View: 244|Reply: 0
|
Pakatan strategik Felda Global, Bunge
[Copy link]
|
|
Kerjasama jadikan Kanada hab pengeluaran, perniagaan minyak canola, soya pasaran AmerikaKUMPULAN Felda Global (Felda Global) mengorak selangkah lagi untuk mengembangkan perniagaan dalam aktiviti hiliran industri minyak dan makanan antarabangsa apabila membentuk pakatan strategik dengan Bunge Ltd (Bunge), antara firma pengeluar produk pertanian terbesar di Benua Amerika. \rUntuk tujuan itu, Felda Global menerusi anak syarikat milik penuhnya, Twin Rivers Technology Group (TRT) dan Bunge North America (BNA), anak syarikat Bunge, memeterai memorandum persefahaman (MoU) kelmarin.\r\n\n\n\n\r Bunge dalam pengumumannya kepada Bursa Saham Nasdaq, berkata langkah itu akan membolehkan TRT dan BNA bekerjasama untuk menjadikan Kanada sebagai hab pengeluaran dan perniagaan minyak canola dan soya untuk dipasarkan di benua Amerika.\r\r\n\n\n\n\n Firma yang berpangkalan di New York itu menjelaskan, menerusi pakatan itu juga, TRT dan BNA akan membentuk sebuah unit komersial khas yang akan bertanggungjawab menguruskan perniagaan seperti pemerolehan stok minyak bijirin untuk diproses, penjualan dan pemasaran produk akhir serta berkongsi risiko perniagaan.\r“Unit komersial khas itu pula akan dianggotai gabungan pegawai komersial TRT dan BNA dan akan berpangkalan di Oakville, Ontario, Kanada,” katanya tanpa mendedahkan butiran kewangan terperinci dalam urus niaganya dengan TRT itu.\rBagi menjayakan pakatan itu, Bunge berkata, TRT dan BNA turut akan menggabungkan kepakaran teknologi pemprosesan minyak canola dan soya menerusi tiga buah loji milik kedua-dua syarikat itu di Becancour, Quebec, Kanada.\rTRT memiliki sebuah loji memerah dan menapis minyak berkenaan di Becancour, sementara itu BNA pula memiliki dua loji, iaitu Hamilton dan Ontario yang juga terletak dalam daerah yang sama.\r\n\n\n\rMengulas mengenainya, Pengurus Perniagaan Bunge di Kanada, Rick Watson, berkata pihaknya melihat usaha sama itu berupaya mewujudkan sebuah organisasi yang lebih berkesan yang dapat memenuhi permintaan minyak canola dan soya yang semakin meningkat di pasaran domestik dan antarabangsa.\rKatanya, pakatan itu turut akan membantu mempermudahkan aspek pemasaran eksport, selain mampu menyediakan kecekapan dari segi penjimatan kos di kedua-dua pihak.\rPenganalisis industri ketika dihubungi berpendapat, TRT yang kini menjadi antara syarikat oleokimia utama di Amerika Syarikat (AS) setelah menguasai sebahagian besar pasaran asid lemak di Amerika Utara, berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih keuntungan lumayan, hasil pakatan perniagaan yang akan bertumpu dalam aktiviti hiliran itu. \r“Kebiasaannya, perkembangan korporat seperti ini sudah tentu akan mengukuhkan lagi harga dan nilai pasaran sesebuah syarikat yang bercadang melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraiannya dan ini turut tidak terkecuali buat Felda Global,” kata Ketua Penyelidik OSK Research, Chris Eng.\rKetua Eksekutif FA Securities, Zakie Ahmad Shariff, pula berkata, pakatan TRT-BNA itu akan membantu melonjakkan kepakaran Felda Global dalam perniagaan hiliran, sekali gus merealisasikan hasratnya muncul sebagai syarikat multinasional bersepadu yang kukuh dalam perniagaan huluan dan hiliran.\rDengan mengembangkan aktiviti dalam perniagaan hiliran, ia mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk peneroka dan generasi kedua Felda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti perniagaan Felda.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|