View: 206|Reply: 0
|
Van Persie bakal lakar sejarah
[Copy link]
|
|
BIRMINGHAM: Arsene Wenger mengakui Robin Van Persie memberi nafas baru kepada Arsenal tatkala kaptennya itu kini memburu rekod baru dalam saingan Liga Perdana Inggeris.\rPengurus veteran itu berkata demikian selepas menyaksikan satu gol sumbangan Van Persie memastikan Arsenal mencatat kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa, awal pagi semalam.\r\n\n\n\n\r Van Persie kini mengumpul 34 gol sepanjang 2011, menyamai rekod kelab selama tujuh tahun Thierry Henry, tetapi masih kurang dua gol untuk menyamai rekod liga yang dipegang bekas penyerang Newcastle, Alan Shearer.\r\r\n\n\n\n\n Justeru Wenger menegaskan bahawa dia tidak bersedia untuk merehatkan Van Persie pada dua aksi terakhir 2011 iaitu bertemu Wolves, Isnin ini dan QPR pada 31 Disember.\r“Dia kini hanya memerlukan tiga gol untuk mencipta rekod baru. Jadi saya akan pastikan dia dapat rehat secukupnya sebelum kami bersiap untuk berdepan Wolves. Kami mengharungi dua aksi tempat lawan yang sukar dan kemenangan ini cukup menggembirakan,” kata Wenger.\rSatu lagi gol adalah menerusi Yossi Benayoun selepas pemain tuan rumah, Marc Albrighton menyamakan kedudukan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|