CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Zardari tenang, Gilani bimbang

[Copy link]
Post time 14-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari tidak bimbang mengenai masa depan politiknya sekalipun menghadapi persoalan baru sekembalinya daripada lawatan ke Dubai semalam, sama ada beliau dipaksa melepaskan jawatan, kata jurucakapnya.\rLaporan lain pula mengatakan, Perdana Menteri, Yousuf Reza Gilani menelefon Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Pakistan, Adam Thomson bagi menyatakan kebimbangannya bahawa tentera akan melakukan rampasan kuasa serta meminta sokongan London kepada pentadbirannya.\r\n\n\n\n\r   Zardari menghadapi tekanan semakin kuat daripada pihak tentera selain Mahkamah Agung untuk menamatkan pemerintahan kerajaan pimpinannya sebelum penggal berakhir pada 2013.\r\r\n\n\n\n\n  Di tengah-tengah krisis, Zardari menaiki pesawat ke Dubai pada Khamis lalu selama sehari untuk lawatan peribadi menghadiri perkahwinan, kata jurucakapnya lagi.\rBulan lalu, pemimpin itu ke Dubai untuk menjalani rawatan perubatan yang mencetuskan khabar angin yang beliau di ambang mahu melepaskan jawatannya. Pemergiannya  ke Dubai di tengah-tengah krisis meningkatkan persoalan walaupun pada masa ini spekulasi lebih sederhana. \rBeliau pulang awal semalam, kata jurucakap Farhatullah Babar. Sama ada Zardari bimbang dengan masa depan politiknya, Babar berkata, “Tentunya tidak. Mengapa beliau perlu gusar? Beliau selesa dan berada dalam keadaan baik  sepanjang masa.”\rParlimen Pakistan bersidang semalam untuk mengundi usul menyuarakan sokongan kepada kerajaan.   \r\n\n\n\rTentera yang sudah empat kali merampas kuasa dalam sejarah Pakistan dan masih dipercayai sebagai penjaga sebenar kepentingan negara itu, tidak pernah menyukai Zardari. \rKemudian ketegangan meningkat selepas  satu skandal tercetus akhir tahun lalu, membabitkan sekeping nota tanpa tandatangan dihantar ke Washington meminta bantuan menghalang rampasan kuasa tentera berikutan serbuan komando Amerika yang membunuh Osama bin Laden, menyebabkan tentera dan kerajaan bertelingkah. \rSuruhanjaya Mahkamah Agung masih menyiasat hal itu yang secara teori boleh menjatuhkan Zardari. \rMahkamah turut mengarahkan kerajaan membuka penyiasatan rasuah Zardari sejak bertahun dulu. Kerajaan enggan. Awal minggu ini, mahkamah berkata pihaknya akan memecat  Zardari dan Gilani berikutan kes itu. Sesi penghakiman oleh hakim diadakan Isnin depan.\rPerkembangan dalaman Pakistan ini menyusuli berita mengatakan bekas pemimpin Pervez Musharraf bakal pulang lewat bulan ini.\rSejarah Pakistan menunjukkan tentera berjaya merampas kuasa dan campur tangan proses demokrasi oleh mahkamah dan tentera adalah sebab utama masalah negara ketika ini.\rNegara senjata nuklear berdepan dengan masalah utama antaranya berdepan dengan kejatuhan ekonomi, ancaman  al-Qaeda dan pemberontakan Taliban. – AP/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.338221 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list