View: 197|Reply: 0
|
SapuraCrest, Kencana gabung
[Copy link]
|
|
Syarikat khidmat lapangan minyak miliki modal pasaran cecah RM10b\rPENGGABUNGAN SapuraCrest Petroleum dan Kencana Petroleum Bhd bagi membentuk syarikat perkhidmatan lapangan minyak kelima terbesar dunia yang dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Bhd dengan anggaran modal pasaran mencecah RM10 bilion, sudah memasuki peringkat akhir dan dijangka disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang akhir Februari depan.\r\n\n\n\n\r Langkah penggabungan yang bernilai RM11.85 bilion itu, sudah mendapat mandat daripada pemegang saham kedua-dua syarikat itu iaitu dengan sokongan 99.5 peratus pemegang saham SapuraCrest pada mesyuarat agung luar biasanya (EGM) kelmarin dan 99.8 pemegang saham Kencana pada EGM syarikat itu semalam.\r\r\n\n\n\n\n Apabila disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia kelak, Sapura Kencana akan memiliki gabungan tempahan kontrak mencecah RM13 bilion.\rSyarikat gabungan itu kelak akan diketuai Datuk Mokhzani Mahathir sebagai Timbalan-Pengerusi Eksekutif; Datuk Seri Shahril Shamsuddin sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, manakala Datuk Hamzah Bakar sebagai Pengerusi.\rMokhzani yang kini ialah Ketua Eksekutif Kumpulan Kencana berkata, pihaknya sangat teruja untuk memulakan episod baru entiti bergabung itu untuk terus berkembang kukuh dalam industri minyak dan gas tempatan serta global.\rBeliau berkata, apabila kedua-dua syarikat selesai proses penggabungan awal tahun depan, pihaknya mengunjurkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) pendapatan adalah antara 15 peratus hingga 20 peratus.\r\n\n\n\r“Tumpuan kami kini adalah mewujudkan sinergi sebagai syarikat yang digabungkan bagi memastikan kami mempunyai kebolehan yang betul untuk memperoleh projek besar dan kompleks di luar sana. \r“Gabungan kebolehan kedua-dua entiti menjadikan kami penyedia perkhidmatan lapangan minyak bersepadu,” katanya selepas EGM Kencana di Kuala Lumpur semalam.\rMokhzani berkata, entiti digabungkan itu akan mempunyai 9,000 tenaga kerja dengan pelbagai kepakaran di lebih 20 negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Australia dan Brazil.\rBeliau melihat proses penggabungan itu tidak akan mewujudkan kejutan budaya kepada tenaga kerjanya secara ketara kerana kedua-dua pihak mempunyai kepakaran yang berbeza.\rJelasnya, menerusi penggabungan kedua-dua entiti itu, hanya dua unit perniagaan bakal menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama manakala selebihnya beroperasi seperti biasa.\rMelangkah ke depan, Mokhzani berkata, entiti yang digabungkan itu akan terus menumpukan usaha mengukuhkan kehadiran mereka di Australia, Amerika Latin dan Asia Tengah.\rBeliau berkata, pihaknya juga akan meninjau peluang memperluaskan kehadiran pada peringkat global dengan meneroka pasaran Amerika Utara dan Asia Tengah.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|