CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Pengeluaran candu melonjak di Afghanistan

[Copy link]
Post time 14-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
VIENNA: Pengeluaran candu dan harga hasil tanaman haram melambung 133 peratus di Afghanistan tahun lalu, menurut laporan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.   \rPejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah menyatakan, pendapatan petani daripada tanaman candu di Afghanistan pada 2011 mencecah AS$1.4 bilion (RM4.38 bilion), mewakili sembilan peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). \r\n\n\n\n\r  “Oleh itu, candu menjadi sebahagian penting ekonomi Afghanistan yang menjadi sumber besar membiayai pemberontakan dan meningkatkan rasuah,” kata pengarah eksekutif pejabat PBB itu,  Yury Fedotov, dalam satu kenyataan. \r\r\n\n\n\n\n  Afghanistan menanam kira-kira 90 peratus candu dunia. \rPBB berkata, penanaman pokok popi meliputi lebih daripada 131,000 hektar pada 2011, hingga tujuh peratus dari tahun sebelum ini.\rSecara keseluruhan, tanaman candu meningkat sehingga 61 peratus daripada 3,600 tan metrik pada 2010 ke 5,800 tan metrik pada 2011.\rNilai tuaian candu meningkat kepada 133 peratus pada 2010 apabila penyakit tanaman memusnahkan kebanyakan tanaman Afghan. Harga tinggi candu bermakna penanaman popi masih menjadi pilihan   petani Afghan. \r\n\n\n\rMenambahkan lagi masalah ialah kejatuhan harga gandum. Tahun lalu, candu menghasilkan 11 kali lebih pendapatan kepada petani Afghanistan berbanding gandum.\r“Komitmen  kukuh daripada rakan kongsi nasional dan antarabangsa amat diperlukan bagi mengurangkannya,” kata Fedetov.\rSebahagian besar candu dari Afghanistan diseludup menerusi Iran dan Pakistan.\rRussia yang mempunyai dua juta penagih dadah dan heroin turut menjadi laluan utama narkotik ke rantau Eropah.\rMoscow sering menggesa tentera Amerika Syarikat mengambil langkah lebih tegas terhadap makmal dadah di Afghanistan.\rSelain itu, Russia juga melatih beratus-ratus ejen anti narkotik Afghanistan bagi menangani masalah penyeludupan itu.\r“Kegiatan membanteras penyeludupan dadah bukan hanya ditangani unit khas  tetapi menjadi tanggungjawab  mereka yang gusar dengan keselamatan, kestabilan, pemerintahan dan pembangunan Afghanistan,” kata Fedotov lagi. – AFP/AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.042050 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list