View: 232|Reply: 0
|
Kaneka labur RM300j bina kilang keenam
[Copy link]
|
|
KANEKA Corporation, pengeluar kimia industri berpangkalan di Jepun bercadang melabur RM300 juta untuk membina kilang pengeluaran filem Polyimide (PI) di Malaysia bagi memenuhi permintaan tinggi pasaran produk itu di rantau Asia. \rKilang keenamnya di Malaysia itu dijangka dibina sekitar kawasan kilang pengeluaran sedia adanya di kawasan perindustrian Gebeng, di Kuantan. \r\n\n\n\n\rIa bakal beroperasi pertengahan 2013 dan akan mengeluarkan filem PI bagi pembuatan papan litar mudah lentur untuk industri elektronik dengan kapasiti pengeluaran 2,600 tan metrik setahun. \r\r\n\n\n\n\nPengarah Urusan Kumpulannya di Malaysia, Ryuichi Takagi, berkata filem PI adalah antara produk utama yang dikeluarkan bagi segmen perniagaan barangan elektronik syarikat milik kumpulan itu.\rKatanya, keputusan muktamad bagi pembinaan kilang yang dilengkapi peralatan moden serta kemampuan pengeluaran tinggi itu akan dibuat pada awal tahun depan.\r“Penilaian akhir sedang dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor keserasian dan kelebihan dimiliki Malaysia, termasuk infrastruktur sedia ada di kilang pengeluaran Kaneka di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam. \rBeliau berkata, produk PI dihasilkan kini dihasilkan oleh kilang pengeluaran syarikat di Jepun dan Amerika Syarikat yang dipasarkan menerusi jenama ‘APICAL’, di mana Kaneka adalah peneraju utama pasaran global produk itu. \r\n\n\n\r“Bagaimanapun, kemunculan pesaing dari Korea dan Taiwan sedikit sebanyak menggugat kedudukan Kaneka. \r“Dengan pembinaan kilang baru di Malaysia, ia dijangka akan terus mengukuhkan kedudukan Kaneka sebagai peneraju pasaran global,” katanya. \rDalam pada itu, katanya produk seperti PVC Paste, polimer berprestasi tinggi dan gentian sintetik serta polyethylene dan polypropylene kini dikeluarkan oleh anak syarikat Kaneka di Malaysia. \rKatanya, Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang dimeterai antara Malaysia (ASEAN) dan China juga adalah satu lagi kelebihan bagi Kaneka di Malaysia.\r“Antara perkara lain yang sedang dipertimbangkan termasuk kos guna tenaga, terutama elektrik dan gas asli. Dengan peningkatan berterusan kos tenaga ia akan memberi kesan kepada kos pengeluaran filem PI memandangkan penggunaan tenaga elektriknya yang agak tinggi,” katanya. \rDengan menyasarkan jualan produk berkenaan di pasaran China dan Taiwan, beliau berkata, Kaneka juga merancang memperbaiki keupayaan logistiknya bagi memastikan ia terus kekal kompetitif untuk bersaing di rantau ini. \rSecara keseluruhan, pelaburan terkumpul syarikat Kaneka di Malaysia sehingga kini berjumlah kira-kira RM735 juta dengan seramai 250 pekerja.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|