View: 239|Reply: 0
|
DRB-HICOM rancang resort ultra mewah
[Copy link]
|
|
DRB-HICOM Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Rebak Island Marina Bhd berhasrat membangunkan projek hartanah berkonsepkan kediaman percutian mewah bagi pasaran tempatan dan antarabangsa di Pulau Rebak, Langkawi.\rKedudukan Pulau Rebak yang sangat strategik serta potensi Langkawi yang bakal diberi nafas baru oleh kerajaan untuk meletakkan nama pulau peranginan itu sebaris dengan pulau terkemuka dunia menjadi pemangkin kepada aspirasi kumpulan DRB-HICOM itu. \r\n\n\n\n\r Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil (kanan), berkata ketiadaan konsep pembangunan hartanah kontemporari ultra mewah yang bertaraf dunia di sebuah pulau peranginan di Malaysia memberi peluang kepada DRB-HICOM untuk meneroka potensinya.\r\r\n\n\n\n\n Malah, pelan pembangunan Pulau Rebak sudah mula dibincangkan di peringkat kumpulan sejak 2009 lagi dan maklum balas yang diterima dari perunding pembangunan antarabangsa serta pemilik hartanah kediaman dan peranginan kelas dunia adalah amat menggalakkan. \rBeliau berkata, ia adalah petanda yang baik kerana Langkawi sememangnya mempunyai keistimewaan dan keindahan semula jadi yang tersendiri yang masih belum diketengahkan secara menyeluruh di peringkat antarabangsa. \r“Sudah tiba masa untuk Malaysia mempunyai sebuah pembangunan kediaman percutian mewah yang mampu menarik golongan elit dan ternama dari serata dunia untuk memilih Pulau Rebak sebagai destinasi utama mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.\rKatanya, DRB-HICOM berhasrat menjadikan Pulau Rebak sebaris dengan pembangunan kediaman mewah di pulau terkemuka dunia antaranya seperti The Residences at W Bali; Six Senses Private Residences di Vietnam; The Yamu di Phuket; W Residence di Koh Samui, St Regis Saadiyat Island Resort di Abu Dhabi serta Song Saa Private Island di Kemboja. \r\n\n\n\rMohd Khamil berkata, pelancaran Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah inisiatif yang disambut baik kerana ia adalah kesinambungan daripada apa yang terkandung dalam pelan tindakan asal pembangunan Langkawi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|