CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

AS suka buat orang Islam marah

[Copy link]
Post time 15-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Video askar kencing pejuang Taliban insiden terbaru hina MuslimDUBAI: Video terbaru memaparkan tentera Amerika Syarikat kencing ke atas mayat pejuang Taliban menebalkan lagi tanggapan di kalangan masyarakat Arab bahawa tindakan askar penceroboh itu melancarkan perang di Iraq dan Afghanistan bukan hanya bertujuan memberi mesej memerangi orang Islam tetapi juga menghina serta memalukan mereka.“Perbuatan kencing itu lebih baik daripada apa yang mereka lakukan terhadap kami di penjara. Askar Amerika menyerang, memukul dan mendera saya secara psikologi,” kata Abu Mostafa, 85, yang berada di penjara Abu Ghraib, Iraq selama enam bulan pada 2005. \n\n\n\n  “Membunuh seseorang di medan perang adalah satu perkara tetapi merendahkan nilai kemanusiaan seperti ini adalah lebih teruk lagi,” kata Presiden Pusat Pengajian  Kristian Amman, Paderi Kanan Qais Sadiq.\n\n\n\n\n  Video dalam YouTube dan laman web lain, menunjukkan empat lelaki memakai pakaian seragam tentera laut Amerika membuang air kecil ke atas tiga mayat dan seorang daripada mereka berkata dan kemudian ketawa: “Harap hari anda bagus”.Imej itu menguatkan wasangka dalam dunia Islam bahawa kempen ketenteraan Afghanistan mulai 2001 dan Iraq mulai 2003, bukanlah untuk membawa keamanan dan demokrasi.“Banyak lagi jenayah buruk yang akan berlaku di negara yang dimasuki tentera Amerika dan tiada siapa boleh menghalang mereka,” kata petani Iraq, Raheem al -Zaidi, 37, yang turut ditahan di Abu Ghraib, tempat askar Amerika dirakam mendera tahanan tempatan. Tidak hairanlah, pemimpin politik dan tentera Amerika mengutuk tindakan dalam video itu dan berjanji untuk menyiasat. \n\n\n“Saya sudah lihat rakaman itu dan peri laku mereka benar-benar dikesali. Mereka akan dihukum dengan sewajarnya,” kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta. Pada masa sama, pendedahan video itu dijangka mengukuhkan pandangan bahawa Presiden Barack Obama yang berjanji untuk memperbaiki hubungan dengan dunia Islam, lebih kurang sama saja dengan pemimpin sebelum ini,  George W Bush.      Pemimpin kumpulan pembangkang utama di Jordan iaitu Barisan Tindakan Islam Jordan, Zaki Bani Rushaid, berkata: “Obama sudah beri isyarat positif pada dunia Islam tetapi kenyataannya, seperti di Guantanamo, pentadbiran beliau tidak mengotakan janji dan gagal menang hati dan minda kami.“Kesilapan yang dilakukan pentadbiran Amerika sebelum ini membuatkan orang Islam tidak lagi memberi sokongan, berulang.” Sadiq juga berkata, walaupun Obama menjanjikan keterbukaan terhadap dunia Islam tetapi sikap Islamofobia dan amalan menuduh pihak lain sebagai pengganas semakin berkembang.Seorang pengguna forum laman web Islam, Muaz, berkata: “Inilah moral akhlak buruk tentera Amerika. Mereka adalah anggota perang salib yang dibenci. Kumpulan mati syahid kami lebih mulia.”Bagi aktivis di Yaman, Abdullah al-Haj, di mana penunjuk perasaan demokrasi menyalahkan Washington kerana melindungi Presiden Ali  Abdullah Saleh, insiden itu menambahkan lagi kebencian terhadap Amerika. “Apa yang dilakukan tentera Amerika tidak mengejutkan. Mereka sudah lakukan lebih teruk lagi di Iraq. “Setiap hari mereka membuktikan apa yang kita dengar mengenai nilai tamadun hanya penipuan,” katanya. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042210 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list