|
Salahkan penjadualan semula perlawanan punca City merosot\rWEST BROMWICH: Roberto Mancini menyalahkan jadual perlawanan membabitkan Manchester City sempena Krismas selepas menyaksikan pasukannya terpaksa berkongsi kedudukan selaku pendahulu liga.\r\n\n\n\n\r City sekadar seri tanpa jaringan di West Bromwich Albion yang menyaksikan mereka kini hanya dipisahkan dengan kelebihan jaringan di puncak liga dengan pencabar setempat Manchester United yang membelasah Wigan 5-0.\r\r\n\n\n\n\n City yang akan berdepan Sunderland pada Tahun Baru kemungkinan hilang status pendahulu dan tergelincir di kedudukan tempat kedua dengan United dijadualkan terlebih dulu akan menentang Blackburn.\rBagaimanapun, ia bukan fakta yang menyebabkan Mancini berang, sebaliknya pengurus kelahiran Itali itu marah dengan penjadualan semula perlawanan pasukannya sempena Krismas bagi memenuhi siaran televisyen.\r“Saya kecewa dan tidak berpuas hati dengan situasi ini,” kata Mancini. “Kami hanya memiliki dua hari manakala setiap orang memiliki sekurang-kurangnya tiga hari, ia tidak betul.\r“Saya tidak tahu mengapa berlaku perkara ini - saya tahu, ia untuk televisyen. Bermain dua kali dalam tempoh 48 jam pasti ada perbezaan dan kami terpaksa lalui.\r\n\n\n\r“Buat masa ini ia bukan mudah. Saya fikir United akan menang dalam perlawanan akan datang. Ia bertambah sukar buat kami yang akan berkunjung ke Sunderland dan kemudian beraksi dalam tempoh 48 jam.” - AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|