CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

Harga hartanah dijangka susut

[Copy link]
Post time 16-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Krisis hutang Eopah pengaruh pasaran\rPASARAN hartanah tempatan dijangka kembali sederhana tahun depan dengan harganya dijangka susut sedikit susulan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ekoran krisis hutang zon Eropah dan pertumbuhan ekonomi AS yang lemah.       \r\n\n\n\n\r    Presiden Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta Pusaka dan Perunding Harta dalam Sektor Swasta (PEPS) yang baru menamatkan tempoh jawatannya, James Wong, berkata pembetulan harga akan dapat dilihat dalam sektor pejabat, kondominium mewah dan pangsapuri servis di pusat bandar Kuala Lumpur.    \r \r\n\n\n\n\n  “Harga bagi harta tanah sektor industri dan peruncitan, bagaimanapun, masih stabil,” katanya pada satu taklimat media mengenai Sidang Kemuncak Harta Malaysia kelima 2012 yang akan diadakan pada 17 Januari tahun depan di Pusat Konvensyen Sime Darby.\rBeliau berkata, pembeli berpotensi juga berkurangan kerana bank mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam pemberian pinjaman.  \rWong berkata, kawasan pertumbuhan baru pembangunan harta terletak dalam kawasan sambungan landasan LRT dan laluan MRT Sungai-Buloh dan Kajang. \rKatanya, kawasan lain    adalah di bandar kecil seperti Setiawan, Bentong, Segamat, Kota Kinabalu, Batu Pahat dan Sandakan yang penduduknya mempunyai kuasa membeli disebabkan harga komoditi yang melambung seperti harga getah dan minyak sawit mentah. \r\n\n\n\r“Jualan harta dan harga di kawasan-kawasan ini semakin meningkat,” katanya. \rJuru Ukur Bertauliah, Penilai Pengurus Harta Berdaftar dan Ejen Harta Pusaka, Datuk Mani Usilappan, berkata kewujudan sistem pengangkutan yang baik akan mempengaruhi harga hartanah.\r“Pasaran harta tahun ini baik, dengan unjuran ia mencecah 400,000 transaksi bernilai RM120 bilion tahun ini,” katanya. \rJawatankuasa Eksekutif dan Ahli PEPS, Foo Gee Jen pula berkata, kos tanah, kos tenaga buruh dan kos bahan yang semakin meningkat akan terus memberi tekanan kepada harga hartanah. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.901582 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list