|
BIARPUN sekadar seri 1-1 berdepan Pahang pada separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2011 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, namun keputusan itu jelas menggembirakan skuad Perlis untuk mengharungi perlawanan timbal balik di Kangar pada 27 Disember ini.\rMalah, keputusan itu meningkatkan keyakinan skuad kendalian bekas tonggak pertahanan Singa Utara, Suhairi Abd Karim itu untuk mencatat kemenangan pada perlawanan ulangan itu nanti sekali gus merebut tiket ke pentas final pada 31 Disember ini.\r\n\n\n\n\r Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Melayu (PBSM) Negeri Perlis, Ku Besry Ku Aziz berkata, selain itu keputusan berkenaan sudah pasti memberi kelebihan kepada skuad bekas juara 2009 itu apabila turun beraksi di gelanggang sendiri pada 27 Disember ini.\r\r\n\n\n\n\n “Biarpun perlawanan separuh akhir pertama itu berlangsung di gelanggang lawan, namun pengurusan dan persatuan tetap yakin dengan keupayaan pasukan mempamerkan persembahan baik dan mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri.\rPemenang perlawanan antara Perlis dan Pahang itu nanti bakal berdepan sama ada Kedah atau Melaka yang bertarung dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|