pernah baca novel ni. (movie tak tengok). aku ingat part awal, dan tengah je, dah hujung-hujung tak ingat, mungkin itu petanda cerita ni tak berapa menarik bagi aku.
izzah ni kan perempuan baik, sebab tu dia minta haris kahwini dia, sebab dia taknak terjebak buat dosa... dengan harapan... biasalah perempuan, berharap yang lelaki tu akan berubah lepas kahwin, jadi lebih baik dan bla bla bla..
entahlah, mungkin aku bias terhadap novel tu, sebab bila dah jadi filem. maya karin pulak dipilih jadi izzah. (yang aku rasa tak berapa sesuai).
aku tak pernah baca novel tapi selalu baca kat mana2 orang duk puji cerita dan novel ni. Aku tengok preview atau babak awal dengan ahli keluarga termasuk anak bujang 15 tahun, anak2 dara 13 dan 11 tahun ..... dan betapa malunya aku tengok jalan cerita dan adegan ranjang yang berlebihan.
Aku paling tak boleh terima sebab izzah ni konon cikgu mengaji yang tahu pasal agama. Banyak sangat yg tak kenanya jalan cerita tu jika betul dia tau pasal agama. Ringkasnya, aku menyesal sangat tertengok cerita tu dengan anak-anak aku yang bersekolah agama pulak tu.
Kalau aku jadi Izzah, ye mungkin aku akan merayu2 pelanggan pertama tolong lepaskan aku, tapi tinggalkan aku kat balai polis ke apa ke bukan merayu nak kawin plak dengan jantan tu. Sah2 jantan tak elok sebab melanggan pelacur.