|
Chong Wei mahu \'berguru\' semula demi kejar emas Sukan Olimpik\rIBARAT pepatah ‘aur dengan tebing’, jelas sekali ikatan di antara Lee Chong Wei dan mentornya, Datuk Misbun Sidek masih kuat.\r\n\n\n\n\rSemalam, pemain badminton nombor satu dunia itu akur betapa dia masih menagih sentuhan bekas jurulatihnya ketika digamit ujian amat getir mengejar pingat emas di Sukan Olimpik 2012 yang berbaki kira-kira lapan bulan lagi. Ringkasnya, dia tampak tidak kisah untuk kembali ‘berguru’ dengan Misbun.\r\r\n\n\n\n\n“Sekarang tinggal kira-kira lapan bulan saja lagi (Olimpik) dan saya mahu meningkatkan skil dan mengekalkan tahap kecergasan diri. Selain itu apa yang penting ialah memastikan tidak berlaku kecederaan terhadap diri saya.\r“Saya tidak kisah siapa saja boleh memberi pandangan dan melatih saya dalam tempoh ini. Semua orang boleh bekerjasama dalam membantu meningkatkan prestasi dan corak permainan saya,” katanya dalam sidang media selepas menjadi Duta Rasmi kepada jenama Cafe 99 Ipoh White Coffee di Shah Alam, semalam.\rChong Wei mengutarakan dia tidak boleh membuat apa-apa keputusan jika dia mahukan bimbingan Misbun kerana terikat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan akur harus ikut sahaja.\rArtikel lain:\rChen Long bukan pencabar utama saya: Chong Wei
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|