IMF) menerusi laporan terakhirnya pula mengunjurkan ekonomi negara akan berkembang 5.2 peratus bagi 2011 dan 5.1 peratus tahun ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|