View: 202|Reply: 0
|
Transaksi Tabung Haji kini di Maybank
[Copy link]
|
|
Daftar ke Tanah Suci boleh dibuat di ATM\rLEMBAGA Tabung Haji menjalinkan pakatan dengan Maybank Islamic Bhd yang yang membolehkan pendeposit Tabung Haji melaksanakan transaksi menerusi rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) kumpulan Maybank.\r\n\n\n\n\r Selain transaksi kewangan, pendeposit Tabung Haji juga boleh membuat pendaftaran haji di rangkaian ATM Maybank, sekali gus menjadikannya yang pertama menawarkan perkhidmatan pendaftaran haji secara elektronik.\r\r\n\n\n\n\n Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, kerjasama strategik itu akan meningkatkan akses perkhid-matan Tabung Haji kepada lebih 6,000 rangkaian perkhidmatan berbanding 1,800 rangkaian ketika ini.\r“Tabung Haji melihat perkembangan perkhidmatan terbaru ini sebagai langkah proaktif untuk menambah nilai kepada pendepositnya, selain memudahkan lagi urusan mereka, khususnya selepas waktu kerja.\r“Ia (transaksi di kalangan pendeposit Tabung Haji) makin meningkat dan ini dapat dilihat menerusi kerjasama Tabung Haji dengan Bank Islam dan Bank Rakyat ketika ini, yang mana 2.47 juta transaksi dicatatkan tahun lalu dan sehingga 15 November lalu, ia meningkat kepada 2.72 juta.\r“Semua ini menunjukkan minat melakukan transaksi menggunakan ATM dan CDM di kalangan pendeposit Tabung Haji makin meningkat dan saya yakin lebih ramai pendeposit akan beralih kepada perkhidmatan ATM dan CDM ini kerana ia lebih mudah dan menepati keperluan,” katanya selepas majlis pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur semalam.\r\n\n\n\rHadir sama Ketua Eksekutif Maybank Islamic dan Ketua Perbankan Islam Kumpulan Maybank, Muzaffar Hisham.\rMenerusi kerjasama terbaru Tabung Haji itu, pendepositnya boleh melaksanakan transaksi seperti pengeluaran wang tunai, penyim-panan wang, pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji yang lain, pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank dan sebaliknya, serta perkhidmatan pertanyaan baki simpanan.\rBagi menikmati faedah kemudahan itu, pendeposit Tabung Haji perlu melawat mana-mana pejabat Tabung Haji bagi menghubungkan akaun mereka dengan Maybank.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|