CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2595|Reply: 14

Wanita dan Neraka

[Copy link]
Post time 16-12-2011 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”  (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


nampaknya penduduk neraka ramai di kalangan wanita...apa pandangan wanita2 sekalian?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 05:25 PM | Show all posts
sama2 lah kita sebagai isteri...berusaha perbaiki kelemahan diri....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 03:05 PM | Show all posts
mcm tu gak sy kne buat2 preparation
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:21 PM | Show all posts
menunggu kedatangan puak2 ketuanan wanita .....Viva Feminism...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:41 PM | Show all posts
semoga wanita2 kat sini tidak termasuk dalam golongan wanita2 ini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 10:36 PM | Show all posts
takutnya
pasni aku kna kerja keras untuk masuk syurga
ayuhhhh tingkatkan usaha anda!~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2011 01:12 AM | Show all posts
ermm saya takut untuk menghadapi semua ni tapi ini la hakikatnye..

saya pun nak berubah sedikit demi sedikit,rugi rasanye hidup kalau hanya untuk duniawi sahaja,walhal akhirat adelah kekal abadi..

sekian,yang menginsafi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 10:48 AM | Show all posts
s.i.c

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2011 04:55 PM | Show all posts
TQ for sharing...

semoga wanita2 semua berubah menjadi org yang lebih baik dari hari ke hari
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 07:42 PM | Show all posts
insap ai membaca thread ni uolls..

tapi kan ai ada musykil la pasal "kepala mereka seperti seakan-akan bonggol unta".
kawan ai kata ni anak tudung yang ada sanggul palsu kat belakang tu kan macam bonggol unta. so haram pakai. ye ke uolls? sebab ai ade beli satu. sebab rambut ai baru potong. so nampak cantik gitu kalu pakai tudung ada macam sanggul kat belakang dengan adanya anak tudung macam ni.

Betul ke haram? Sila la bagi nasihat kat ai yang sedikit jahil ini..

-sukati je tempek soalan kat thread orang. mintak mahap tuan rumah. ai menumpang rumah uolls-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 08:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by meowlin at 18-12-2011 02:16

yelah insaf gak.. iman kita ni turun naik.. so bagusla saling mengingatkan.. bila umur semakin melanjut ni lagila kita sepatutnya pertingkatkan iman..

ekceli aku dpt suami yg sangat2 baik, penyayang dan romantik.. alhamdullilah sgt2.. sepanjang 14 thun kawen tak pernah dia meninggikan sora dia pada aku.. ckp pun berlembut aje.. selalu gak wat kelakor.. cuma aku aje yg byk nagging & selalu tak puas hati.. bila aku teringat aku cepat2 minta ampun dan maaf..

pasal pemakaian plak.. aku memang dah agak lama menutup aurat.. cuma masih berkecenderungan dlm berfesyen.. tp bila umur makin meningkat ni aku semakin seboleh mungkin utk tidak terlalu pakai yg ketat2.. begitu gak suka ngan selendang.. seboleh mungkin nak tutup dada..

isk sebenarnya aku penah dengar ceramah agama.. sebenarnya wanita ni paling senang nak msk syurga.. wat amal yg wajib.. pelihara diri dari kemaksiatan, taat pada suami pun dah boleh msk syurga.. (taat yg bertempatla yg tidak berpaling dari Allah & agama)

sama2lah kita kaum wanita mengejar utk sama2 ke syurga.. Insyaallah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by prettyuglybabe at 19-12-2011 11:33

wanita senang masuk neraka begitu juga lelaki, senang ditarik ke neraka oleh saudara perempuan (ibu/kakak/adik), isteri dan anak perempuan. sebab lelaki adalah pemimpin. jadi pemimpin bukan la mudah. satu contoh, kalau saudara perempuan, isteri dan anak-anak tidak menutup aurat dengan sempurna, pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak sebab tidak mendidik wanita mereka dengan sempurna.

jadi, lelaki jangan ambil mudah. selangkah wanita anda ke neraka, anda juga menempah tapak ke tempat yang sama. oleh itu, cari dan dalami ilmu Allah, dan kemudian didiklah wanita-wanita anda supaya sama-sama melangkah ke syurga.

dan kepada wanita, jika sayangkan bapa, saudara/anak lelaki dan suami, berusahalah menjadi solehah. kerana setiap perbuatan kita, turut dinisab kepada lelaki-lelaki kita.


: kalau ada salah dan silap, usahlah dimaki. sebaik-baiknya tegurlah dengan berhemah :

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:43 AM | Show all posts
Patutla ramai jer pomp2 yg nak jadik laki....

igtkan sesaje..rupa2nya diorg  [aham maksud hadith nie... hahah...

tak heran la...ada istilah tomboy... (salah satu cara nak masuk syurga melalui kuota LELAKi gamaknya..)

- Apapun, yg gegirl tu... tak susah pun hangpa nak masuk syurga... Jaminan Allah pada mereka yg bertakwa---? pastinya syurga...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 12:43 PM | Show all posts
tahniah Ifan...at least ada gak thread yang berguna selain thread suka menghina andartu...

memang diakhir zaman, wanita lebih banyak dari lelaki, dan atas dasar itu jugak, lelaki diberi keistimewaan berkahwin 4, satu kepten kemudi 4 kapal. kalau kepten yang bijak sudah tentu kapal akan belayar menuju destinasi, bagaimana pulak kalo kepten yang gelong, sudah tentu kepten dan keempat empat kapalnya akan tengelam sama sekali dan lebih parah semua isi kapalnya tidak dapat diselamatkan. apa yang berlaku sebenarnya...adakah kapal dan anak kapal yang patut disalahkan atau kepten kapal yang gagal berkomunikasi serta mengunakan anugerah kecerdikan dan kelebihan yang ada padanya untuk mewujudkan satu persekitaran yang sihat dan aman bagi keseluruhan sepertimana yang dipertnggungjawabkan oleh Allah kepadanya?
jadi satu lelaki...yang gagal membawa bersamanya beberapa wanita:
1: isteri-isterinya
2.anak-anaknya
3.kemungkinan besar saudara-saudara wanita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 07:07 PM | Show all posts
Semoga kita termasuk dalam golongan ahli syurga..amin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.079930 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list