CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Pelabur amal sikap berhati-hati

[Copy link]
Post time 9-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Data ekonomi Jepun, Australia pengaruhi sentimen pasaran ekuiti tempatan\rSENTIMEN luaran yang tidak menentu menjejaskan harga saham di Bursa Malaysia, dengan FBM KLCI susut 10.07 mata kepada 1,472.92 pada penutup semalam.\r\n\n\n\n\r  Indeks petunjuk pasaran yang bergerak antara 1,469.93 dan 1,477.75 sepanjang hari, dibuka 5.24 mata lebih rendah kepada 1,477.75.\r\r\n\n\n\n\n  Peniaga berkata,  pelabur berhati-hati dan enggan memasuki pasaran sementara menunggu keputusan mesyuarat  pembuat dasar Eropah minggu ini.\rData ekonomi dari Jepun dan Australia yang memberi isyarat bahawa ekonomi dunia semakin perlahan, turut mempengaruhi sentimen pasaran ekuiti tempatan.\rIndeks Kewangan turun 170.99 mata kepada 13,062.16, Indeks Perladangan menokok 46.29 mata kepada 7,929.11 dan Indeks Perusahaan turun 9.05 mata kepada 2,671.37.    \rIndeks FBM Emas turun 62.36 mata kepada 10,082.51, Indeks  FBM Ace susut 28.81 mata kepada 4,232.43 manakala Indeks FBM70 turun 40.67 mata kepada 10,991.62.        \r\n\n\n\rKaunter rugi mengatasi kuanter untung sebanyak 447 berbanding 300 manakala 287 kaunter tidak berubah, 452 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung,\rSejumlah 1.622 bilion saham bernilai RM1.175 bilion diniagakan berbanding 2.088 bilion saham bernilai RM1.770 bilion kelmarin.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.122 bilion saham bernilai RM1.101 bilion berbanding 1.385 bilion saham bernilai RM1.658 bilion.\rWaran susut kepada 215.008 juta saham bernilai RM31.527 juta berbanding 206.077 juta unit bernilai RM38.405 juta.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 283.958 juta unit bernilai RM42.265 juta berbanding 493.606 juta unit bernilai RM71.388 juta pada Rabu.\rAntara kaunter aktif, SAAG Consolidated tidak berubah pada 6.5 sen, Versatile Creative menokok 10 sen kepada 44 sen, Sycal Ven-WA menambah 3.5 sen kepada 13 sen dan DVM Techonology meningkat satu sen kepada 10 sen.   \rBagi kaunter berwajaran tinggi, Maybank rugi sembilan sen kepada RM8.21, Sime Darby tidak berubah pada RM8.94, CIMB susut 21 sen kepada RM6.99 manakala Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM6.09.    \rBarangan pengguna menyumbang sejumlah 156.474 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 243.489 juta, pembinaan 113.267 juta, perdagangan dan perkhidmatan 353.367 juta, teknologi 20.681 juta, infrastruktur 32.964 juta, kewangan 61.594 juta; hotel 230,100, hartanah 71.550 juta, perladangan 33.659 juta, perlombongan 14,000, REIT 26.357 juta dan dana tertutup 31,100. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.047326 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list