|
DRB-HICOM Bhd dijangka memenangi bidaan ke atas 42.7 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton Holdings Bhd (PROTON), berdasarkan keupayaan pengurusan dan kewangannya yang kukuh, kata Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad.\r\"DRB-Hicom diurus dengan baik. Mereka juga keluarkan kereta untuk Suzuki, Mercedes dan Volkswagen. Syarikat ini juga milik Kumpulan Al-Bukhary yang mempunyai banyak perniagaan lain, termasuk operasi pelabuhan.\r\n\n\n\n\r \"Mereka nampak berkeupayaan menjalankan perniagaan,\" katanya dalam temu bual dengan Bernama dan Bloomberg, semalam.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, selain konglomerat itu, Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham utama PROTON, juga menemui Kumpulan Naza, Sime Darby Bhd dan beberapa syarikat tempatan lain untuk menawar penjualan kepentingan ekuitinya dalam pengeluar kereta nasional itu, katanya.\rMahathir berkata, Sime Darby menolak tawaran berkenaan, sementara itu, Naza pula sudah mengemukakan cadangan dan menunjukkan minat.\rBekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak menyokong sebarang syarikat dalam urus niaga berkenaan dan ia terpulang kepada Khazanah, sayap pelaburan kerajaan, bagi memutuskannya kejayaan pembidaan.\r“Pembeli mesti mempunyai kapasiti untuk membiayai pemulihan kewangan PROTON. PROTON mempunyai masalah kewangan seperti syarikat kereta yang lain. Jika mereka tidak mampu, ia tidak baik untuk PROTON,” katanya.\r\n\n\n\rMahathir berkata, beliau berharap Khazanah akan menjual kepentingannya pada harga yang munasabah.\r“PROTON perlukan pembiayaan. Oleh itu, ia perlukan mereka yang dapat menyuntik modal. Jika harga terlalu tinggi, sukar untuk pelabur memulihkan syarikat itu,” katanya.\rKhazanah, katanya, tidak mempunyai rancangan untuk menjual kepentingannya kepada syarikat asing memandangkan PROTON akan hilang identitinya sebagai pengeluar kereta nasional, namun begitu syarikat itu sedang berunding dengan General Motors Company untuk potensi pemasangan kereta.\r“PROTON perlu kekal sebagai kereta nasional dan mengukuhkan keupayaan kejuruteraannya,” katanya.\rJalinan usaha sama dengan pembuat kereta dunia bukan penyelesaian tunggal untuk meningkatkan teknologi, katanya.\r“Banyak lagi cara lain untuk memperoleh teknologi. Banyak pengeluar kereta terkemuka melakukan penyumberan luar untuk reka bentuk,” katanya. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|