CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Gagal bolos 190kg otak lembu

[Copy link]
Post time 15-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
3 warga Sudan ditahan pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa KaherahKAHERAH: Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah merampas 190 kilogram otak lembu beku kelmarin daripada tiga pelancong Sudan yang merancang menjualnya kepada restoran di Mesir, kata pihak berkuasa.\rPegawai memberitahu, ia adalah kali keempat minggu ini pegawai kastam gagalkan cubaan menyeludup otak lembu ke negara itu.\r\n\n\n\n\rSekali gus, ia menunjukkan adanya cubaan untuk mengeksploitasi skim mendapatkan wang dengan cara mudah berdasarkan prinsip bekalan dan permintaan antarabangsa.\rSelain itu, kejadian berkenaan mengesahkan bahawa otak lembu murah di Sudan dan rakyat Mesir suka memakan organ itu.\r\n\n\n\n\n\rNilai satu pound (0.453 gram) otak lembu mentah yang dibeli di Sudan pada harga tidak sampai satu dolar (RM3.1)  boleh dijual di Mesir pada harga enam kali ganda lebih tinggi, kata pegawai.\rIa bermakna rampasan kelmarin itu membolehkan tiga lelaki berkenaan mendapat keuntungan lebih AS$1,500 (RM4,699).\rRestoran yang menghidangkan hati dan otak haiwan popular di Mesir. Ia selalunya digoreng dan dimakan dengan roti pita dan sos merah pedas.\rPegawai lapangan terbang menemui otak itu kelmarin ketika memeriksa kotak pembeku besar yang dibawa masuk oleh pelancong berkenaan dalam penerbangan dari Khartoum.\rSelepas memeriksa kotak itu, pegawai merampas otak kerana tidak dapat memastikan ia diawet dengan bersih. Otak itu akan dibakar, kata pegawai yang enggan dikenali.\rOtak lembu turut popular dalam masakan di Perancis, Itali, El Salvador, Mexico, Portugal, Indonesia dan Amerika, dikenali sebagai ‘sesos’ dalam bahasa Sepanyol serta dimakan dalam hidangan ‘tacos’ dan ‘quesadillas’.\rApapun, amalan memakan otak lembu ketika ini amat berkurangan kerana kebimbangan jangkitan ‘Bovine spongiform encephalopathy’ atau turut dipanggil penyakit lembu gila (BSE). Penyakit itu, biasanya disebabkan orang ramai memakan organ haiwan yang ada penyakit. – AP/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.035875 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list